assalamualaikum..
tiap-tiap hari penat..
tiap-tiap hari rasa sibuk..
rasa tak sempat..
tambah-tambah dah nak exam..
tapi..
nak ambil masa ni..
untuk aku ukilkan warkah buat sahabat seperjuangan aku..
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
sahabat,
dulu kita sama-sama menuntut,
di sekolah hijau nun di atas bukit..
hijau nya sekolah itu bukan dek kerna pokoknya sahaja,
bukan juga disebabkan warnanya sahaja,
namun atas nama Agama Islam..
sahabat,
kita sama-sama menuntut ilmu,
menuntut ilmu dunia dan akhirat,
ada kuliah subuh,
ada kuliah maghrib,
ada tazkirah,
ada 1001 program..
sahabat,
ingat tak lagi?
kita sama-sama mengamalkan amar makruf nahi mungkar,
kita sama-sama ajak orang pegi surau solat jemaah,
ajak pergi dengar tazkirah,
ajak tutup aurat bagi lengkap,
ajak pakai stoking,
ajak pakai sarung lengan,
dan kita sama-sama tak suka tengok orang dating..
sahabat,
ingat tak lagi?
kita belajar Quran Sunnah dan Syariah,
kita belajar sebab turun ayat kena tutup aurat,
kita belajar cara-cara tutup aurat,
kita tahu hubungan sebelum nikah itu tidak halal,
kita tahu couple itu salah,
dan kita dah khatam pun artikel ni..
sahabat,
ingat tak lagi?
kita marah bila orang permainkan hukum,
kita cuba cari jalan nak bagi orang faham,
kita cuba terapkan biah solehah..
dan ingat tak lagi,
sebelum keluar sekolah,
kita tahu bukan senang nak pegang agama Allah,
bukan senang nak terus istiqomah,
tapi kita tahu hidup kat dunia ni sementarakan??
dan ada antara sahabat kita yang dah pergi dahulu..
dan kini,
kita berada di dua jalan yang berbeza..
kita dipisahkan oleh benua..
tapi atas dasar akidah yang sama,
aku amat menyayangi mu..
sahabat,
andai aku tersalah jalan,
tegurlah aku,
nasihatlah aku,
tariklah aku kembali..
ingatkan aku denganayat-ayat Allah..
yang mampu melembutkan hatiku yang keras...
dan sahabat,
andai aku sedar engkau jauh dari jalan Nya..
izinkan aku menegurmu..
kerana aku amat menyayangimu..
dan aku mahu kau dan aku sama-sama hanyut dalam mencari redha NYA..
maafkan aku sahabat...
Anas bin Malik menuturkan, Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api.” (Hr. at-Tirmidzi)
3 mEssAge:
salam imtihan..
izzaiyik..
am i included too???..heheh
well, that was one of the place that 'build' both of us today..
there we got the 'pearl' hidden ..
that was said by a senior long2 time age when we're in f1 , if i'm not mistaken...still remember?...
anyway, bittaufiq wanajah,..
rabbuna yusahhil fi kulli hal..
p/s: ust yahya msg ada 3 org junior nak mai mesir nnti.. 1 mara, 1 jpa, 1 under zakat..
read this if you had time...saja nak kongsi dgn kinah..
http://atiqahhanifah.blogspot.com/2010/05/his-side-waiting-for-you-to-be-back.html
absolutely, u're included too..
hehe..
1mara tu adalah widad..
jpa- najihah..
zakat- i don't know..
thanks hanan for all ur support..
tak rasa alone disini~
Post a Comment