Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160




Kalau besday orang yang paling kita sayang la kan~
1. mesti nak jadi orang yang pertama antar message tepat jam 12.00 malam..
2. dah ready hadiah awal2 lagi (sekurang-kurangnya seminggu sebelum)
3. mesti balut cantik2 pastu dok belek ja hadiah tu.
4. mesti fikir nak surprise camna ni?? nak buat yang paling surprise sekali sebab nak bagi dia happy.
5. kalau boleh nak habiskan sehari tu dengan dia ja kan.

Kalau orang tu kita sayang kan~
1. mesti ingat ja selalu. (mulut ni asyik tersasul ja keluar nama si dia).
2. nak buat something yang dia rasa gembira.
3. tak nak buat benda yang dia tak suka kan?
4. kalau boleh nak bersama dia sampai syurga..
5. kalau dok sorang2 mesti ingat ja kat dia kan?
6. nak selalu telefon, bergayut..
7. nak ikut dia ja. kalau boleh semua benda nak sama. nak pergi mana pun sama2. kalau boleh apa yang dia buat kita nak buat..

RASULLULLAH amat-amat sayangkan kita..
mak dan ayah kita belum tentu ingat dan sebut nama kita time nak meninggal..
kekasih?? apatah lagi.. tah2 nanti kawin ngan orang lain..

tapi RASULLULLAH??
saat Baginda wafat pun sempat sebut ummati..
banyak lagi bukti kasih Baginda pada kita..
tengok blog anas..

tapi kita?? (aku selebih-lebihnya)
bagi yang berkasih.. kita tak da bukti pun si dia sayang yang amat2 kat kita..
kita ja sanggup berkorban apa saja..

tapi RASULLULLAH??
kita tau Baginda amat sayang dan cintakan kita..
apa balasan kita??
renung-renungkanlah~

wallahu'alam~


akan bercuti.. moga musafirku mampu membuka mata hati untuk melihat kebesaran ALLAH~
takda guna kalau dulu lebih baik dari sekarang~

p/s: aku single lagi ek~


assalamualaikum~

walaupun masih di pertengahan exam, namun otak jangan dibiarkan terus tepu dengan bahan medik..
sekali-sekala perlu dijana dengan memikirkan sesuatu benda di luar kotak..

Jauh perjalanan, luas PANDANGAN~

aku pasti, ramai yang dah merancangkan untuk percutian kali ini.
namun sejauh mana niat dan matlamat kita? sekadar melepaskan penat dan lelah?
atau menjana pemikiran berkualiti..
berjalanlah menggunakan akal fikiran agar bisa kita renung dan membuat penilaian..
agar yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan tauladan..

Kita bukan lagi belasan(walaupun belum cukup), tapi sudah hampir puluhan..
kita bukan lagi budak hingusan, tapi sudah hampir kepada dewasa..

kita bukan sekadar pak turut,
kita bukan sekadar menerima,
kita bukan sekadar mengikut.

sesekali kita harus bertegas,
sesekali kita harus memberi,
sesekali kita mesti berubah.

pemikiran harus dijana. melatih pemikiran membuat perbandingan.
melatih diri untuk memberi pandangan.
melatih diri untuk menerima pandangan.
melatih membuat keputusan.
melatih diri untuk memerhati.

yang paling penting,
memikirkan masalah UMMAT..

kita bukan lagi budak mentah, bahkan kitalah harapan agama.
kitalah peneraju dimasa hadapan.

jadi marilah kita berusaha sebaik bukan,
menguasai ilmu Perubatan sebaik mungkin,
mencari nilai tambah yang lain,
agar berguna kepada AGAMA.

biasakan yang betul, betulkan yang biasa~

Firman Allah melalui surah al-Hajj, ayat 46, yang bermaksud;

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

ini hanyalah pandangan dari aku,
wallahu'alam..


mood: semakin matang ^_^ ~

salam..




entry kali ini ada eksperesi diri. mungkin aku tak pernah tulis entry mengenai perasaan aku. tapi ketahuilah aku juga berperasaan. ha3~ aku ada seorang kakak. dan dialah satu-satunya kakak aku. dan dialah yang paling aku sayang kat dunia ni sekarang selepas mak dan abah aku.

dan sekarang ini kakak aku sedang diuji. aku tahu kakak aku kuat untuk hadapinya. walaupun aku call dia, dia boleh gelak2 lagi.
cuma, aku di sini mampu berdoa. moga dikuatkan Iman. InsyaAllah~

di ambil dari iLuvislam.com

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU



banner 516×75

Popular Posts