salam..
tadi ada sembang dengan pak cik aku. dia tau aku suka kucing. so, dia cerita pasal kucing dia untuk bagi aku releks2 time nak exam ni. seronokkan kalau ada kucing sendiri kat sni..
1) ni gambar yang pertama.. di make up oleh anak beliau. (nasib baik kucing ni baik!)
2) ni kucing jenis M.. tengok ada huruf M kat dahi dia..
3) ni pulak jenis british short hair solid (pak cik aku yang bagitau)..
4) ini adalah TAM.. pengarang jantung aku.. dia suka tidor dalam almari ni.. kalau hilang ja mesti ada kat sini..5) inilah lima bersaudara milik jiran aku..
ada banyak lagi koleksi kucing kesayangan dan gambar. setakat ini dahulu..
selamat study!!
manfaatkan study week nih, tajdid niat~

kalau kita dahaga,
boleh minum air.
tapi kalau hati dan jiwa yang dahaga??
Al-Quran lah yang akan membasahkan hati dan jiwa kita..
seorang sahabatku berkata,
Al-Quran seolah-olah berbicara dengan kita..
Kerana bila ada sebarang masalah di jiwa,
kalau baca dan hayati maksudnya,
pasti akan terkena batang hidung sendiri..
tak percaya??
cubala~
(PERINGATAN: INILAH ADALAH PANDANGAN PERIBADI SEMATA2, SEBARANG KETIDAKPUASAN HATI TIDAK DIALU-ALUKAN, SEBARANG PERKONGSIAN DAN TEGURAN MEMBINA AMAT DIALU-ALUKAN)
salam..
baru lepas exam microb. anak2 banyak sungguh. hari ni tambah lagi 3. adeno, rhino ngan influenza. haha. sampai tak ingat nama anak. merapu~
ok lah. entry kali, nak meluahkan kelainan rasa dihati ini.
dulu kerja dengan senior. ketua aku dulu k.sarah. so tak la rasa lain. tapi kali kerja dengan housemate sendiri. sebaya. pelik rasa~
hehe, bayangkan anda kerja kat sesebuah tempat tu tapi bos muda dari anda.
apa perasaan anda?
tak dak perasaan~ (mungkin itu jawapan anda)
tapi jawapan aku, rasa pelik.
jadi kat sini aku nak kongsikan satu nilai yang aku aplikasikan minggu lepas.
tajdid niat!! (dapat dalam lecture nih~ credit to sr)
kalau aku join upp untuk k.sarah,
sekarang ni k.sarah tak jadi ketua dah..
so, baik aku tak payah join..
kalau aku join untuk jadi AJKT,
aku tak jadi AJKT pun sekarang nih,
baik tak payah join dah..
kalau aku join untuk popular,
aku tak popular pun buat join nih,
baik tak payah join..
kalau aku join sebab abg din pengerusi,
tapi sekarang dah jadi abg. rahim,
baik aku tak payah join..
kalau aku join untuk mencapai komplot dalaman aku,
dah tercapai pun,
baik aku berhenti join..
inilah kepentingan niat..
ikhlaskan niat..
kembali kepada satu benda..
kerana ALLAH..
camna nak niat kerana ALLAH??
UPP bukan berdakwah pun..
PERUBATAN bukan ISLAMIC pun (jangan kontroversi, contoh je)
jawapannya aku rasa terletak pada diri kita sendiri..
kalau kita rasa UPP kurang mesej dakwah,
join la UPP. kita tambah apa yang kurang..
kalau rasa PERUBATAN tak ISLAMIC,
kita yang jadikan PERUBATAN ISLAMIC..
jangan teruskan mengkritik dan melarikan diri..
kritik dan menyumbang pada perubahan..
berkongsi tak salahkan??
tambah apa yang kurang..
aku ada sembang dengan sorang akak nih..
keterbukaan beliau dalam berkongsi dan menjawab pertanyaan aku,
membuatkan aku kagum dengan beliau.
walaupun dia bukanlah pro-perubatan,
namun keterbukaan beliau amat mengagumkan..
yang paling aku ingat jawapan dia,
'kadang2 orang bawahan yang terlampau taksub,
sedangkan orang2 atasan terbuka je'..
aku tujukan entry ni pada diri aku sendiri ..
so, jangan ada sapa terasa lebih2..
hehe~
wallahu'alam..
Perumpaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat. (QS Al Baqarah: 17).
Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekat (dinding) dan di belakang mereka juga sekat, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Dan sama saja bagi mereka, apakah engkau memberi peringatan bagi mereka atau engkau tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman juga. (QS Yasin: 9 -10)
moga mata hati kita tidak buta. moga kita dapat melihat tanda kebesaran ALLAH yang berada di sekeliling kita. moga kita dapat mencari hikmah dalam setiap ujian dan dugaan dalam hidup. moga kita tidak BUTA dalam mata yang celik.
Ya Allah,
Janganlah Engkau palingkan hati ini,
Setelah Engkau beri hidayah,
Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,
Maka tetapkanlah hatiku ini,
Di atas landasan agamaMu yang benar.
p/s: mungkin ada yang pernah dah dengar lagu ni.. tapi, ulangan bukan satu bebelan.. ulangan adalah satu tazkirah, buat diri sendiri yang sering lupa dan alpa..
assalamualaikum~
sebenarnya dah lama rasa menyepi dari alam maya nih. hik3~ walaupun rasa macam baru ja update blog. pejam calik dah nak habis sem satu kan?? cepat betul. takut2 nanti pejam celik dah ada dalam kubur (nyesal nanti sebab tak bersedia).
motif pertama tulis blog nih,
pagi tadi asma bangun ajak pegi bengkel grafik designer malam ni kat asrama. anjuran media perubatan aka UPP iskandariah. tetiba ada orang tanya benda apa tu?? hehe. jawapannya sejenis kura2 yang boleh dibela~ jom la tengok cara nak bela kura2. baru tak mati.
lawak je. tapi hati ni kejap nak pegi kejap tak nak. tapi akhirnya macam nak pegi. boleh dapat apa yang aku tak pernah dapat insyaAllah..
lagi satu aku nak memperkenalkan dua orang blogger iaitu cik NANY dan cik YUCIKA.. kenapa? sebab aku rasa nak perkenalkan je la. (ni blog aku so ikut aku la!) hehe.. NANY adalah presiden PBB(pertubuhan blogger2 bersatu, betul ke?).. baru nak wujudkan. boleh kot cadangkan pada cik ASMA yang merangkap UPP sekarang nih. bolehlah persatuan ni tolong promosikan aktiviti bawah PERUBATAN lepas n.
sebenarnya ada satu benda lagi.
aku suka MTC hari tu. jelaskan sekarang pendirian PERUBATAN?? aku harap lepas ni tak dak dah isu2 macam ni. kurangkan KONTROVERSI tingkatkan PRESTASI.
satu lagi aku ada pesanan. kita dah lantik AJKT2 yang kita nak (promote, kempen, fan club,undi dan sebagainya). takkan lepas diorang menang kita lepas tangan pulak? sekarang ni lah masanya kita hulurkan tangan dan ringankan beban AJKT2 yang kita lantik. betul tak? hehe. aku pun sama la. kena tolong rr. so, jom la sama2 tolong.
satu benda lagi..
aku nak doakan bagi abang dengan kakak aku cepat dapat jodoh. takdelah, melawak je. cuma nak tengok abang2 aku dan kakak aku bahagia. ( aku ada 4abg n sorg kakak). so adik yang sorang ni nak cepat menimbang anak saudara. sebab kawan baik aku pun dah bertunang baru2 ni. huhu.
benda baik jangan dilambatkan~ hehe..
so, dah 2010.
so, dah officially walaupun belum birthday aku dah 20. apa la yang best sangat tua nih? bukan tua. matanglah. semoga aku semakin matang.
satu lagi..
aku suka pandangan cikgu ISLAMIC STUDIES mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH tu.
tapi pada aku setiap orang ada pandangan tersendiri. so, saling menghormatilah. baru penduduk kampung hidup aman damai dan bahagia hingga ke akhir hayat kan??
jom struggle untuk exam yang akan datang!!
wallahu'alam..

alhamdulillah..
habis seminggu berlalu.. sebenarnya seminggu yang lepas ni amat berat bagi aku..
bila Allah tarik nikmat sihat tu sekejap.. baru rasa betapa pentingnya sihat..
baru hari aku rasa boleh bangun betul2 dan meneruskan rutin seperti biasa..
baru terasa betapa nikmatnya SIHAT tu.. tak la lepas ni tak jaga kesihatan betul2..
agak complicated jugak citanya.. aku ada tachycardia yang aku rasa teruk la.. rasa la sikit2 dyspnea tu.. pastu jumpa doktor.. pastu doctor bagi digoxin, bisoprolol n moduretic drug.. bila tengok ubat tu terkejut jugak.. ha3~ baru blajar pharma la katakan.. tp doctor tu suruh la buat cbc.. hehe.. rupanya ada slightly anaemia.. dah la kena bentang pasal anaemia dalam pharma.. pastu kena tambah iron supplement.. aku rasa macam tak logik pulak.. dah la yang digoxin semua tu kena continue.. pastu tambah iron tu lagi~ sakit disebabkan side effect la pulak..
lepas tanya beberapa senior, aku amik keputusan tak nak makan langsung ubat.. haha.. Alhamdulillah rasa sihat dah sekarang.. wallahu'alam la camna.. cuma boleh kawal dari segi diet kot.. tapi aku nak pesan jugak kat kawan2 semua.. makan kena jaga ek.. walaupun busy~
tahniah pada nama2 yang ada aku promote sikit2 sebelum ni.. Alhamdulillah naik pun.. so, insyaAllah ini yang terbaik untuk anda semua.. semoga dapat menyumbang apa yang terbaik.. he3~ aku yakin semua orang nampak, apa yang aku nampak ada dalam diri mereka2 ini(faham ke??)..
insyaAllah, kher~
marilah kita menyumbang untuk PERUBATAN dan memperjuangkan moto PERUBATAN..
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN, MENGERAT KEBERSAMAAN~
p/s; aku suka sesi muhasabah mtc...
