Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

assalamualaikum, salam ramadhan.

dah lama tak menulis berkaitan dengan dunia perubatan. hehe, jadi hari ini nak berkongsi dengan satu benda yang selalu kita dapat.

sakit tekak. tapi ni bukan sakit tekak biasa-biasa. masa minggu pertama puasa aku ditakdirkan terkena apa yang orang kampung sebut tonsilitis. pastu teringat yang benda nih dah pernah belajar. so nak ingat-ingat baliklah.

tonsil ni sebenarnya benda penting dalam badan kita. kebanyakan benda jahat (bacteria, virus dan sebagainya) masuk ikut mulut. ya la, tangan tak basuh, pegang itu, pegang ini, pastu telan. tonsil ni akan hasilkan antibodi untuk lawan. hebatkan?? subhanallah.

mula-mula aku ingat sakit tekak biasa. time tu dah demam. bila jumpa doctor, suhu dalam 38 degree, tinggi jugak tu. normal suhu badan adalah 37.
doctor bagi antibiotic yang diberi nama erythromycin. antibiotic ni selalunya diberi kepada orang yang allergy dengan penicillin. sebab tu kadang-kadang doctor akan tanya, 'awak ada allergic dengan apa-apa ubat tak?'. sebab bahaya kes allergic nih. silap-silap boleh membawa maut. so selalunya nak selamat, doctor akan prescribe ubat yang lebih selamat.

orang selalu tak tau, kenapa perlu habiskan antibiotic nih.
sebenarnya, kalau demam biasanya ataupun selalunya disebabkan oleh bacteria. bacteria akan serang badan kita. kalau dalam bab tonsilitis nih, tonsil ni salah satu organ yang buat antibodi nak lawan benda-benda jahat nih. tonsil kalau nak dia bengkak, kita boleh tengok dari luar, sebaris bawah telinga kita kat bahagian leher. haha. boleh bayang tak??

jadi kena bagi habis antibiotic ni sebab nak lawan bacteria secara habis-habisan untuk menghalang dari benda yang sama berulang. dan nak menghalang bacteria tu jadi kebal dengan badan kita. aah panjang aku merepek.

jadi, habiskanlah ya antibiotik tu.

hari yang ke-4 demam. aku rasa dah ok sikit. tapi sakit tekak menjadi-jadi. bila tengok kat cermin, aku boleh kesan ada bengkak dekat tonsil aku nih. kalau telan air liur pun dah sakit sampai ke telinga. jadi cepat-cepat aku bagitau ayahku, kami ke klinik untuk kali ke-2.

aish, nak dijadikan cerita, doktor yang ke-2 ni kurang sikit etika dia. rasanya macam nak bergaduh ja ngan doctor ni. tapi sabarlah, aku baru med student. tak sampai tahap dia lagi. layan ja lah. suhu kali ni naik lagi 39 degree. uish, bahaya betul.

doctor tu tukar antibiotic lain. sebab mungkin bacteria tu dah kebal dengan antibiotic sebelum nih. punyalah gedabak besar. telan rasa macam nak keluar balik. hahaha. tapi nak tunjuk macho depan kakak aku. telan buat tak tahu ja. sampai dia pun terkejut. aik, telan macam tu ja? haha. nama antibiotic ni adalah amoxicillin.
alhamdulillah, bila dah nak abis antibiotik demam dah ok.

yang bahanya tonsilitis ni, bila biar lama-lama bacteria ni akan bermaharajalela kat situ dan hasilkan nanah. nanti dia akan merebak ke tempat-tempat lain. boleh kacau pernafasan kita. boleh sekat pernafasan tu. bahaya tau. lagi satu, bacteria ni boleh hasilkan nanah.

jadi kawan-kawan (skema btol), kalau rasa sakit tekak tu, demam sampai tak larat badan, sakit tekak pulak sampai ke telinga. rajin-rajinlah jumpa doctor. jangan takut2. doctor tak makan orang. haha. setakat ni saja buat kali ni. puasa-puasa jugak. kesihatan kena jaga. jumpa lagi.

wallhu'alam~

p/s: kalau ada medical facts yang silap mohon dibetulkan. saya budak baru belajar =P

9 mEssAge:

wahhh..
informatif bagus..

cbe try terangkn sket,
cmne infection bleh buat kite jd demam??

rasanya yang bertanya lebih arif. tapi biar aku try.

pyrogen- bahan yang boleh menghasilkan demam.

pyrogen ni terdiri daripada dalaman ataupun luaran. klau dalam kes infection nih, pyrogen berpunca dari luaran(bacteria). contoh pyrogen yang ada kat bacteria nih adalah LPS (lipopolysaccharides) yang ada dekat cell wall of some bacteria. LPS ni akan melekat dekat sejenis protein (immune protein) pastu akan hasilkan sejenis complex.

complex ni akan activekan macrophage. so akan terhasil lah beberapa jenis bahan yang dinamakan cytokine. cytokine akan mengaktifkan sejenis pathway dalam badan kita (arachidonic acid) pastu akan hasilkan bahan yang boleh stimulate demam nih.

hah ! panjang betul. ni dah simplekan tau.

tapi demam ni baik untuk badan kita. sesetengah bacteria akan terbunuh disebabkan suhu yang tinggi. subhanallah, hebatkan! ubat yang diberi untuk turunkan suhu, hanya akan rawat symptom saja. kita rasa sejuk. tapi sebenarnya badan kita masih lawan bacteria tu.

wallahu'alam.

p/s: kalau salah minta dibetulkan.

likes this :D

*sedang menganga*

xterkejut pn la..cume heran dlu kn hg tkut mkn ubt..kan2..bleh muntah blk..hahaha

akaii xmau p trwkh 2..ngee

oit,haha. tu tuduhan berani mati. kih3~ ang tgk inah nak buat apa nanti..

mkn badak?? sabaq2..taula lapaq pn..

Selamat berpuasa. Nice info

banner 516×75

Popular Posts