Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

assalamualaikum.

kalau waktu saya1st year dulu, time2 ni lah nak search;

1. 1st year alexandria university
2. tahun satu universiti iskandariah
3. university iskandariah
4. sistem pembelajaran alexandria university (universiti iskandariah)
5. pengalaman hidup di mesir
6. barangan keperluan untuk ke mesir
haha. macam-macam nak tau. biasa la tu. nak duduk di negara orang. so, sebagai senior yang baik,saya nak berkongsi la kali nih, ;p


1. biodata alexandria university

mesti ada yang macam ragu-ragu. berkualiti tak university nih. esok kalau grade di iktiraf tak. insyaAllah, semuanya kher. dah ada pun senior yang dah grade. tengah houseman sekarang ni. jangan risau sangat. ikhlaskan nak menimba ilmu sebanyak mungkin. boleh check sini pasal alex u. jurusan perubatan di alex u

2. sistem pembelajaran (learning system)

ni mesti ramai jugak nak tau. mulai tahun ni, system yang digunakan agak berlainan. tapi jangan risau, lebih kurang cuma sistem exam lain sikit. sistem pembelajaran

3. etika pemakaian

junior saya ada tanya jugak pasal nih. untuk pengetahuan semua, tiada etika pemakaian yang ditetapkan. cuma bagi pendapat saya dan berdasarkan pengalaman, kalau bagi yang perempuan selalunya baju kurung menjadi keutamaan. lebih sopan dan sedap mata memandang. boleh ja nak pakai seluar atau yang sewaktu dengannya. tapi jangan lupa kita ada syariat yang perlu dipatuhi. bagi yang lelaki pakai lah apa pun selagi kemas dan sopan.

4. keperluan untuk dibawa

benda nih tak la complicated sangat. bawak benda yang kita rasa nak bawak. haha. macam nih, kalau budak mara memang tak boleh masak pun kat asrama tu. tapi jangan risau ada cafe bawah tu. sedap pun sedap. tapi bagi student yang tinggal di luar, bahan2 elektrik penting untuk di bawa. periuk nasi, blender. share2 lah antara ahli rumah.
bukan apa, barang elektrik mesir ni cepat rosak. takut nanti baru beli dah rosak. kalau nak yang ada guarantee kena belii yang mahal sket la.

plug kat mesir nih guna yang 2 mata ja.

so, kena ada adapter lah kalau nak gunakan. tapi jangan risau banyak ja adapter yang dijual kat mesir nih. harga pun murah. kalau tak nak bagi berat beg, boleh ja beli kat sini.

5. musim-musim di mesir

untuk pengetahuan semua, mesir ada 4 musim. ya, 4 musim. tapi yang paling ketara adalah musim panas dan sejuk lah. jarang kita nak nampak musim bunga dan luruh kecuali kalau kita rajin ke taman-taman yang cantik2 di sini.

kalau musim sejuk, boleh sampai 6 degree macam tu. memang sejuk lah. lagi satu, alex ni tepi pantai. so kalau musim sejuk memang kuat angin dia. angin ni memang sejuk sampai ke tulang lah. bagi yang nak beli baju sejuk, alex menawarkan pelbagai jens baju sejuk. haha. jangan risau. ada ja jual. nak yang murah, mahal. ada saja.

kalau musim panas, tak payah nak cakap. boleh sampai 44 degree. sampai bila keluar bangunan yang kita belajar tuh, boleh rasa haba macam oven. haha. jangan risau. best tau~ baru rasa sikit macam mana perang-perang dalam Islam yang berlaku waktu musim panas nih.

6. keadaan university.

kalau dulu unviversity lama. dekat sikit dengan bangunan mara. dengan rumah sewa yang selalu budak medik duduk. tapi sekarang tempat baru. tengok sini. kalau dari stesen kubri gam'ah (stesen tram) kena jalan kaki. dalam 15-20 minit jugak. tapi kalau dah malas sangat boleh naik teksi ja.

7. makanan

jangan risau. insyaAllah gemuk nti dok mesir. haha. macam2 ada.

8. kelas agama

ni bab yang paling best. sebab orang dok bayang mesir nih islamic kan. tapi orang2 dia macam biasa. macam kat malaysia. ada yang jahat, ada yang baik. pakaian tak payah la dok bayang pakai jubah. nanti mai sini baru tau.
memanglah ni ardhul kinanah. tapi kalau mai sini saja, tak da inisiatif nak cari sheikh2 tak dapat apa jugak. kalau yang berminat nak hafal Quran, nak belajar tajwid, nak talaqqi, nak kelas tafsir. insyaAllah boleh ja nak cari. cuma nak atau tidak sahaja.

9. Arab Mesir

ni bahaya sikit. disebabkan keadaan hidup yang susah, kebanyakan Arab Mesir ni mata duitan sikit. so, jangan la nak pi buka purse tuh secara terang-terangan. nanti nampak duit yang melimpah ruah tu, tak pasal-pasal kena cop orang kaya. haaa. hati-hati sikit, sebab kadang-kadang kita tak sedar bila purse or handset kita hilang.
satu lagi, kalau beli barang boleh ja nak mintak murah. tapi jangan over sangat. kalau nak murah sangat buat sendiri lah =P

satu lagi. orang arab ni selalu nya dapat detect la, ni student baru ka lama. hehe. so, pada adik-adik baru tu, jaga2 sikit. jalan buat muka confident ja.

10. buku-buku medik

nasihat saya. tak payah bawak lah. buat berat beg ja. baik bawak makanan atau baju banyak-banyak. nanti taklah baru 2, 3 bulan, rindu nak makan macam2. haha.
sebab alex u guna buku teks university. memang baca buku tu, hafal, telan sekali, insyaAllah boleh jawab exam. so duit yang nak guna beli buku kat malaysia tu bawak ja sini. nanti dah buka kuliah, kena beli buku teks.
mestilah nak beli international books jugak kan, nak buat rujukan. jangan risau, nanti time winter ada ma'rod kutub ataupun pesta buku. besar punya. tak main la macam kat malaysia tu. ang pi seminggu pun belum tentu abis ronda. apa macam? haha.

11. beli-belah

mesti ada yang tanya; syampu, ubat gigi n segala macam adik beradik dia macam mana? jangan risau. Alex nih ada carrefour ada Fathallah. available ja semua benda nih. alat tulis ka. boleh beli kat sini. kalau Fathallah tu dekat ja. naik tram baru 25 irsy (25 sen la). kalau carrefour nih kena pi naik teksi lah. kalau dari asrama mara pi boleh dapat 7 genih (kena pandai minx kurang la). balik memang selalu kena 10 genih. kalau pi 4orang jimat la kan.

12. senior

ni part paling best nak cerita. haha. jangan risau. senior semua baik2. mintak la tolong. kalau tak reti nak pi mana2, nak beli barang, demam ka. insyaAllah ada ja senior yang berhati baik akan tolong. nak tanya university kat mana ka. nak bukak akaun, nak cari mesin atm. macam2 lagi.

13. kawasan sekitar asrama mara

kat sini kalau nak tengok-tengok kawasan sekitar asrama mara.dan kalau ada apa-apa masalah, tak kiralah pasal visa atau sebagainya. jangan segan-segan kontek pejabat mara timur tengah.
sini pulak kalau nak tengok gambar asrama. jangan risau, kat asrama mara ada wireless. tak payah susah2 kalau nak guna internet. bagi yang duduk luar, insyaAllah senang ja nak pasang internet kat rumah. tak payah fikir nak beli broadband atau sebagainya. jimat duit. hehe~


setakat ni ja yang saya ada idea. hehe. bukan apa, mesti ada yang dok risau nak mai alex nih.
kalau ada soalan boleh la kemukakan.

p/s; entry ini mengalami pengubah suaian dari semasa ke semasa. mengikut pertanyaan yang diajukan.

oklah, wallahu'alam.

18 mEssAge:

aku dok mesir jd kurus.

balik msia pn jd kurus.

camne nih?

barangkali hanya kaum hawa kot yg akan naik badan bile dh dok kat mesir..

haha.
1st year ja naik.
2nd year turun banyak kot.

maybe kaum lelaki je yang kurus.

junior yang baek :) said... August 23, 2010 at 6:42 PM  

xpa2.skunk kmi dh x risau.hehee..~~

junior yang bajet baik;
haha. oklah tu. boleh bagitau kawan-kwan sekali. hehe.

duk msia dgn duk mesir berat lebih kurg jer..xde effect~

ke ak pandai jaga badan? XD

sayut; kenapa ramai orang perlu sentuh bab berat nih. haha.

ada yang naik, ada yang tak. budak laki makan sekawah pun susah nak naik. haha. high metabolism rate lah katakan.

aku ckp time 1st year ja. 2nd year turun byk lah.

macamana nak naikkan berat badan ye?
huhu

si kurus;
alhamdulillah anda dah kurus. tak payah fikir byk. mungkin metabolism rate anda tinggi. tapi makan perlu di jaga jugak. sebab cholestrol dalam darah bukan bergantung pada size badan. jaga makan =P

player PES 2011 said... October 2, 2010 at 2:36 AM  

nk lagi best.. main la football manager.. x pon ... PES 2011 dah kuar... br kite rase macamne jd pengurus dan jadi pemain...

Nak tanya. Sisten greding markah camne?

@DrHilmi

dekat Alex guna sistem CGPA.
so, setiap subjek ada grade.
95-100 --> A
90-94 ---> A-

lebih kurang macam ni. pastu setiap tahun akan dapat CGPA.

salam,, boleh x xnak tggal di asrama mara?? means sewa rmah sndiri.. n dpt alaun x?

wassalam.
kalau awak datang dengan MARA, memang kena duduk asrama MARA.
tapi, kalau datang dengan agent, KPT, atau yayasan, memang duduk rumah sewa.

sy brmnt nk buat dntist dkt sne n nk tnyew...sistem ppriksaan dya mcm mnew eyhhh? satu modul satu test eyh? modul dya tu tebal ke? =)

boleh baca dekat sini :)

http://iskandariah.perubatan.org/v1/2011/09/sistem-pembelajaran-tahun-1-pergigian-universiti-iskandariah/

Belajar dalam bahasa inggeris atau bahasa arab ? ☺

Lecture apa sume english. Kalau takda basic arab pun boleh hidup. in shaa allah😌

Lecture apa sume english. Kalau takda basic arab pun boleh hidup. in shaa allah😌

Popular Posts