Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

 Hampir tiga tahun dari post yang lepas.

Alhamdulillah dikurniakan Allah jodoh yang memahami dan seorang cahaya mata yang comel masyaAllah Tabarakallah.

Siapa sangka, melihat post-post dari zaman remaja, hari ini kisah yang berbeza mengenai hidup.

Melangkah keluar dari zone selesa, sudah di tahun tiga pengajian master.
Drama air mata dan rindu.

Moga Allah terima pengorbanan ini.
Moga mampu berbakti pada ummah.

Assalamualaikum...

Rupa-rupanya masih wujud blog ni. setelah berkurun lama tak menjenguk. Siap bersawang bagai.

Walaupun tak tahu masih ada atau tak pengunjung yang membaca apa yang terkandung di sini.

Alhamdulillah, menjengah tahun 2020. Siapa sangka masih lagi diberi kesihatan oleh Allah. Masih sihat tubuh badan, masih single. haha.
Bila melihat kandungan di blog ini, hati menjadi sayu. Segala semangat di suatu masa dahulu, kematangan, dan kuatnya semangat.

Sekarang, umur makin bertambah. Dihimpit kesibukan dengan kerjaya, menghayati hidup dan meluangkan masa bersama mak ayah.

Cukuplah sekadar coretan ringkas untuk mengingatkan aku masih aku yang dulu.
Masih mencari makna hidup, dan mengharap pengakhiran yang baik.


Setelah setahun menjalani housemanship, baru sekarang aku rasa nak menulis balik di blog.
Mungkin selama ni tak sempat, ataupun malas sebenarnya.

Setahun yang berlalu, aku selamat menjalani housemanship di sebuah hospital "yang terpaksa dirahsiakan". Alhamdulillah setakat ni semuanya okey.

Mungkinlah kan, awal-awal kerja stress, depress semua ada. tapi by time, InsyaAllah all is well. InsyaAllah kalau diberikan peluang, aku akan mula menulis sikit-sikit pengalaman aku semasa housemanship.


Owh ya, saya tak biasa membawa barang berharga di dalam poket baju. Terutamanya duit, apatah lagi telephone bimbit. Selalu mesti membawa beg bersama-sama untuk diletakkan barang berharga.
Cuma hendak dijadikan cerita, hari sabtu yang lepas saya menemani beberapa orang senior dari Cairo membeli barang bayi di sekitar kawasan Mara. Pergi secara tiba-tiba dan saya hanya membawa telefon bimbit di tangan yang kadang-kadang saya sorokkan di dalam poket baju sejuk. Saya tahu budaya pick pocket masih wujud di kawasan Alexandria ini walaupun keadaannya bermusim.
Sedang leka membelek baju bayi, tiba-tiba saya menyeluk kocek baju saya. Alamak, terasa kosong. Saya lantas memaling ke belakang dan menarik mafla kakak arab yang berada di belakang saya. Handset yang disorokkan di dalam mafla jatuh ke lantai. Saya lantas mengambil telefon tersebut sambil berkata, "Haram 3laik" dengan nada yang tinggi.
Mereka bertiga. Tergelak-gelak bila melihat reaponse saya.
Saya lantas terus menyebut dengan nada yang tinggi, "Pencuri!!".
Salah seorang kakak arab tersebut datang kepada saya.
"Ang jaga-jaga sikit".
"Jaga-jaga apa, ni telefon aku ! Ang pencuri".
"Sudahlah. Sudahlah".
"Sudahlah apa. Ang tu pencuri. Ang muslim ka apa?"
"Alhamdulillah, aku Muslim".
Kata kakak tersebut sambil tersengih-sengih. Kemudian mereka keluar dari kedai tersebut.
Alhamdulillah jodoh dengan telefon ini masih panjang. Mohon sahabat-sahabat berhati-hati dan jangan takut untuk melawan smile emoticon
P/s : Kakak arab tu cakap arab, bukan cakap kedah tongue emoticon



Hari ni, sepatutnya operation yang ambil masa 2-3 jam ter extend jadi 5 jam.
Operation yang sepatutnya simple, hanya nak buat "end-to-end anastomosis" pun jadi panjang sebab jumpa "desmoid tumor" intraoperative.
Patient yang sepatutnya buat hernia repair sahaja, berakhir dengan pembedahan membuang lemak sekali sebab susah sangat nak buat operation atas sebab patient obese. Bila senior resident buat salah masa operation pun, specialist tak marah dan cakap takpa-takpa, ni semuatraining bagi kamu.
Patient yang di jadualkan untuk membuat pembedahan membuang "gall bladder" (hempedu) dengan teknik laparoscopy, berakhir dengan hanya buat diagnostic procedure sebab CT scan menunjukkan ada suspicious lesion (suspect malignancy).
Surgery mengajar saya, tiada benda yang pasti, dan tiada satu rawatan pun yang pasti untuk sesuatu penyakit.
Semua bergantung kepada, keputusan seorang "surgeon". Dan keperluan seorang "surgeon" untuk sentiasa tenang untuk menghadapi sebarang situasi, dan yakin dalam membuat keputusan adalah penting.
Begitu juga dalam hidup, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan dalam hidup.
Jika ajal kita esok, bersediakah kita ?
Jika kita menunggu Ramadhan untuk berubah, tiba-tiba tak sempat pun nak sampai Ramadhan, bersediakah kita ?
Keep your chin up and live your life to the fullest smile emoticon .

banner 516×75

Popular Posts