assalamualaikum..
sekejap saja masa berlalu. rasanya baru tadi habis solat isya'. sekarang ni dah tengah malam kat alex nih. bermulanya musim panas terasa begitu cepat masa berlalu. teringat satu peribahasa arab yang belajar time sekolah dulu. "masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita". kadang-kadang tak sedar pun kan. dah nak abis sem 2. dan tarikh nak balik malaysia dah dekat. umur pun dah bertambah. iman? tepuk dada tanya diri.
sebenarnya tujuan utama aku tulis entry ni, sebab tak jadi nak buat apa yang aku dah set kan. ingat nak cari sedikit sebanyak maklumat mengenai israel, sempena malam kemuncak palestin evergreen. tapi baru tadi ja dapat maklumat yang malam tu 'ditunda'. hehe. nak tahu sebab apa? (sejak aku dok sni, cepat je terkeluar 'leih') obama nak datang mesir. dengar kata exam budak2 kaherah pun terpaksa ditunda. isu palestin ni sebenarnya sensitif kat sini. susah pulak aku nak terang apa yang sensitifnya.
ada apa dengan warna?
bukan apa. cuma aku terkesan dengan kempen gelombang hijau yang baru2 ni diadakan sempena palestine evergreen. hari yang dikhaskan supaya beramai-ramai memakai pakaian yang berwarna hijau. pandangan orang sememangnya berbeza. dan kita perlu mendengar dan mempertimbangkan pandangan setiap orang. aku tekankan mempertimbangkan dan menerima adalah dua perkara yang berbeza.
masa hari rabu ni, aku dengar ada sesetengah pihak kata, ' aku tak pakai warna hijau ni xsemestinya aku xsokong palestin', 'eleh, setakat semangat ja pakai wat pa', 'alah pakai ke xpakai ke xbagi effect pun'.
kat sini aku cuma memberi pandangan. terpulanglah pada anda semua nak terima atau sebaliknya. dan aku tidak meletakkan sebarang fakta kes untuk menyokong hujah aku ni. ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
1. sebagai tanda sokongan moral -> perubatan susah-susah anjur program. buka senang nak anjur program ni. kadang-kadang kita tengok benda tu kecil ja, tapi ambil masa yang panjang untuk kita menjayakannya. bagi la sokongan. nanti bila sampai waktunya, kita pula yang kena buat, apa perasaan kalau orang tak sokong?
2. kita dalam kumpulan yang sama -> analogi mudah, anda adalah peminat MU. kalau anda berada di stadium untuk menonton perlawanan mereka, pasti anda bersama kumpulan peminat yang lain akan memakai baju MU sebagai tanda anda kipas susah mati MU. betul tak? kalau tak, mungkin anda adalah spesies yang baru wujud seiring dengan swine flu.
3. mengembirakan orang lain -> mengapa tidak? 'eh, jom2 tangkap gambar, baju kita sama la'. sekurang-kurangnya mengembirakan rakan-rakan sekeliling kita. tak la nanti bila nampak sekumpulan orang yang pakai baju sama, kita nak gelakkan pulak. dah la tak nak ikut, pastu gelakkan orang lain. ish3~ tak patut sungguh.
cukuplah tiga benda. kalau anda rasa nak tambah, tambah ja la. mungkin ada benda yang aku tak nampak. tapi anda semua nampak. tapi ini hanya pendapat peribadi. tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. bergantung pada anda. jika anda nak teruskan dengan tembok pendirian anda. teruskan je la. (tapi sampai bila?? consider la orang sekeliling kita. kadang2 kita rasa kita dah cukup bahagia dengan diri sendiri tapi dalam masa yang sama kita dah sakitkan orang sekeliling kita)
sebelum mengundur diri. selamat ulangtahun persahabatan buat sahabat2 ukm. dah setahun masa berlalu. dah setahun kita menjalin ukhwah. moga ukhwah yang terjalin atas dasar akidah dan mendapat keredhaann dari ALLAH.
peringatan buat diri sendiri, muhasabah balik 'kenapa aku diciptakan didunia ini?', 'apa tujuan aku hidup?', 'kemanakah aku akhirnya?'.
moga dengan usia yang makin meningkat, iman dan amal juga meningkat. INSYAALLAH.
wallahu'alam..
3 mEssAge:
4. klu btul2 kata sokong.. pakai je la baju ijau... hijau kan cantik, warna kegemaran Rasulullah saw.. (^,~)
setuju!!
kinah!!!
cayalah...
bersemangat ko kmpen palestine evergreen..
x worry, aku support ko (sbb aku pon promoter kempen nih)...
hahaha
wes gd luck exam...
std, jgn men2...
Post a Comment