Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum~

apa khabar semua?? hmm, ingat tak nak buang widget perubatan iskandariah sampai bila-bila. tapi dah lama sangat tunggu PO dan Forum, bila la nak boleh buka balik~

ok, lah.. tujuan menulis entry ini adalah untuk menyatakan pandangan saya mengenai post kontroversi baru-baru ini~

pernah dengar tak pasal
"lelaki ada satu nafsu, sembilan akal, perempuan pula ada 9 nafsu, satu akal"

tak pastilah sumber darimana..
tapi pada saya ada kebenarannya..

perempuan mudah emosi,
perempuan mudah rasa bersalah,
perempuan mudah sedih..
perempuan cepat nak marah..

tapi perempuan ni ada sifat malu~
malu yang menjadi pagar yang memagari..
so, faham-faham lah~
berhemah lah dalam segala perkara buat adam yang mempunyai 9 akal~
insyaAllah hati perempuan ni lembut..

pasal ciri-ciri entry blog tu~
saya ada pandangan tersendiri..

1. jangan cerita benda yang terlalu peribadi
contohnya ; hari-hari aku duduk kat umah sorang-sorang. mak ayah tak de pergi kerja~
ataupun aku sampai klia hari ahad nih. wah, sorang-sorang. aku kena amik teksi balik sendiri~

kenapa??
sebab blog kita dibaca oleh pelbagai manusia.
mungkin ada penjenayah cyber~
ada stalker2 yang tak bertauliah.. tetiba nanti kena rompak ke..
so, baik jangan cerita detail2 sangat tau~


2. tak salah rasanya nak cerita pengalaman hidup.
sebab apa kita baca sirah, biografi tokoh-tokoh terkenal. cara hidup orang lain. kisah-kisah dalam Al-Quran..
kenapa?? sebab kita cuba ambil panduan, iktibar. tengok kawan kita tu dah semakin baik. kita pun nak jadi baik jugak~
apa salahnya berkongsi, ilmu yang kita dapat dari kuliah-kuliah~ semoga orang lain dapat iktibar. sebab pengalaman setiap orang tu tak sama..

tapi kalau anda rasa anda tak suka, rasa orang tu macam nak menunjuk-nunjuk, baik anda jangan baca. takut-takut penyakit hati tu bertambah-tambah. biar orang lain yang nak baca~
senang cerita, jangan mengata-ngata orang tu tak ikhlas, nak menunjuk..
soal hati dia hanya Allah yang tahu~ jangan kita jadi penyebab niat dia nak buat benda baik terbantut.


3. pandangan-pandangan peribadi
setiap orang ada cara memandang yang tersendiri. ada yang cakap biru tu cantik. ada yang cakap hijau lagi cantik. mungkin pada sesetengah orang merah paling cantik.
tak jadi masalah. kita boleh menghormati pendapat orang lain, walaupun kita tak menerima.
nyatakan pandangan kita dengan cara berhemah~


4. upload gambar
pada saya sendiri, perlu berhati-hati. sekarang ni zaman teknologi. macam-macam software ada. macam-macam boleh buat. takut nanti, gambar kita tersiar kat tempat-tempat yang tak sepatutnya.
tambah-tambah kalau gambar tak tutup aurat. katakanlah, ada 10 orang pengunjung blog kita sehari, kalau sebulan. kalau setahun?? berapa banyak dosa kita dapat, sebab tayang aurat. perempuan ke, lelaki ke, semua ada aurat kan??


dan sekali lagi, ini semua adalah pandangan peribadi saya..
wallahu'alam~

6 mEssAge:

terima kasih keynah..!
tenang membaca post ang..

sesuai dengan maksud namaku~ heheee..

mengenai aurat tu..betul jugak..kalau sehari 50 org bukak blog kita..perghhh..bercambah2 jadinya.belum kira fesbuk lg.

yup~
kadang kita terlupa..
aurat bukan sekadar menutup kulit dan pakai tudung~

Kesimpulannya~

Let's ACT our own words~

Blog Raider

Nice blog you have here. I'm on a blog-raider mission, maybe equal to Lara croft’s Tomb Raider but the difference is I “shoot” ( happy moments, of course) while she “loots.” Looking for potential customers who would be getting married soon. No pun intended for those who are still looking...
Sorry for using this method as I can't afford to finance my business ads on media prima Tv channels.

http://videokahwin2.blogspot.com/

banner 516×75

Popular Posts