Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Aku mulakan dengan lafaz ;



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~


Tempoh-tempoh terakhir sebelum menduduki exam final dan dikala exam praktikal menjelma, aku diuji lagi! Aku redha.. Gigi bongsuku mahu tumbuh.. Ya Allah~ sakitnya.. Bengkak dan sakit.. Terasa hilang satu nikmat yang amat besar.. kurang makan.. kurang cakap.. kurang semangat.. Kesakitan yang tak dapat ditanggung membuatkan rakan-rakanku memaksaku berjumpa dengan doktor gigi..


Bila jumpa dengan doktor tu, ingat nak tanya pasal gigi. "Malaysia cantik?"(soalan wajib).. "Berapa tiket nak kesana?", "Awak buat apa kat sini?".. Soalan-soalan yang muncul sebelum pemeriksaan diadakan.. Sabar je la.. doktor2.. Aku dah la tengah sakit nih.. "Berapa umur kamu?". 18, jawabku ringkas.. pasti doktor tu dapat agak.. dengan bengkak bahagian hujung.."Owh, gigi kamu nak tumbuh ni,".. Sambil menulis senarai ubat yang perlu aku ambil, aku diarahkan untuk jumpa beliau lagi.. Untuk lakukan x-ray katanya.. Apa2 je la doktor.. Asalkan sakit hilang dan aku boleh lebih kosentrasi..


Pagi ini, ku bertemu dengan adikku di alam maya(chatting).. Rupa-rupanya, adik aku tumbuh dari tahun lepas lagi.. Wah, aku muda dari adikku la.. he3~.. 2minggu adik aku sakit.. sekarang aku bertahan dengan analgesic yang diberi farmasi.. Semoga aku terus bertahan.. Insyaallah... Pertumbuhan gigi ini menunjukkan fasa kematangan telah bermula.. he3~



Gigi Bongsu

Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam


Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
Makan ubat penahan sakit.
Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
(a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang : - gigi perlu dicabut melalui pembedahan.

X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

Pasti ada hikmahnya.. Moga menjadi kifarah kepada dosaku..

Semoga bertemu lagi.. Tunggulah kedatangan yang bongsu ini pada diri anda~ he3~


Dikala penduduk palestin sedang bermatian-matian mempertahan negara, aku dan rakan-rakan disini juga berjuang di medan peperiksaan. Pantas masa berlalu, final exam yang ditunggu tinggal beberapa detik lagi(hiperbola). he3~. Bulan2 adalah bulan peperiksaan. Tapi apa la sangat jika nak dibandingkan dengan perjuangan rakyat palestin. Tidak memerlukan pengorbanan nyawa. Hanya ketekunan dan kerajinan membaca, memahami dan menghafal. Aku tidaklah sehebat mana. Tapi aku tahu kemampuan aku. Jadi rakan-rakanku sekalian, mari kita berjuang untuk exam ni.(walaupun sebenarnya study not for exam only) tapi kita kena usaha untuk najah. Insyaallah, usaha kita tidak akan sia-sia. Yang penting kita dah buat yang terbaik. Allah takkan tengok pada result kita, tapi usaha itu yang penting. Insyaallah, kita memperoleh ganjaran pahala. Belajar pun satu jihad, betul tak?? Yang penting dalam belajar itu, tanggungjawab pada Yang Maha Esa jangan dilupakan. Dan teruskan mengambil tahu dan berdoa buat saudara seaqidah kita di seluruh dunia. Bila tiba saatnya, insyaallah Islam akan kembali gemilang.

"Bersabarlah wahai pejuang..Sesungguhnya selepas malam berlabuh, pasti fajar akan menyinsing.."



Ketahuilah oleh mu,
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..
Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..
Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon.
Allah SWT selalu berada disampingmu..
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanyadan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..
Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur,
Allah SWT telah memberkahimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum padamu..
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap,
Allah SWT Maha Mengetahui.





Kalau di mesir, kanak-kanak yang berumur sebegini mesti senang enak bersama keluarga mereka. Membeli-belah, bergaya(amat bergaya lebih dari yang dewasa), makan ais-krim di musim sejuk begini. Tapi kanak-kanak di atas?? Sejauh mana kita ambil tahu mengenai saudara kita di sana?? Kalau di sini aku pasti sebilangan besar mula ambil tahu, ataupun telah ambil tahu. Bagaimana pula Malaysia negaraku tercinta?? Aku harap ramai remaja mula berfikir. Kita sibuk tentang daerah cinta kita, sedang remaja di Gaza terus berjuang. Kita sibuk memikirkan kehidupan yang serba tidak cukup, sedangkan mereka terus-menerus mempertahankan negara. Muda hanya sekali, mati juga sekali. Mati tidak mengenal usia. Mari kita terus berdoa setiap masa untuk saudara seakidah kita. Di sini aku merasakan jarak kami begitu dekat. Ya, jarang sekali aku merasakannya ketika di Malaysia. Merasakan begitu dekat, dan merasakan aku juga perlu melakukan sesuatu. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, dan aku jugalah bukan orang yang selayaknya untuk berkata-kata tapi aku hanya mahu kita semua ambil tahu dan cuba meletakkan diri dalam situasi mereka. Terus berdoa, kerana Allah pasti membantu. Dan aku yakin pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang Allah tentukan... Insyaallah..

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasaWahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Bismillahirahmanirahim.....

Walaupun hampir sibuk dengan exam final, aku tetap mahu menulis sedikit.. Memandangkan iskandariah ini amat hampir dengan wilayah bergolak Gaza, aku amat terkesan dengan apa yang menimpa saudara seakidah kita disana. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak polis berkeliaran. Aku pun tak dapat menafsirkan kenapa. Sama ada berkaitan dengan serangan Israel laknatullah atau tidak. Wallahu'alam.. Baru-baru ni masa aku pegi ke sebuah kedai buku ni, amma arab ni tanya aku, "doakan gaza x??" aku jawab, "ya, saya doakan gaza"... Amma tu kata, "moga dengan doa kita mereka dipermudahkan"... (aku tafsirkan dalam bm, kalau tulis arab takut xfaham lak).. Marilah kita sama2 baca doa qunut nazilah ni setiap kali lepas solat.. Demi saudara kita disana.. Kita xmampu untuk menyumbang tenaga, kita xmampu nak pergi berjihad, nak bekalkan senjata xmampu, duit yang kita ada pun xmampu nak tolong diorang... Semoga dengan doa kita, mereka dipermudahkan.. Insyaallah....



banner 516×75

Popular Posts