assalamualaikum.
daripada tak pandai membaca sekurang-kurangnya lepas masuk tadika dah boleh mengeja dan mengira.
masuk sekolah rendah dah pandai buat karangan pendek, mengira.
habis sekolah menengah, lagi banyak perubahan yang berlaku.
dari segi berpakaian, ilmu dan tingkah laku. agak sedikit berpelajaran.
bila dah masuk universiti, pandai bergaya ala-ala budak-budak U zaman sekarang.
sekolah (tak kiralah tadika, sekolah menengah, universiti)
memang banyak memberi perubahan pada diri kita. betul tak?
dari segi ilmu, budaya, cara pemikiran.
kalau perangai teruk jugak lepas sekolah, macam-macam boleh dilabelkan.
"hang ni kurang ajaq lah". "ni mesti tak sekolah dulu". "tulah, pi sekolah tak mau belajaq"
bagaimana pula dengan sekolah Ramadhan yang sedang kita lalui ini?
adakah ianya bakal membawa perubahan pada kita?
rugilah andainya sekolah yang kita lalui ini, pentarbiyahan daripada Allah ini tidak mampu mengubah diri kita. kerasnya hati, andaikata Ramadhan yang berkunjung ini kita pandang sepi. berakhirnya Ramadhan, kita masih kita yang dulu. tidak bertambah walau sedikit iman kita. nauzubillah!!
mari kita sama-sama muhasabah diri,
andai solat masih belum sempurna, bacaan Al-Quran masih jarang-jarang, puasa hanya menahan lapar dan dahaga, pakaian masih jarang dan terdedah. andai kata ini Ramadhan terakhir buat kita, biar ianya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapat keampunan dari Allah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni." (Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
1 mEssAge:
:)
Post a Comment