Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah sekian lama dibiarkan bersawang, hari ini dalam sejarah terstimulus jugak untuk mengupdate blog ini, Alhamdulillah.

teringat kenangan revolusi suatu ketika dahulu.
pernah seorang sahabat menimbulkan persoalan, jika ditakdirkan kami semua bakal bercuti panjang di Malaysia, apakah aktiviti yang dirasakan wajar dilakukan bagi memanfaatkan cuti yang terluang. saya dengan senang hatinya menjawab, mungkin boleh menjadi guru sementara di sekolah.

dan ternyata jawapan yang diberikan oleh sahabat saya menyebabkan saya tersentak dan terus berfikir. "Guru adalah pekerjaan yang mulia, siapalah kita untuk suka-suka melakukannya".

ya, Guru adalah pekerjaan yang mulia. merupakan tulang belakang kepada pembinaan generasi muda negara. Merupakan asas kepada pembangunan modal insan kepada negara.
pekerjaan guru merupakan satu pekerjaan yang mulia, dipandang tinggi dari dulu lagi.

dan pada saya sendiri, guru adalah contoh yang paling dekat dengan generasi muda setelah ibu bapa sendiri. mana tidaknya, saya sendiri sejak berada di bangku tadika lagi, mudah terikut dengan gaya guru yang mengajar saya.
mahukan tulisan yang cantik macam tulisan cikgu,
nak baju yang cantik seperti baju cikgu,
nak bercakap dengan bergaya macam seorang cikgu.

ya, saya akui, sejak kecil hingga ke sekolah menengah cikgu-cikgulah yang banyak menjadi inspirasi saya. dari segala aspek kehidupan. masih ingat lagi karenah adik saya semasa di bangku sekolah rendah, apa yang di ajar oleh cikgu di telan bulat-bulat. mana tidaknya, adakalanya adik saya silap dengar semasa cikgu mengajar, bila beliau pulang ke rumah, bila abah atau mak saya bertindak untuk membetulkan kefahaman beliau, adik saya masih menafikannya. pada adik, apa yang cikgu cakap adalah betul. walaupun adik yang tersalah dengar. dan akhirnya dibetulkan balik oleh cikgu beliau semula.

tapi apa yang membimbangkan saya, kerjaya yang mulia ini semakin dicemari. saya sendiri tidak tahu apa puncanya, kerana saya bukanlah dalam kalangan para pendidik.
kadang kala, ketika melayari alam maya sama ada facebook ataupun blog-blog persendirian, saya jadi malu. bukanlah semua, tapi ada sebilangan kecil bakal-bakal pendidik yang menjatuhkan perspeksi masyarakat terhadap pekerjaan ini.

buat bakal guru sekalian,
saya berharap agar anda lebih berhati-hati di masa hadapan. kadangkala saya tersentak melihat sesuatu yang tidak sepatutnya di siarkan dikhalayak ramai tersiar.
bukan apa, risau jika ada dikalangan para pelajar yang terlihat, dan menjadikannya sebagai contoh.

risau jika status-status yang tidak patut dibaca oleh anak didikmu, dan mereka mengambil contoh akan perilaku mu itu.

risau jika, gambar-gambar pelajar yang anda upload di facebook, dan di komen secara beramai-ramai di facebook telah menjatuhkan air muka pelajar tersebut.

ketahuilah,
prefrontal area of our brain, kawasan di mana membuatkan kita boleh berfikir dengan rasional akan matang sepenuhnya hanya selepas 18 tahun (betulkan jika tidak). sebab itu lah jika umur di bawah 18 tahun di kira bawah umur dan tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan sendiri.

jadi anak murid anda masih belum mampu berfikir secara rasional wahai guru-guru sekalian. takut jika mereka masih tidak mampu berfikir baik buruknya. dan mereka hanya mengikut contoh-contoh yang berada di sekeliling mereka.


Akhir kata,
saya juga terdidik dari seorang guru biasa.
siapa pun saya sekarang, guru adalah yang banyak menaburkan jasa pada saya.
saya msih tidak mampu membalas jasa guru saya sendiri.
dan saya merasakan pekerjaan guru itu adalah satu pekerjaan yang mulia.

p/s : post ini memanglah ditujukan khas buat para guru, tapi ingatlah, sebarang pekerjaan yang kita kerjakan sebenarnya adalah mulia. dan sebagai seorang Muslim dan Mukmin, sepatutnya kita seharusnya mempamerkan akhlak Islam yang sebenar-benarnya agar kita tidak membawa fitnah kepada agama kita yang tercinta.
wallahu'alam.

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu saya dan tidak dilupakan pada bakal-bakal guru =D

versi skema di sini IskandariahONLINE


8 mEssAge:

penangan ang masih berapi!

mak aku smpi skrg still sebut2 nama ang...hehe.

:)

yeah exxactly, the same goes to some of my friends, the way they talk, full of this "mencarut-carut" things,then, the way they dress up, almost like punk!

haih..ape nak jadi dengan cikgu nanti..

terbaik post ni...
kenapa tak post kat PO-Iskandariah?

adjust letak dalam PO-Iskandariah boleh?

Klik:
perspeksi = X
perspeks = Y?
persepsi = O

kinah shbatku..rindu sama kamu..
tak mampu nk tulis macam kinah...
hmmm kaulah inspirasiku..
moga aku jugak akan dpt ilham macam ang... zuppp msuk dlm ati post ang..
teruskan post lagik.. rindu dgn ang n post2 ang yg menarik!!

haha..adk dh xigt dh kes msa skolah rndh dlu~yg adk igt, pi skolah, men-zero point, mkn eskrem msa klas kafa...=p

nice entri..=)

Raihan : hehe, bukan penangan. maybe cute sangat time sekolah dulu =P

Anon : tu lah. sedey kadang-kadang =(

Yim : thanks for suggestion =D

yani : usah puji melambung =D
semua ni hanyalah pandangan peribadi. hehe. ada betul, ada salahnya.

anon adik : ye lah, budak kecik mana ingat :p

Murni : thanks :D

Popular Posts