Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



salam..

entry ini entry emo! (amaran kepada pembaca)..

dah lama aku xhomesick.. tiba-tiba hari ini penyakit tu datang..
maaf pada housemate.. maaf pada feq.. maaf pada manju.. maaf pada asma.. maaf pada saibah..
hari ini emosi amat-amatlah tak stabil.. waktu cakap dalam telefon dengan mak ngan abah pun emosi tak stabil.. rasa cam nak nangis.. tapi tak nak nangis.. nanti mak risau..

baru ja janji ngan diri sendiri.. tahun depan jangan balik.. nak tuntut ilmu banyak2~
huhu.. mampukah menjadi realiti??
tunggu dan lihat...

maaf pada sapa2 yang aku buat muka garang tadi..
maaf kalau aku buat endah tak endah..
aku tak nak ada yang terasa..

maaf kalian semua...

maaf pada housemate sekali lagi.. aku tak pandai nak cerita apa yang aku rasa..
bila korang tanya, aku jawab aku ok.. sebenarnya aku tak ok..
maaf.. berat nak cerita kat orang..
kat sini bley plak?? ntah la.. tulis senang lagi kot...
maaf sekali lagi~

Teratak Iskandar


“Tidak akan berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya kemana diperuntukkan,perihal usia mudanya ke mana dihabiskan,hartanya diperoleh dan kemana dibelanjakan, dan ilmunya apakah sudah diamalkan
Riwayat Hadis At-Tarmizi


jadi apa tunggu lagi?? xkan nak guna duit tu untuk makan dengan shopping je?? 30ringgit sebulan pun berkira?? rasa tak da guna?? kalau tak da sapa nak guna. nanti dah ada mesti ramai nampak function dia.. membazir?? xda la.. untuk jangka panjang la.. kalau tiba2 asrama mara kat bawah tu dah penuh dengan kafe kat mana nak buat aktiviti?? kat rumah aku?? xnak lah.. so, jangan persoal banyak2.. jom sokong usul ni!!

tak tau nak calonkan sapa untuk pilihanraya??
jom ikut aku~

1. SALHATUL ASMA BT RUSLAN
2. ISMAH MANSURAH ZAINUDDIN
3. NUR ASILAH BT ABU BAKAR
4. NUR IZYANI BT ROSLEY
5. LINA LIYANA

jom ramai2 wish kat nani hepi besday@ sanah helwah~~
hehe.. nani kan anak ibu~

wallahu'alam~

assalamualaikum..

dah berakhir dua exam.. cvs dan community medicine~ dah habis usahakan?? so, jom tawakkal.. moga setiap usaha kita diberi ganjaran pahala~

tadi kat kuliah, abu bagitau pasal penamaan calon.. baru aku sedar aku boleh mengundi tahun ni.. haha.. bajet2 pilihanraya besar.. agak besar la jugak.. sebenarnya aku cukup suka pilihanraya ni. kalau kat Malaysia mesti ada penamaan calon. pastu kempen besar-besaran. tapi kat sini xdak lagi kot.



kfc dan rfc dah banyak menyebarkan pengaruh.. biarlah~ aku pun ada calon yang aku nak.. tapi aku nak letak second year banyak2 boleh?? biarlah aku yang nak letak.. kalau ampa nak letak rr sendiri.. ngeh3~

tapi kalau aku syok sendiri calon xda makna jugak.. jom la join aku~ aku akan bagi sebab kenapa aku pilih orang-orang berikut;

1. SALHATUL ASMA BT RUSLAN


ni housemate aku. aku pilih dia sebab nanti dia sibuk, so, selalu xda kat umah.. jadi aku boleh conquer umah.. haha..

taklah.. sebenarnya dia ni TIM. PENGARAH KURSUS IBADAH PESAKIT ISKANDARIAH.. hebatkan?? nampak ja kecik.. tapi hati besar.. ngeh3~

dia ni ajk upi.. tahun lepas banyak gak dia join buat program.. xsilap aku MOTIQES kot.. dekat2 nak exam.. jom namakan dia~

2. ISMAH MANSURAH ZAINUDDIN

ni kawan aku.. merangkap musuh debat.. ngeh3~ dia ni SR yang amat2 berdedikasi.. jumpa doktor sana, doktor sini.. tanya macam2.. penat betul tengok dia.. huhu.. tapi amat DEDIKASI.. semua orang kenal kan dia?? so, watpa aku nak describe lebih2.. ampa semua dah nampak keterampilan dia.. jom namakan beliau!!

3. NUR ASILAH BT ABU BAKAR


ni sapa ek?? PEN. KETUA BATCH taun ni la.. amat senyap kot kalau tgk dari luar.. tapi sebenarnya amat BAIK HATI dan SENANG diajak berbincang.. AJK UPI gak.. aku rasa majoriti akhawat kenal.. rasanya dia ni tempat semua orang cerita masalah.. hehe~
aku nak dia jadi AJKT.. huhu.. jom la namakan NUR ASILAH BINTI ABU BAKAR!!!!!!!!

sapa lagi ek??
huhu.. aku nak 3 ni je kot untuk tahun 2.. kalau tahun yang lain2 tu aku undi berdasarkan populariti..

kalau 4th year..
kak IZYANI BT ROSLEY.. camni ke eja nama dia? kalau silap bgtau ek.. kak yanie amat baik dan berdedikasi.. sapa xknal kan?

kalau 3rd year..
kak LINA LIYANA.. sebab aku selalu amik past year question kat dia.. aku rasa semua orang camtu.. senang nak mintak tolong kan.. jom la amik yang senang kita dampingi..

AKU?? xpayahlah.. haha.. dah cukup tolong k.sarah su.. aku nak terus tolong k.sarah su untuk edarkan AVICENNA dan ODYSSEY..

jom la calonkan diorang.. huuhu.. bagi taun dua naik ramai sket.. kesian 4th year.. dah busy sekarang ni. kita naikkan muka baru agar PERUBATAN tak ketandusan pemimpin.
ni setakat pandangan aku.. kalau ada apa2 nak tambah bagitau la.. ada yang aku terlepas pandang ka.. atau ada calon yang lebih berbakat..

wallahu'alam~


assalamualaikum..

hari tu tetiba je bangun pagi dan rasa amat bersemangat. dalam perjalanan nak pergi lecture, hampir semua orang yang aku jumpa aku bagi salam.. tetiba aku terfikir, kalaulah hidup ni macam main game mario..

setiap kali kita bagi salam ada syiling yang keluar..
setiap kali makan cendawan jadi besar, kuat dan laju..
setiap kali langgar dengan cendawan jahat jadi kecik balik..

setiap kali bagi salam kat orang nampak pahala terpelanting..
setiap kali sembahyang jemaah nampak seguni pahala..

hehe.. tapi tu la.. tak nampak kan.. cuba kita nampakkan untuk diri sendiri.. mesti semangat sikit.. setiap kali study nampak meter pahala bertambah.. ngeh3~ ikhlas sket study tuh..
setiap kali buat jahat rasa panas api neraka.. wahh.. xberani kowt..

pasti ada hikmahnya kan?? Allah tak menciptakan sesuatu benda secara sia2.. insyaAllah ada hikmah.. selamat berjuang untuk exam CVS~ bittaufiq wannajah..


salam.

gambar diatas tiada kena mengena dengan entry kali ini. mungkin aku terlalu inginkan kucing yang seperti garfield. boleh dibuat bantal tidur.

cuma disini aku ada luahan perasaan. yang penting ianya tiada kena mengena dengan MESIR ataupun persatuan di MESIR. aku ingat lagi sewaktu aku di MALAYSIA tahun ini. ketika berbincang dengan beberapa orang senior mengenai program tahunan yang alumni sekolah aku adakan. bukan apa, cukup susah untuk mencari sukarelawan untuk buat kerja. bermacam-macam alasan. tak layaklah, sibuklah, rumah jauh dari sekolahlah, aku dah tak macam dululah (biasalah, hendak seribu daya kalau dah tak nak??). bukan semua, ada ja yang betul-betul tak dapat join tapi masih cuba untuk memberikan sumbangan walaupun sekadar cadangan.

biasalah, kalau buat kerja ni letih. banyak masa habis. gaji tak dapat, merit pun tak dapat. lainlah masa sekolah, semua benda ada sijil. ada merit ataupun ada jamuan cikgu buat. tapi sekarang tinggal keIKHLASan yang tulus dari hati.

tapi yang peliknya, bila ada benda yang tak kena ramai lah pulak nak kritik. bukan tak elok cuma tak berapa manis. kritik pulak bagai nak rak (ada ka macamni?). dah la aktiviti pun tak join. mula la nak cakap pasal program tak berjalan lancar lah. ada ikhtilat lah. haha. kalau camtu awat la hang tak turun sendiri jadi pengarah program pastu selia la sendiri??

tu la. cakap senang, buat kerja susah.

nak bercerita sikit boleh??
tak boleh pun aku nak cerita jugak. (nama2 watak hanyalah pinjaman semata2 dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)

faisal dan asma adalah suami isteri. mereka dah hidup dengan gembiranya sehingga dikurniakan beberapa orang anak. anak-anak mereka ialah saibah, amira dan un. sehinggalah beberapa ketika keluarga ini dibesarkan dengan kehadiran orang yang ketiga. ismah merupakan isteri kedua faisal. sebelum dengan sahnya bergelar isteri kedua, ismah amatlah baik dengan asma. mungkin nak pujuk kot kan. tapi bila dah sah bergelar isteri mulala nak tunjuk belang. tambah-tambah bila dah ada anak yang diberi nama izni, nani, ika dan fiza. ismah ni selalu ajak faisal gi jalan-jalan tanpa pengetahuan asma. sian asmakan?? apalah salahnya kalau ismah bincang ngan asma dulu. boleh la pergi sama-sama.

yang paling menyedihkan asma selaku isteri pertama. masa tu birthday faisal. yang si asma ni bersusah payah lah masak makanan kegemaran faisal. si ismah ni nampak je asma tengah susah-susah masak. tapi dia dah ada perancangan lain. dia nak ajak faisal makan kat luar bila faisal abis keja. last skali tinggal la asma dirumah sorang-sorang. kenapa sorang-sorang pulak? sebab anak-anak asma ni pun diajak sekali. kesian kan??

aku bukanlah penentang poligami. aku terima poligami. cuma aku nak menegur orang-orang yang terlibat dalam poligami nih. kenalah bertolak ansurkan?? berbincang, dan buat la apa yang patut.

rekaan semata-mata. dengan sengaja nak post entry yang panjang sebelum cuti berakhir. lepas ni takut susah dah nak update. hehe.. memberi alasan lah tu.. (tak patutkan).. satu lagi, sedap makan kat umah terbuka nisah..

wallahu'alam...

banner 516×75

Popular Posts