Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


senyap sepi.. pencerobohan israel di semenanjung gaza yang dahulu menjadi isu hangat, kini tenggelam di tengah kesibukan menghadapi hidup masing2.. adakah isu ini, isu PBB? ataupun isu masyarakat global?? isu hak asasi manusia?? atau isu umat ISLAM.. jawapannya ada pada diri kita sendiri.. syabas perubatan iskandariah!! atas keprihatinan ini..

dulunya, sama2 kita semangat boikot segala macam produk2 yahudi,
tapi kini, buat2 lupa atau memang terlupa..
dulunya, tiap2 hari melawat palestinkini,
tapi kini, sibuk atau buat2 sibuk??
dulunya, tiap2 kali solat baca doa untuk saudara2 kita di palestin,
tapi kini, doa untuk exam ja..

letakkan palestin di hati kita, atas dasar mereka adalah saudara seaqidah kita.. palestin bumi kita, Insyaallah akan muncul Salahuddin Al-Ayubi yang kedua untuk membebaskan bumi palestin.. marilah kita sama2 berdoa..


Merah Saga - Shoutul Harokah
lirik;

Saat langit berwarna merah saga

Dan kerikil perkasa berlarian

Meluncur laksana puluhan peluru

Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi

Atas langkah keberanianmu

Kita juga menjadi saksi

Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu

Merah berkesimbah ditanah airmu

Mewangi harum genangan darahmu

Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa

Syahid dalam cinta-NYA

[ho oohh hoo oohhhh hoh hoh]

~SCENT OF PALESTINE, SCENT OF JANNAH~




Firman Allah dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: “Sehingga Aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya Dialah maha pengampun (jika kamu berbuat demikian).“Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu dan Dia akan membanyakkan harta kekayaan serta anak-pinak kamu dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”




assalamualaikum..

entry kali ini agak berturut-turut. aku terkesan dari satu kes lagi influenza a yang berlaku di Malaysia, negaraku tercinta. sejak akhir-akhir ini begitu banyak masalah yang berlaku di malaysia. penyakit baru, masalah sosial,masalah politik, kemelesetan ekonomi dan kemarau yang hebat. terkedu.




aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. apatah lagi memberi pandangan. cuma baru-baru ini sewaktu kelas tafaqquh anjuran perubatan cawangan iskandariah, aku terkesan dengan kata-kata ust. Azzam. mungkin ilmu yang sedikit ini aku dapat kongsi.





filem bohsia jangan pilih jalan hitam yang kononnya untuk memberi pengajaran ternyata, lebih banyak yang xxxx berbanding pengajarannya.. tengokklah treiler(xreti nak eja) kat youtube, pasti anda beristighfar panjang.


YANG PASTINYA, segala masalah yang melanda asas penyelesaiannya adalah beristighfar.

berbalik pada ayat diatas ;



Firman Allah dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: “Sehingga Aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya Dialah maha pengampun (jika kamu berbuat demikian).“Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu dan Dia akan membanyakkan harta kekayaan serta anak-pinak kamu dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”



Allah dah berjanji dalam ayat-NYA.. jadi mulakan dengan memohon ampun diatas segala dosa.. Insyaallah, Allah pasti akan membuka jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.


kadang-kadang, kita rasa tak yakin. tak yakin pada janji Allah. lebih percaya pada sifir dunia. Nak kaya kena banyak duit. nak cantik kena pakai segala jenis produk. nak betulkan ekonomi kena buat pinjaman itu dan ini. nak maju kena tambah pembangunan. nak selesaikan masalah alam sekitar kena tanam pokok banyak. nak berjaya kena banyak baca buku. kita lupa dengan sifir ALLAH. ALLAH berkuasa atas segala-galanya. jadi ikutlah apa yang dah ALLAH gariskan. Insyaallah pasti ada jalan penyelesaiannya.


sekali lagi, aku bukanlah seorang yang pandai dalam menulis apatah lagi berkata-kata. namun aku harap apa yang aku ingin sampaikan telah sampai. ada sebarang komen ataau cadangan?? emailkan di qurratul_inah@yahoo.co.uk.. sekian, wallahu'alam...




di kala melayari ruang maya demi mengumpulkan maklumat untuk assignment, di kala tidak menjumpai maklumat yang perlu dicari, kesempatan di ambil untuk membersihkan sawang di blog ini.. Ingat 5 sebelum 5.. LAPANG sebelum sibuk.. betul!! sekarang musim assignment dan presentation.. sungguh tak lama lagi exam akan menjelang.. benar exam praktikal telah pun bermula.. perancangan MASA yang betul amat penting.. utamakan yang UTAMA..

Sebuah karya yang lupa dari mana asalnya, untuk dikongsi;


sesekali kita perlu derita

sesekali kita perlu kecewa

untuk kita mengenali erti bahagia

untuk kita mengenali erti berjaya




sesekali kita perlu menangis

sesekali kita perlu terhiris

untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri

untuk kita mengenali diri sendiri




ujian yang datang menguji kesabaran

perlu keimanan dan ketakwaan

sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan

jalan ke syurga penuh dengan likuannya

penuh dugaan dan rintangannya

hanya yang cekal dan yang tabah

pastikan menemuinya




masihkah lagi mahu menghitung

sedikit mehnahNya

jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya

seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada

itulah tanda kasih sayang Allah

kerana kita sering terlupa

pohonkan doa kepada Tuhan

agar beroleh keredhaan

moga kita semua terus kuat untuk melalui liku2 kehidupan.. berserahlah pada-NYA atas segala urusan.. mohon pada-NYA segala hajat.. insyaallah segalanya akan terasa lebih mudah.. yang penting TAJDID NIAT.. wallahu'alam....




assalamualaikum..


dah lama xmasukkan entry.. tiada idea atau mungkin malas.. entry kali ini juga simple..




1) selamat hari ibu buat makku.. terima kasih kerana sabar dengan karenah anakmu yang nakal ini.. inah doakan mak bahagia di dunia dan akhirat..




2) terima kasih pada megat dan farah atas award yang diberikan.. tapi maaf tak berkesempatan untuk membalas tag.. insyaallah akan diusahakan..




3) dah masuk integrated system.. pharma, anat dan physio.. exam insyaallah 30/5 ni.. doakan aku..




4) dah dapat taarikh pulang ke Malaysia.. insyaallah 4/8.. lambat exam.. jeles kat budak2 cairo yang balik bulan 6.. ada hikmah disebaliknya insyaallah..




5) sekarang dah masuk musim panas.. matahari terik.. kadang2 ada ribut pasir.. tak dapat bayangkan time kemuncak summer nanti..




6) sem ni agak mencabar.. huhu.. mayat tiap2 minggu sampai dah immune.. katak yang gemuk.. huhuu.. semoga aku terus kuat..




7) moga hadirnya aku di sini membawa perubahan terhadap diri aku yang dulu.. aku tak mahu pulang sebagai aku yang dulu.. dan semoga aku diberikan keteguhan hati untuk terus memupuk cinta aku pada yang satu (aku masih tak sempurna mencintai-Mu).. insyaallah..






Meski ku rapuh dalam langkah


Kadang tak setia kepadaMu


Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati


Tak sempurna mencintaiMu


Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu


Semua berakhir padaMu …




banner 516×75

Popular Posts