Assalamualaikum..
Pada saya, orang yang selalu merungut selalu akan menampakkan bahawa dia hidup dalam keadaan yang susah. tidak bahagia, banyak halangan.
Contohnya seorang pelajar, kalau dia sering merungut mengenai jadual, mata pelajaran yang susah, kelas yang padat, memang kita akan nampak, owwh susahnya hidup dia. susahnya kos tu.
tanpa dia sedari, ada orang yang lebih teruk belajar dari dia. cuma orang tu tak merungut. dia menjalani hidup dengan baik. menghargai setiap waktu yang ada. menghargai setiap peluang yang ada. malah rintangan yang ada dia terima sebagai penguat dirinya. dan hasilnya, dia bahagia dalam kehidupan yang dia lalui :D
Bersyukurlah dengan apa-apa yang Allah telah tentutakan, insyaAllah kitalah orang yang paling bahagia :)
0 mEssAge:
Post a Comment