Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

terdetik untuk buat entry terbaru. sebab dah lama terasa tengok satu entry yang semua orang rajin kongsi-kongsi dekat facebook. tajuknya adalah "Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??". Bukan jelous atau sebagainya. memang ada benarnya, tapi kita perlu tengok dengan lebih teliti. kesian calon-calon isteri yang kerjaya lain.

ketahuilah, tiada siapa yang sempurna dalam menjadi isteri. cukuplah sekadar kita mampu menerima dirinya sepenuh hati, dengan menerima kelemahannya dan memperbetul kesalahannya.
itu adalah yang terbaik.

pertama-tamanya ingin saya kongsi satu hadis yang pada saya, ramai sudah pernah mendengarnya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


dan perkara inilah yang saya ingin tekankan. tidak kisahlah apa pun kerjayanya, keimanan dan ketakwaan yang mengikat diri seorang wanita itu sebenarnya adalah yang terbaik.

wanita yang bertakwa itu, merasakan amanah yang dipikul sebagai seorang isteri adalah amat besar. sudah semestinya, wanita itu pandai untuk membahagikan masanya untuk menjaga maruah nya bilamana dia menyedari bahawa isteri itu bukan sekadar gelaran.
di sebalik isteri itu tertanggung satu amanah yang amat besar, dan kelak dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

antara alasan yang ditulis di situ ;

1. Hidup berjadual + 5. Banyak cuti dan kerja cuma separuh hari

Dua isi ini yang saya kira, pemenang utama semestinya suri rumah sepenuh masa. 24 jam yang dihabiskan dirumah, tiada sebarang kerjaya yang mampu menandingi.
tapi, ingin saya tekankan di sini, kuantiti yang besar bukanlah bermakna masa itu berkualiti.
bukan saya ingin menidakkan kepentingan masa yang banyak diluangkan di rumah mampu menjamin kebahagian, namun kita boleh lihat realiti hari ini, ramai jugak remaja-remaja yang terlibat dengan pelbagai bentuk masalah, ibunya ada suri rumah sepenuh masanya.

dan tidak saya nafikan, ibu yang sibuk juga salah satu sebab anak-anak terabai dan punca kepada keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
cuma, seperti yang saya tekankan di atas, masa yang berkualiti walaupun tidak banyak, sudah cukup sebenarnya. dan ilmu yang ada pada ibu bapa dalam soal mendidik anak-anak jugak merupakan salah satu daripada faktor yang perlu kita lihat.

dan saya kagum dengan seorang sahabat saya yang kedua ibu bapanya adalah doktor, dan dia mempunyai adik beradik yang ramai, namun mereka semua berjaya dengan akhlak yang begitu baik. bilamana ditanya, dia menjawab yang mereka telah di didik untuk memahami kerjaya ibu bapa mereka sejak dari kecil.


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen

pada saya, semua pekerjaan memerlukannya. doktor yang hari-hari berdepan dengan nyawa pesakit, apatah lagi. jurutera yang berdepan dengan bangunan, alatan elektrik atau sebagainya yang akan digunakan setiap hari oleh orang awam, perlu betul-betul memastikannya selamat.
seorang tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara. suri rumah, yang perlu mengatur pakai, minum setiap ahli keluarganya. semuanya perlu ada bukan??

yang pasti, takwa juga penyumbang utama kepada dedikasi, komited dan penuh komitmen.
seorang isteri yang mampu menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang hamba, menjaga ibadatnya, menjaga maruahnya, sudah pasti mampu menjalankan tanggungjawab terhadap manusia yang lain. bukankah begitu??

3. tidak boleh menipu dan berpeleseran

sudah tidak perlu dihuraikan. wanita yang bertakwa sudah pasti tidak ada perkataan di atas dalam kamus hidupnya, insyaAllah.

4. terapi melepaskan tekanan

dalam point yang diberi,

(Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?)


dan masih menggunakan isi yang sama, orang yang beriman pasti ada cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

Firman ALLAH SWT : “Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu, hati akan menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra'du : 28)

5. Penampilan

tidak perlulah saya berbicara panjang. cukuplah pakaian yang menutup aurat menjadi penyebab sejuk pada mata yang memandang. tidak perlulah fesyen terkini atau sebarang MAKE UP yang diperlukan sebagai penambah. cukuplah wudhu' yang menjadi rutin seharian menjadi penghias wajah, dan kecantikan yang sebenar menjadi tatapan buat yang halal untuk dirinya.


SAYA bukanlah yang terbaik untuk berkata-kata. dan saya bukan lah sempurna dalam setiap perilaku. namun, ilmu yang sedikit ini, saya kongsi-kongsi kan, untuk menguatkan diri ke arah perubahan yang lebih baik.

dan sekali lagi ingin saya tekankan, yang terbaik untuk menjadi pilihan hidup bukan bergantung pada pekerjaan, bukan pada paras rupa, bukan pada harta benda. keimanan dan ketakwaan pada Allah, adalah penyebab kebahagian di dunia dan akhirat.


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)

“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]


mohon betulkan jika ada kesilapan. wallahu'alam.



5 mEssAge:

setuju......

thumbs up kinah!!

so mesmerised by ur words!!

akak bru bca artikel tu td.hujah pnulis utk artikel dia tu smua brdasarkan logik akal.

islam deenul hayah. nk bhagia ikut la islam ajar. jgn ambik sikit2.

kinah...akak sokong ape awk tulis ni. :D.~yg pntg TAKWA

syukran semua.
nampaknya semua bakal doktor yang jawab post nih. hehe.

Hmm.. ni suara hati bakal2 doktorlah nih...
tak baca blog cikgu lagi...(so malas nak komen pasal profession sebagai cikgu) tapi dapat kefahaman secara keseluruhan...
kita berpendapat, tapi badan yang merialisasikan...Allah beri kita tanggungjawab berdasarkan kemampuan kita...mampu ke aku jadi doktor + ibu + isteri + etc? jawab sendiri...
siap siaga!
"If I am given 6 hours to cut down a tree, I'll spent 4 hours to sharpen the axe..."
setuju, TAQWA adalah yang utama,..
p/s: mak guard shift malam pon kesian juge

banner 516×75

Popular Posts