Firman Allah dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: “Sehingga Aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya Dialah maha pengampun (jika kamu berbuat demikian).“Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu dan Dia akan membanyakkan harta kekayaan serta anak-pinak kamu dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
assalamualaikum..
entry kali ini agak berturut-turut. aku terkesan dari satu kes lagi influenza a yang berlaku di Malaysia, negaraku tercinta. sejak akhir-akhir ini begitu banyak masalah yang berlaku di malaysia. penyakit baru, masalah sosial,masalah politik, kemelesetan ekonomi dan kemarau yang hebat. terkedu.
aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. apatah lagi memberi pandangan. cuma baru-baru ini sewaktu kelas tafaqquh anjuran perubatan cawangan iskandariah, aku terkesan dengan kata-kata ust. Azzam. mungkin ilmu yang sedikit ini aku dapat kongsi.
filem bohsia jangan pilih jalan hitam yang kononnya untuk memberi pengajaran ternyata, lebih banyak yang xxxx berbanding pengajarannya.. tengokklah treiler(xreti nak eja) kat youtube, pasti anda beristighfar panjang.
YANG PASTINYA, segala masalah yang melanda asas penyelesaiannya adalah beristighfar.
berbalik pada ayat diatas ;
Firman Allah dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: “Sehingga Aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya Dialah maha pengampun (jika kamu berbuat demikian).“Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu dan Dia akan membanyakkan harta kekayaan serta anak-pinak kamu dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
Allah dah berjanji dalam ayat-NYA.. jadi mulakan dengan memohon ampun diatas segala dosa.. Insyaallah, Allah pasti akan membuka jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.
kadang-kadang, kita rasa tak yakin. tak yakin pada janji Allah. lebih percaya pada sifir dunia. Nak kaya kena banyak duit. nak cantik kena pakai segala jenis produk. nak betulkan ekonomi kena buat pinjaman itu dan ini. nak maju kena tambah pembangunan. nak selesaikan masalah alam sekitar kena tanam pokok banyak. nak berjaya kena banyak baca buku. kita lupa dengan sifir ALLAH. ALLAH berkuasa atas segala-galanya. jadi ikutlah apa yang dah ALLAH gariskan. Insyaallah pasti ada jalan penyelesaiannya.
sekali lagi, aku bukanlah seorang yang pandai dalam menulis apatah lagi berkata-kata. namun aku harap apa yang aku ingin sampaikan telah sampai. ada sebarang komen ataau cadangan?? emailkan di qurratul_inah@yahoo.co.uk.. sekian, wallahu'alam...
5 mEssAge:
salam..
boleh sy tahu tajuk lagu dan penyanyi nsyid ini?
btw..
sy agk terkesan dgn sajak yg telah disampaikan..
waalaikumussalam..
penyanyi raihan.. tajuk sesungguhnya...
terima kasih atas ziarah anda..
bagus keynah..
keep it up..
nk jd cam keynah laa...
x pndai menulis??
poyo tui la ang keynah..hik2(utara x jd)
keynah..ang nk wat sjak kaaa??
meh ak tulun ang..
kite wat sjak isu semasa ala2 medic..
hahaha
hari2 pon hari guru~lalala
isk2.. mcm2 ek jadi zaman skang..
tanda kiamat kan? =)
istighfar byk2..
dr hanna ;
hehee.. betul2.. kena belajaq dri ang... jom kita bersama2..
fall for ya;
betul2.. tanda2 kiamat..
Post a Comment