Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Assalamualaikum..


hidup tak selalunya indah, tapi disebaliknya pasti ada keindahan... Kesibukan sem 2 dah bermula (walaupun lecture tinggal 2 jam sehari tapi subjek agak tough).. Peperiksaan pertengahan penggal(mid sem) dah bermula.. 4subjek dan satu integrated.. Rabbuna yusahhil insyaallah.. Semakin menarik rasanya hidup di sini.. Mungkin dah mula immune dengan keaadaan.. apa khabar Malaysia?? macam-macam yang berlaku..


Selamat hari lahir untuk 'the "babies" of march'


'sedikit' tazkirah untuk diri dan semua..


WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA


‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.


(1) Qum, Faanzir !

Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!

Canangkan seruan dan ancaman.

Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran.

Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.

Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan!

Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


(2) Worabbaka fakabbir

Besarkan Tuhanmu, di atas segala!

Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya.

Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya.

Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya.

Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar.

Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya.

Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa.

Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka.

Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.


(3) Wathiabaka fathahhir!

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!

Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan.

Risalah dan Amanah ini adalah suci.

Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda.

Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.

Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.

Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.

Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia.

Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.


(4) Warrujza fahjur !

Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!

Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu.

Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda.

Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya.

Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.


(5) Wala tumnun tastakthir’

Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia.

Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material.

Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu.

Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan?

Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. J

alankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.


(6) Walirabbika fasybir !

Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!

Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.

Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.

Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan.

Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki.

Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.


Haza dzikrun!

Inilah enam peringatan dan enam arahan!Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.


Dipetik daripada buku usrah dan dakwah: Hassan albanna http://ustazfadhil.blogspot.com/

Assalamualaikum..


sejak sekian lama,


sejak balik dari kaherah,


sejak mula sem 2 nih,


tak update2 blog nih..





cerita pasal cuti sem 1 nih boleh dibca di blog Niesah or Saibah..


tiada kekuatan untuk menulis(mungkin malas tapi xnak mengaku)..









Ada apa dengan gambar diatas??



amat bermakna.. wish dari kawan2 sempena kematuredkan aku..



hontouni arigatou gozaimasu.. terharu sangat2..



dan ini??


hadiah buat diri sendiri.. (key-chain ni dari Niesah)..

kenapa untuk diri sendiri??

menghargai diri sendiri mungkin..

kenapa pendrive??

inah dah hilangkan pendrive yang abah bagi(nada sedih)..

akan terus mencari sampai ke lubang cacing..

dan jutaan terima kasih kepada mak dan abah...

layan karenah anak mu yang nakal ini selama 19 tahun..

huhu... dah matured dah(xnak mengaku tua)..

Sem 2,

walaupun nampak macam senang..

tapi subjek lagi tough...

perlukan kefahaman dan hafalan yang berlipat ganda..

dah sakit2 belakang walaupun baru seminggu sem2 bermula..

semoga aku dan kawan-kawan dipermudahkan..

tahniah,

buat adikku bucuk.. atas result spm mu itu walaupun xley lawan akak..

hehee.. nak hadiah??

Akhir kalam,

menjawab tag dari saibah..

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

*jangka pendek

-kucing mesir yang comel

-ikan warna-warni

-tiket pergi-balik ke Malaysia

-album arashi

-rumah baru yang cantik(di Alex)

Alasan terhadap pilihan tersebut:

-suka kucing

-nak letak atas meja study

-rindu Malaysia

-nak bagi kat sorang kawan..

-susah nak cari rumah sewa tambah2 time summer

5 Impresi terhadap orang yang diminati

*susah nak minat orang sekarang.. so tak dapat nak jawab..

seorang sahabat bertanya kepada nabi SAW, "bagaimanakah ciri-ciri orang yg patut aku dampingi (untuk di jadikan teman)?" nabi bersabda "teman yg patut kamu dampingi ialah, apabila kamu melihatnya, kamu teringatkan Allah. Apabila mendengar kata2nya, akan bertambah ilmu mu dan apabila kamu melihat amalan2nya, kamu teringat akan negeri akhirat"

5 Perkara hebat yang pernah dilakukan

-tak tidur(tidur kurang dari 2jam dan itupun tertidur) sebab nak exam

-lari sambil naik kereta api kat kaherah

-pegi wilderness camp

-belajar nihon go dalam masa 3bulan

-datang ke mesir

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi)

*semua suka(tiada yang terkecuali)

5 perkara yang dibenci (kurang suka~)

-sakit hati

-patah hati

-tak sedap hati

-terasa hati

-tak berhati-hati

*semua ni membuatkan hatiku xtenang

5 orang yang hendak ditag

*semua sedang sibuk rasanya.. xperlu untuk mengetag..

Akhir kalam, semoga bersua lagi.. jaa, owarimashou..


assalamualaikum..




sekarang ni ada kat mansurah..

baru satu misi tercapai..

ronda2 cairo..

hari pertama- masjid 4mazhab, masjid yg dibina oleh 60org sahabat, jelajah makam2 ahli bait, makam auliya', tempat2 bersejarah dan malamnya shopping kt city star..

hari kedua- kubu Salehuddin Al-Ayubi, muzium mesir dan shopping kat hussien (tempat yg kena bom)..

hari ketiga- asfour(shopping kristal, piramid, bandar terancang cairo n pusing sg. nil selama sejam naik cruise..


mansurah??.. rancang nak pegi port said.. Insyaallah...


alex??.. tggu dan lihat..


entry yg lebih panjang akan menyusul.. pengalaman menarik menyelusuri bumi kinanah ini.. naik train sambil berlari pecut 100m?? beg dibaling masuk ke dalam train?? dan cerita yang lebih detail tentang tempat2 yang dilawati.. tunggu dan lihat...


Kesempatan ini nak wish birthday to my sis, NABILAH BINTI ISMAIL.. sorry inah dah hantar message.. tapi awat xsampai?? nanti inah balik alex inah kol len... sorry my sis.. huhuu... igt nak jadi orang first.. xsempat.. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. mendapat keredhaan dariNya... dah tua la cik kak.. hehehee.. inah pun nak tua dah.. huhu.. xlama dah.. tunggu hadiah dari bumi mesir..


buat adikku yang sorang nih.. tengah tunggu result spm.. huhuu.. bersabar dan berdoalah.. moga result akan keluar nanti insyaallah adalah yang terbaik untuk dirimu dan agamamu.. akak doa slalu untuk budak busuk yang sorang nih.. hehee.. insyaallah.. saya yakin dengan kamu.. huh.. dah xda dalam family aku orang yang bersekolah.. wawaa.. umur abahku xpencen lagi.. baru pencen tentera.. merepek lak.. cukup2... bittaufiq wannajah..

setakat ini saja dahulu.. wassalam...

banner 516×75

Popular Posts