Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



jelas tajuk diatas. tiada sebarang isi tersurat mahupun tersirat. ayat yang sering diguna pakai oleh pelajar-pelajar malaysia khususnya di bumi anbiya' ini. dulu aku pun sering begini, dan sekarang pun kadang-kala pantas meluncur perkataan ini. namun semenjak dua menjak ni timbul satu kesedaran mengenai budaya kita menyama ratakan setiap orang arab. mungkin ramai orang arab, mesir khususnya suka menipu. namun, tahukah kita bahawa tidak semua mereka adalah begitu.



situasi satu


George Bush kejam.


kenapa tak, "Ish3, orang putih ni memang kejam"


kenapa mesti, "Bush ni memang kejam"



situasi dua


Ali (bukan nama sebenar) seorang yang playboy


kenapa tak, "Orang lelaki memang playboy"


kenapa mesti, "Ali memang playboy"



nak lagi contoh??


Asma (bukan nama sebenar) suka menangis semasa kecil.


kenapa tak, "Budak kecik, waktu kecik dulu memang kuat menangis"


kenapa mesti, "Asma, kuat menangis waktu kecik dulu"



kenapa dalam situasi arab, kita menyama ratakan semua orang arab. kenapa tak khususkan 'pak cik teksi', 'baba' atau yang lain2. perlu diingatkan bahawa RASULLULLAH juga dari bangsa ARAB. namun RASULLULLAH melarang perbuatan ini.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Tanda-tanda seseorang munafik itu ada tiga sifatnya, iaitu apabila berjanji tidak ditunaikan, apabila bercakap dia berdusta, dan apabila diberi amanah dia khianati" (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis lain antaranya bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatan lidahnya" (Riwayat Ibnu Adid-Dunya)



dalam hal ini, kita seharusnya muhasabah diri. kadang kala marah itu menguasai diri. mungking perspeksi ini perlu kita ubah sedikit demi sedikit. mencari hikmah disetiap apa yang berlaku. memandang dengan lebih mendalam mengapa hal ini terjadi. mungkin keadaan hidup yang mendesak mendorong mereka melakukan perkara sedemikian. pastikan diri kita sendiri menjauhi budaya menipu kerana Allah melarang umat Islam berbohong.


Firman Allah yang bermaksud: "Bahawa orang-orang yang suka melakukan pembohongan merupakan orang yang tidak beriman kepada Allah. Mereka itu pendusta"

(Surah an-Nahl:105)



Cuma dalam beberapa hal sahaja;


Sabda Rasulullah bermaksud: "Tidaklah termasuk berdusta, orang yang berbohong dalam usaha mendamaikan perselisihan antara manusia" (Riwayat Muttafaqunalaih)



Aku bukanlah yang pakar dalam hal2 ini. sebarang pertanyaan lanjut bolehlah merujuk kepada ustaz2 ataupun ustazah2 yang lebih arif. sebarang teguran ataupun luahan pendapat amatlah dialu-alukan. pada yang pernah ditipu, berhati-hatilah dilain hari. jadikan pengajaran.


“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.” (pepatah arab)


yang penting, pulangnya kita ke malaysia, janganlah hanya menceritakan keburukan sahaja. sebenarnya banyak kebaikan berbanding keburukan. mungkin yang buruk itu lebih terkesan dihati. wallahu'alam.....

p/s: nama watak yang digunakan tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.




Alhamdulillah~

luahan yang perlu aku ungkapkan sebagai hamba pabila mendapat nikmat. nikmat habis exam, nikmat nak balik malaysia dan nikmat yang paling penting, nikmat ISLAM dan IMAN. Alhamdulillah setelah tamatnya tahun satu, insyaAllah tiada jodoh dengan tahun satu lagi. semuanya ketentuan-Nya, kita hanya mampu berdoa agar apa yang bakal kita terima adalah yang terbaik untuk iman dan diri kita.

Jarang aku mencoretkan kisah mengenai zaman sekolahku. Bukan pahit, namun kenangan itu terlalu manis untuk diungkapkan semula. sengaja tidak mahu diungkapkan agar tidak mekar semula rindu yang telah lama disimpan. yang pasti, kenangan waktu itu tidak pernah lenyap.

berada diruang maya memberi aku kesempatan untuk menyapa sahabat2 sekolah yang sudah lama mendengar khabar berita. yang pasti aku senang mendengar cerita mereka. masing-masing dengan jalan yang tersendiri.

cuma,

aku hanya mampu berdoa. berdoa agar aku dan sahabat-sahabatku ditetapkan IMAN. dan supaya terus-menerus mendapat HIDAYAH. aku pasti, tidak mudah untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran. tidak senang untuk memastikan diri tidak terikut dengan rakan-rakan yang lain. tapi, kekuatan itu perlu dicari. HIDAYAH itu perlu ada usaha untuk mengekalkannya.



“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”surah Al-Qasas(28:56)


moga,

kita semua ditetapkan IMAN. merasa bahagia hidup didalam tarbiyah. kadangkala mungkin kita lupa, dan jangan sesekali kita membiarkan diri kita terus lupa. mencari jalan untuk sentiasa mengingatkan diri juga penting. agar mudah kembali ke pangkal jalan.


sekian,


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
berilah cahaya pada hati kami, lidah kami, penglihatan kami, pendengaran kami, di kanan kami, di kiri kami, di atas kami, di bawah kami, di hadapan kami, di belakang kami, dan pada diri-diri kami.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.
Maha Suci Allah, sesungguhnya kami termasuk golongan orang yang menzalimi diri sendiri.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup, yang Berdiri dengan Sendiri, rahmatMu jua kami memohon pertolongan. Ya Allah, rahmatMu jua yang kami harap, maka janganlah engkau serahkan kami untuk mencelikkan diri kami walau sekelip mata sekalipun, baikilah kedudukan kami kesemuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau jua.

Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu, anak kepada hambaMu, ubun kami di atas kekuasaanMu,
telah berlakulah kepada kami hukumanMu, adillah hukumanMu, kami memohon kepadaMu melalui segala namaMu, yang Engkau berikan nama pada diriMu, atau yang telah Engkau turunkan pada kitabMu, atau yang telah Engkau ajarkan pada salah seorang daripada makhlukMu, atau yang telah Engkau simpan pada ilmu-ilmu ghaib disisiMu,
supaya Engkau jadikan Quran itu sebagai penenang hati-hati kami, sebagai cahaya hati kami, pembuka dukacita kami dan penghilang kerisauan kami.
amin..


p/s : moga aku dapat memikirkan keputusan yang terbaik insyaAllah...




nama aku sakinah. tenang maksudnya. tenangkah aku?

sejujurnya, aku tak suka marah. marah buatkan aku rasa amat tidak tenang. tapi kadang-kadang aku xdapat nak kawal. terutamanya kalau melibatkan privacy. cuma jangan risau, aku susah nak marah, tapi insyaallah sejuk itu amat cepat. yang penting, aku lebih senang mendiamkan diri dikala api marah membara-bara.


jadi jangan risau jika anda terbuat aku marah. tegurlah aku seperti biasa, dan insyaallah aku akan biasa. sebenarnya, sejak dah 'berumur' ni panas baran aku dah berkurang. aku dah mula berfikir dengan tahap kewarasan yang tinggi. dan disini sengaja aku coretkan untuk peringatan buat diri aku sendiri.



Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)



ingatlah sakinah, jangan cepat sangat marah tu. cool sikit. tapi janganlah anda cuba mencabar kesabaraan aku. aku boleh bersabar. tapi ada tahapnya. jangan buat apa yang aku tak suka. insyaallah, aku cuba sesuaikan diri, tapi anda kena hormat apa yang aku tak suka. cukuplah sikit-sikit. pegi baca buku pharmacology. nak exam ni.


pesanan terakhir ;


Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



wallahu'alam....


moga balik aku dari ardhu kinanah ini membawa seribu satu perubahan pada diri aku dan iman aku..




penantian itu satu penyeksaan


~aku betul-betul menunggu~

(jawapan itu tidak benar)


p/s: 2 in 1 (walaupun dah lama berlalu, harap faham)



4papers to go


tarikh dah dekat insyaallah


Ya Allah permudahkanlah urusanku


ada perkara yang perlu diselesaikan


p/s : jangan salah faham

banner 516×75

Popular Posts