p/s: ini tidak kaitan dengan exam yang baru berlalu.. insyaAllah exam dah usaha yang terbaik... masih bersemangat untuk jwb ecam nih....
Assalamualaikum....
selesai sudah exam yang kedua.. Alhamdulillah.. Masih ada 5 paper lagi untuk berjuang...
Lama tak menjengah.. kawan di taylor mula tanya bila nak update(tapi dia faham sekarang musim examku).. Cuma terasa nak coretkan sesuatu(selepas lebih dari tiga orang tanyaku).. Hayatilah lirik di bawah dan lagunya.. amat bermakna buat diriku dan mungkin anda semua.. Insyaallah.. Muhasabah di musim peperiksaan.. amat perlu.. Kadang-kadang terlupa akan apa yang kita pelajari itu semuanya dari Allah..
Kata-kata semangat dari abangku sebelum peperiksaan anatomy baru-baru ini membuatkan ku berfikir lebih panjang.. "Kalau kita tanamkan dalam hati semua ilmu yang kita pelajari datang dari Allah, Insyaallah semuanya jadi mudah'.. Betul. Tak dilupakan tahniah buat abangku kerana berjaya khatam.. LUQMAN BIN ISMAIL AL-HAFIZ.. Cepat masa berlalu(dulu pernah nak mengalah ek, tapi teruskan jugak dengan semangat dari mak ngan abah).. Moga kau berjaya menjadi mujahid muda dan istiqomah.. Teruskan semangatmu untuk menuntut ilmu..
Hayatilah lagu dibawah...
Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic http://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Moga cintaku pada-Mu tidak pernah surut dan terus subur dengan dibajai iman dan takwa..
Teruskan perjuangan untuk exam final ini.. Moga kejayaan milik kita bersama.. Insyaallah..
p/s: dengar terus dari youtube.. kat blog ni mungkin terganggu oleh background lagu..


