assalamualaikum.
sungguh,
cakap itu senang, buat itu susah.
memahami itu senang, merasai itu susah.
mendengar itu senang, menerima itu susah.
menegur itu senang, ditegur itu susah.
selalunya, diam itu merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.
meredakan api amarah yang marak,
meredakan esak tangis yang kuat.
kerana diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang hanya akan menyakitkan hati orang lain.
kadangkala,
bila melihat kesalahan orang lain, kita mudah melenting.
kita mudah menegur.
kita mudah menyalahkan.
kita mudah melihat kesalahan.
tapi,
bila hakikat itu kembali pada diri sendiri,
kita susah untuk ditegur,
kita susah untuk rasa bersalah,
kita melenting mempertahankan diri,
yang paling menakutkan, kita buta dengan kesalahan sendiri.
Ya Allah, moga aku yang menyedari, dapat memahamkan diri ini kembali, bila aku diuji.
1 mEssAge:
*__",
Post a Comment