Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Kalau di mesir, kanak-kanak yang berumur sebegini mesti senang enak bersama keluarga mereka. Membeli-belah, bergaya(amat bergaya lebih dari yang dewasa), makan ais-krim di musim sejuk begini. Tapi kanak-kanak di atas?? Sejauh mana kita ambil tahu mengenai saudara kita di sana?? Kalau di sini aku pasti sebilangan besar mula ambil tahu, ataupun telah ambil tahu. Bagaimana pula Malaysia negaraku tercinta?? Aku harap ramai remaja mula berfikir. Kita sibuk tentang daerah cinta kita, sedang remaja di Gaza terus berjuang. Kita sibuk memikirkan kehidupan yang serba tidak cukup, sedangkan mereka terus-menerus mempertahankan negara. Muda hanya sekali, mati juga sekali. Mati tidak mengenal usia. Mari kita terus berdoa setiap masa untuk saudara seakidah kita. Di sini aku merasakan jarak kami begitu dekat. Ya, jarang sekali aku merasakannya ketika di Malaysia. Merasakan begitu dekat, dan merasakan aku juga perlu melakukan sesuatu. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, dan aku jugalah bukan orang yang selayaknya untuk berkata-kata tapi aku hanya mahu kita semua ambil tahu dan cuba meletakkan diri dalam situasi mereka. Terus berdoa, kerana Allah pasti membantu. Dan aku yakin pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang Allah tentukan... Insyaallah..

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts