assalamualaikum..
kalau cikgu tanya, "faham tak?"
selalunya jawapan, "faham cikgu."
kalau sapa-sapa tanya, "faham betul-betul tak?"
kalau jawapan saya, "betul-betul" (tak berani nak sebut faham).
hakikatnya kefahaman amat penting, penting dalam setiap perkara. untuk apa? untuk kita sampai ke garisan penamat dalam setiap apa yang kita laku.
Baginda s.a.w menceritakan tentang orang Khawarij dan pimpinan mereka:
‘Sesungguhnya mereka mempunyai beberapa sahabat, mereka merasakan solat yang dilakukan oleh salah seorang dari kamu sangat kecil berbanding dengan mereka, dan puasa kamu dianggap lebih rendah dari puasa mereka. Mereka membaca Quran tetapi tidak lebih dari kerongkong mereka. Merekalah seburuk-buruk makhluk ‘ ( Muslim)
Amat penting faham itu dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dalam kehidupan harian. Pendapat saya yang kerdil ini, setiap kefahaman itu bermula dengan ilmu. Betul? jika tidak sila perbetulkan. ilmu yang saya ingin maksudkan bukan sahaja yang diperolehi dalam pembelajaran yang formal, tapi dalam kehidupan seharian (pembacaan, pertanyaan, kelas2).
satu bukti untuk melihat kepentingan faham ini,
Situasi A
emak : Inah jangan main hujan, nanti demam!
anak : betul ke boleh demam? (dalam hati), kemudian terus bermain.
Situasi B
emak : Inah jangan main hujan.
anak : kenapa?
emak : Inah tengok udara sekarang tak bersih. nanti hujan turun air pun tak berapa nak bersih. nanti senang sakit.
Mudah bukan (tulis@cakap memang mudah, tapi landasan praktikal mencabar). Kefahaman mengikut tahap setiap orang. memberi peluang untuk berfikir mengenai 5w (what,why,when,where,who) pada saya sudah pasti memberi satu keyakinan. Si anak akan membesar dan terus berfikir mengenai jawapan tersebut. Dan insyaAllah, dia telah bertemu jawapan yang benar mengenai mengapa? setelah belajar sains di sekolah rendah mengenai kejadian hujan. dan pada saya sudah semestinya si anak akan terus berpegang dengan peringatan dari emaknya.
Begitulah yang saya ingin kongsikan disini.
Kadangkala, kita perlu menerima pendapat dan pandangan orang lain.
Kadangkala, kita perlu mendengar pendirian orang lain.
Tapi, jangan terus menerima.
Cuba tapis dan membina kefahaman dalam diri.
Untuk apa? Untuk kesan jangka panjang.
Membawa pada isu lain.
Kita ingin menjadi doktor.
Sebab suka biology? Sebab result spm gempak?
ditakdirkan kita lulus 6tahun dan berjaya menjadi doktor.
Bila dah berkerja rasa sibuk dan penat. Mungkinkah kita akan berputus asa?
tapi kalau kita faham.
doktor bukan sebarang pekerjaan.
pekerjaan yang memerlukan 1001 pengorbanan (semua kerja sama)
yang memerlukan pengorbanan masa.
yang akan sibuk.
tapi kita faham, perlunya ada doktor lebih-lebih lagi doktor Muslim dan Mukmin.
pasti kita tidak mudah berputus asa kerana kita faham.
Beza antara orang yang memeluk Islam atas dasar mencari dengan Islam pada keturunan
Memeluk Islam atas dasar kefahaman yang jitu kerana mencari agama yang benar pasti memberikan impak yang besar pada diri. Faham apa 'erti aku memeluk Islam'. Pasti akidah yang teguh dan utuh dalam diri.
Beza Islam atas dasar keturunan. Memeluk Islam kerana dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Islam, disuap dengan ilmu-ilmu agama tanpa faham erti sebenar Islam, sudah pasti mudah goyah ditiup trend semasa. Jadi tidak hairan ramai muda remaja yang hanyut ditengah perjalanan.
Jadi nasihat saya pada DIRI SENDIRI, dan sahabat-sahabat sekalian.
Perlunya kita faham dalam segenap aspek.
Membuat kesimpulan tanpa betul-betul faham akan membawa padah pada diri sendiri.
“…Maka bertanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak mengetahui.” (QS an-Nahl: 43)
Sebelum betul-betul yakin dan membuat keputusan tanya orang yang selayaknya.
Untuk tidak berat sebelah tanya kepada dua-dua belah pihak kalau melibatkan dua pihak.
Agar kita meletakkan sesuatu pada tempatnya~
p/s : jangan cepat melatah, jangan silap faham dan jangan salah faham~
wallahu'alam~
7 mEssAge:
mabruk2..
nice..
jatuh ats kepala sndiri..
to islamic teenager;
syukran.. moga memberi manfaat, insyaAllah..
to hanif hafiz;
orang yang menulis lebih merasa dan terasa :)
nice posting...
love it..
betul2 paham... :D
FAHAM. Alangkah bahagia bila diberikan kefahaman tentang Islam tetapi amat malang sekali apabila tidak mengamalkan apa yang difahami dalam Islam..
to niktaufik;
alhamdulillah faham~
to ust;
insyaAllah klau dah faham akan diberi kekuatan untuk mengamalkan~
Post a Comment