jelas tajuk diatas. tiada sebarang isi tersurat mahupun tersirat. ayat yang sering diguna pakai oleh pelajar-pelajar malaysia khususnya di bumi anbiya' ini. dulu aku pun sering begini, dan sekarang pun kadang-kala pantas meluncur perkataan ini. namun semenjak dua menjak ni timbul satu kesedaran mengenai budaya kita menyama ratakan setiap orang arab. mungkin ramai orang arab, mesir khususnya suka menipu. namun, tahukah kita bahawa tidak semua mereka adalah begitu.
situasi satu
George Bush kejam.
kenapa tak, "Ish3, orang putih ni memang kejam"
kenapa mesti, "Bush ni memang kejam"
situasi dua
Ali (bukan nama sebenar) seorang yang playboy
kenapa tak, "Orang lelaki memang playboy"
kenapa mesti, "Ali memang playboy"
nak lagi contoh??
Asma (bukan nama sebenar) suka menangis semasa kecil.
kenapa tak, "Budak kecik, waktu kecik dulu memang kuat menangis"
kenapa mesti, "Asma, kuat menangis waktu kecik dulu"
kenapa dalam situasi arab, kita menyama ratakan semua orang arab. kenapa tak khususkan 'pak cik teksi', 'baba' atau yang lain2. perlu diingatkan bahawa RASULLULLAH juga dari bangsa ARAB. namun RASULLULLAH melarang perbuatan ini.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Tanda-tanda seseorang munafik itu ada tiga sifatnya, iaitu apabila berjanji tidak ditunaikan, apabila bercakap dia berdusta, dan apabila diberi amanah dia khianati" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain antaranya bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatan lidahnya" (Riwayat Ibnu Adid-Dunya)
dalam hal ini, kita seharusnya muhasabah diri. kadang kala marah itu menguasai diri. mungking perspeksi ini perlu kita ubah sedikit demi sedikit. mencari hikmah disetiap apa yang berlaku. memandang dengan lebih mendalam mengapa hal ini terjadi. mungkin keadaan hidup yang mendesak mendorong mereka melakukan perkara sedemikian. pastikan diri kita sendiri menjauhi budaya menipu kerana Allah melarang umat Islam berbohong.
Firman Allah yang bermaksud: "Bahawa orang-orang yang suka melakukan pembohongan merupakan orang yang tidak beriman kepada Allah. Mereka itu pendusta"
(Surah an-Nahl:105)
Cuma dalam beberapa hal sahaja;
Sabda Rasulullah bermaksud: "Tidaklah termasuk berdusta, orang yang berbohong dalam usaha mendamaikan perselisihan antara manusia" (Riwayat Muttafaqunalaih)
Aku bukanlah yang pakar dalam hal2 ini. sebarang pertanyaan lanjut bolehlah merujuk kepada ustaz2 ataupun ustazah2 yang lebih arif. sebarang teguran ataupun luahan pendapat amatlah dialu-alukan. pada yang pernah ditipu, berhati-hatilah dilain hari. jadikan pengajaran.
“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.” (pepatah arab)
yang penting, pulangnya kita ke malaysia, janganlah hanya menceritakan keburukan sahaja. sebenarnya banyak kebaikan berbanding keburukan. mungkin yang buruk itu lebih terkesan dihati. wallahu'alam.....
p/s: nama watak yang digunakan tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
2 mEssAge:
hmm
nama tu..
engko kena tipu eh?
to kepalakotak;
bukan menipu hanya memberi contoh..
dan ada p/s kat bawah tu.. perlu lebih teliti.. apa pun terima kasih...
Post a Comment