Aku mulakan dengan lafaz ;
Gigi Bongsu
Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
Makan ubat penahan sakit.
Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
(a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang : - gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
Pasti ada hikmahnya.. Moga menjadi kifarah kepada dosaku..
Semoga bertemu lagi.. Tunggulah kedatangan yang bongsu ini pada diri anda~ he3~
8 mEssAge:
hihi..
fasa kematangan tuk kinah da bermula...
bittaufiq wa'najah dalam menjadi matang..(^,~)
moga cepat sembuh
sabarla kinah cayang
insyaAllah sakit itu penyembuh dosamu...
amin
erm... ku tatau laa...gigi bongsu ku dah tumbuh blom. ha3.. cmna nk tau??
tengok bahagian gusi yang ujung sekali..
hik3~ kalau dah penuh ok la..
klau belum penuh.. tggu la..
gigi bongsu? aku x tau plak yg gigi ni pn ada adik bradik dia. Aku ingt semua nama sama. Yg aku tau, gigi depan ngan gigi dalam. haha..aku bkn doktor..
SELAMAT TUMBUH GIGI BARU
huhu..aku xde ag..
nk gak..cm best je dpt adik bongsu..gigi plg muda dlm mulut~
haha smoga cpt sembuh!
ha3~sdarla dri mak cik 0oi..dh
tua~adk nk coklat sket..:)
jumpa ur blog sbb skrang sakit penangan gigi bongsu..awat saya lambat sgt..on age 26 baru kena..budak2 ke saya neh..huhu
Post a Comment