Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Ayat-ayat melankolikhttp://www.iluvislam.com/
Fizahsabri
Editor:afdhal87

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi
Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa
Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..
Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar
Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.
Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

"Hari ni Alex hujan lagi. Fasa kesejukan sudah bermula. Di kala itu aku meredah angin membawa bersama hati yang senada dengan suasana itu. Muram, sedih, penat. 1001 perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. “Your iq, I guess just round 15, like an ape”. Kami tersentak. Perkataan yang keluar dari lecturer ketika itu amat menikam kalbu. Menyuntik satu cabaran baru. Mungkin teguran dari Yang Maha Esa. Supaya kami tak leka. Kuliah hari ini tamat dengan pantas. Histology dan biochemistry masih bermain-main di mindaku dikala perjalanan balik meredah angina dan hujan. Membawa hati yang lara. Hari ini aku terserempak dengan dia lagi. Dia masih tidak berubah. Penuh keterampilan. Sama seperti saat pertama aku bertemunya. Dalam diam aku menjadi secret admire. Kematangan mukanya membuat aku yakin dia pasti akan menjadi doctor yang amat berjaya suatu hari nanti, Insyaallah. Penuh dedikasi dalam melakukan tugas. Aku terpesona. Segera aku beristighfar. Zina hati. Fokus pada yang utama."
dipetik dari seorang kawan. Dan posting ini adalah khas buat dirinya...

Baru2 ni abahku baru je buat medical check up.. tu pun rasanya dah dipaksa oleh mak berkali2..
he3~ liat jumpa dr... b4 ni mmg dah ada batu karang.. dah dilaser n vacuum dah batu tu... belah kanan.. baru2 ni time wat medical check up ada lagi batu belah kiri lak... dr. just bg ubat pemecah batu dulu.. tengok nanti nak kena laser lagi ke x... semoga abah cepat sembuh...



Lelaki liat jumpa dr. ke ek??? haha... Kaum2 lelaki diluar tepuk dada tanya selera...



betul ke ek?? wallahu'alam...


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
PETIKAN ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Faizah Mohd. Tahir ketika merasmikan Simposium Kesihatan Lelaki-Keprihatinan Dunia di InstitutSosial Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini, menarik perhatian sebahagian besar peserta yang hadir.Ramai yang tersenyum simpul bagai mengakui kebenarannya apabila beliau menyatakan lelaki hanya akan pergi berjumpa doktor sekiranya ditemani pasangan mereka, itupun setelah dipujuk dan dipaksa beberapakali. Walaupun ia satu senario biasa dan dianggap normal oleh kebanyakan lelaki, persepsi tersebut haruslah diubah kerana kesihatan lelaki kini menjadi agenda penting dalam pembangunan sesebuah negara. Atas keprihatinan untuk mengubah situasi itu, Persatuan Endrologidan Kajian mengenai Penuaan Lelaki Malaysia (MSASAM) telah mengadakan kajian tentang kesihatan lelaki di bandar. Kajian membabitkan responden lelaki di sekitar kawasan Subang dan Kelana Jaya, Selangor. Dua kawasan ini telah dipilih bagi mewakili keseluruhan lelaki yang bekerja, mempunyai kedudukan ekonomi yang baik serta menjalani kehidupan sosial yang seimbang.Kajian yang dibiayai sepenuhnya oleh KPWKM ini telah diketuai Datuk Profesor Tan Hui Meng, dari MSASAM serta beberapa doktor dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.Hasil kajian, yang telah menemukan beberapa fakta mengejutkan mengenai kesihatan lelaki, telah dibentangkan pada simposium tersebut oleh Dr. dengan Chirk Jenn, mewakili Malaysian main's Health Initiative. Antaranya, kajian mendapati 77 peratus daripada 1,046 responden yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah berat badan atau obesiti.Selain itu, 59.4 peratus responden yang boleh dianggap mewakilil elaki di bandar mengalami kegagalan ereksi, 48 peratus mengalami tekanan darah tinggi, diabetis mellitus (28.5 peratus), masalah jantung(12 peratus) dan masalah prostat (30 peratus).Menurut Chirk Jenn, kesemua responden dipilih secara rawak daripada senarai calon mengundi tahun 2004 membabitkan lelaki Cina 48 peratus,34 peratus Melayu (34 peratus) dan India (15 peratus), pada purata umur56 tahun.Kajian tersebut telah dijalankan menggunakan teknik kaji selidik, penilaian oleh para doktor terlatih dan ujian darah di makmal.“Kami telah memulakan kajian ini sejak 2003 dengan objektif untuk melihat sejauh mana tahap kesihatan lelaki moden di Malaysia.“Kajian ini juga meliputi pandangan lelaki tentang kesihatan mereka dan apa yang mereka lakukan tentangnya,” jelasnya. Beliau menjelaskan lagi, penyakit yang banyak menyerang golonganlelaki di bandar terbahagi kepada dua kategori iaitu melibatkan sistem kardiovaskular seperti, obesiti, diabetis, tekanan darah sertakolesterol tinggi, merokok dan ketagihan arak. “Kategori kedua pula ialah melibatkan kesihatan lazim lelaki seperti kegagalan ereksi, masalah berkaitan prostat serta penurunan kadarhormon testosteron lelaki,” tambah beliau.Temuduga dengan beberapa responden juga turut menemukan fakta menarik yang boleh dikongsi bersama. Antaranya, pendapat seorang warga emas berusia 59 tahun yang menyatakan kebanyakan lelaki muda hanya akan bekerja dan terus bekerja untuk mendapatkan kekayaan dan apabila tua kelak, mereka akan menggunakan kekayaan itu untuk 'membeli kesihatan.“Daripada kenyataan lelaki ini kami merumuskan bahawa keutamaanlelaki berubah mengikut masa. Pada awal pembabitan lelaki dalam karier,kekayaan, keseronokan dan keluarga adalah fokus utama mereka. “Kesihatan mereka hanya akan menjadi isu utama apabila mereka telah berhadapan dengan masalah tersebut," jelasnya.Kajian tersebut turut menemukan beberapa pendapat yang agak melucukan namun perlu diberi perhatian serius. Seorang lelaki mendakwa bahawa dia hanya akan berjumpa doktor sekiranya beliau benar-benar sakit, manakala seorang lelaki lain pula mendakwa hanya akan berjumpa doktor setelah isterinya membebel panjang.“Kesimpulan daripada dua kes di atas ialah pasangan memainkan peranan utama mempengaruhi lelaki untuk mendapatkan pertolongan kepada masalah kesihatan mereka.“Ada juga responden yang mengharapkan wujudnya satu garis panduan pemeriksaan rutin kesihatan lelaki sebagaimana servis yang dilakukan terhadap kenderaan kesayangan mereka,” katanya. Daripada kajian tersebut Chirk Jenn dan pasukannya turut mendapatibahawa lelaki inginkan lebih banyak maklumat tentang kesihatan mereka.Mereka juga mahu agar pihak berkuasa dan pengamal perubatan mempunyai inisiatif dalam melakukan rawatan dan pemeriksaan terhadap pesakit lelaki.“Sikap para doktor yang merawat pesakit lelaki juga perlu diubah danlebih prihatin kerana situasi di mana doktor hanya bertanya tentang apa penyakit mereka sering berlaku di mana-mana pusat kesihatan,” jelas dengan.Untuk tidak membiarkan kajian tersebut berlalu begitu sahaja, KPWKMdan MSASAM telah menerbitkan buku yang mencatatkan secara terperincitentang kajian yang dilakukan oleh MSASAM. Buku bertajuk StayHealthy-Your Choice dan About main's Health juga mengandungi saranan pengamal perubatan mengenai masalah kesihatan lelaki.
dicetak dari utusan online





Pernahkah anda bercita2 untuk amik perubatan??
pernah terlintas... tapi xbersungguh2.. dulu nak sangat jadi lawyer.. peguam syariah la kononnya.. pernah doa xnak dpt result elok.. hu3~ sebab xnak amik medik..
minat sangat law time tu.. harap dapat result cukup makan ja.. tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. mungkin inilah yang terbaik buat diriku.. lepas spm dlu terfikir nak buat engineering.. tapi at least buat istikhorah dan dapat petunjuk bahawa bidang yang aku lalui sekarang adalah yang terbaik buat aku.... insyaAllah..
Seronok ke perubatan?? rasa glamour x??
seronok?? glamour?? huhu.. enjoy urself u will find it is very exciting.... tapi glamour?? xda la... xrasa apa2 pun..sapa yang rasa dia amik perubatan ni dia pandai fikir la dua 3kali... xda benda pun... semua bidang tu sama ja sebenarnya... cuma doktor mungkin dipandang tinggi di sisi masyarakat kita pada hari ni.. so, 4 da future dr. jagalah pandangan ni elok2.. jangan menghilang kepercayaan orang ramai terhadap kita...
seronok x?? minggu first blaja amat memenatkan.. nak cope with study lg... nak adapt with environment.. tapi alhamdulillah.. so far so good.. dlu first2 masuk department anatomy bau formalin menusuk hidung..( formalin sejenis cecair untuk mengawet mayat) pergh. mual rasa... dengan organ2 manusia bertaburan.. Ya Allah.. dulu dah la penakut.. mayat real2 duduk kt sebelah ja time study.. skang ni Alhamdulillah... walaupun kdg2 rasa nak termuntah gak.. tapi lama2 dah ok.. insyaAllah..
Jadual pack x??
first2 dulu rasa jadual ni amat pack.. penat sangat.. tapi skrang ni ok dah la... rasa mcm biasa ja..
dah biasa kot.. insyaallah.. alah bisa tegal biasa..
subjek yang amik sem ni??
anatomy, histology, physiology, pharmacology, biochemistry, terminology, community medicine...
anatomy- mengenai struktur bdn, upper limb n lower limb.. bucu2 dekat tulang nih nama pa..
histology- about cell, normal cell, tissue...
physiology- mechanism of body.. cmna badan kita berfungsi secara normal.
pharmacology- about mechanism of drug.. how the drug action on body.. how the body react with drug.. n types of drug..
biochemistry- ala2 kimia la.. tapi lebih kepada chemistry dalam badan manusia... so bermain dgn macam2 struktur...
terminology- study about term that we will use in study of medicine.. segalanya jenis istilah perubatan..
community medicine- ini adalah pelajaran khas utk student malaysia..(klau xsilap).. mengenai perubatan dalam masyarakat.. communication skills... prevention..
inilah serba sedikit penerangan mengenai apa yang aku belajar kat sini...
rindu family x??
xrindu pun.. (tipu sebenarnya).. ha3...
tipu la sangatkan... mesti la igt dan amat rindu...
tapi aku yang buat keputusan nak mai sni dulu... so, mesti kuat n tabah...
kawan2 malaysia ada kontek??
mesti la ada... melalui ym.. blog.. friendster... keep in touch la..
tambah2 kawan skolah menengah dulu... xkan dilupakan anda semua...
hehee... kontek2 la aku kat sini
Akhir kata, selamat mula belajar semua.... tak kira bidang apa jua yang kita ceburi, lakukan yang terbaik buat diri, keluarga, negara dan agama... insyaAllah kita mampu lakukan.. he3~

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. ...Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tanganyang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untukkebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah Kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara diaberkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jikamengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

p/s : forwaded mail from abah sayang and kakakku sayang...



p/s : gambar di atas tiada kaitan dengan raya....

cuma baru balik dari kelas ngaji....



Bismillahirrahmanirrahim....

kali kedua raya keduaku diperantauan.. apalah sangat jika nak dibanding dengan senior2 yang dah lama beraya diperantauan... yang penting jamuan akhawat tadi amat meriah... meraikan raya terakhir bersama2 akak tahun 6 yang dah habis pun exam.. satu slot kenali mereka membuatkan aku terfikir betapa berdikarinya akak2 ini ketika mereka di tahun satu... tinggal bersama2 akak2 dirosat di mandharah... perjalanan hampir sejam lebih(kalau xslp).... hu3~ kuliah dengan arab yang ramai(aku bersama beberapa arab udah pening).... tabik spring btul!!
muka2 akak yang matured.. sebenarnya bukanlah kali pertama aku bersua muka dengan mereka... kak raudhah dgn kak wa penah datang melawat kami... ramah sungguh.. aku suka suruh akak2 ni check aku... he3~ denyutan nadi la... tengok kesihatan aku ok ke x.. akak2 ni pun layan je aku... he3~ agak kebudak-budakan ek... tapi diperantauan ni.. akak sendiri xda... terpaksa la tumpang akak2 senior... hehee... tiba2 teringat dekat kak bibi(saya sayang akak)... kak zahidah(sayang akak jugak).. klau x kak zahidah jeles nti.. kak bibi penah pesan klau kita syg kat seseorg luahkan je...
he3~ tapi bertempat dan tengok orang la... nanti tiba2 cakap dekat pak arab mana2 jenuh plak...
bahaya jugak pak arab nih.. ajak kawin nti mampuss..
berbalik pada raya haji... darah korban merata2... pelik jugak mula2.. tapi maybe dah budaya.. xmacam kat malaysia... sembelih dekat padang, dalam hutan.. kat sini dekat jalan raya ja.. dekat pintu masuk bank... huhuu.. penuh darah tepi2 jalan... semangat tol...
tepi pantai penuh arab2 muda dan remaja melepak... semua pakat keluaq jalan2....
agak sunyi raya ni.. kawan2 ramai ja travel pegi cairo ngan mansoura.. aku membuat pilihan menetap di sini... nak rasai n alami sendiri raya di alex... esok nak pegi pantai lah... hehee...
angin sepoi2 bahasa.... skang ni baru ja lepas hujan... tetiba ja hujan lebat tadi... sejuk!!
kawan yang tengah study kat sebelah pun dah tidoq... hehee... dah lewat malam... nak tdoq jugak la... jya~ jikang ga nai... owarimashou.... oyasumine.....



atas : kawan yang banyak menjadi cermin terhadap diri sendiri..

bawah : raya aidilfitri di cairo

cepat benar masa berlalu... amat cepat... begitu cepat... dan semakin cepat....
pejam celik pejam celik dah masuk bulan 12..... bulan keempat aku di sini.....
kesimpulan yang dapat aku lakukan... tahun satu amat tough skali... pada aku... pada orang lain.. ntah la... xtanya la pulak... mungkin sama ja.... adik aku dah 17tahun... pada tanggal 2 hb 12 aritu... sehari lepas abis spm... merdeka sungguh... heheee... aku di sini masih berjuang... masih panjang perjalananku.. tapi aku yakin perjalanan yang panjang tapi pendek... ye la... masa dah semakin cepat berlalu... apa yang dah aku dapat???
hmm... amat banyak yang aku dapat... bumi mesir ini bumi ilmu.... setiap hari pasti ada perkara yang memberi pengajaran padaku..... serius!!
dan di sini... amat banyak majlis ilmu... kelas2 ilmu... cuma bergantung pada diriku...
nak pegi ke x.... xda orang nak paksa aku.... nak ikut antara malaikat ke syaitan.. nafsu ke iman...
cuma setiap kali antara dua jalan itu.. aku harap aku dapt buat keputusan yang terbaik...
di sini juga.. aku dah kenal erti berdikari... dalam segala hal insyaallah... cuma kadang2 perlu jugak berdiri diatas kaki kawan.. he3~
cuma... alhamdulillah.... atas segala nikmat yang aku dapt.... segala pengajaran... segala pengalaman... alhamdulillah.... aku diberi kesedaran lagi... alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi....

banner 516×75

Popular Posts