Jika saya suka dia kerana dia anak orang yang saya segani.
saya suka dia kerana orang lain. jika ditakdirkan orang yang saya segani itu sudah tidak ada, masihkah saya suka dia?
Jika saya suka dia kerana belas kasihan. kerana saya rasa kesian dengan dia disebabkan apa jua sekali pun, sesuatu yang menghilangkan sifat belas saya ini boleh menyebabkan saya tidak akan terus menyukai dia kan...
Jika saya suka dia atas dasar kepentingan peribadi saya. saya tahu bila kepentingan itu hilang, saya akan turut hilang rasa suka itu. sudah semestinya amat fragile perasaan suka itu.
dan jika saya suka dia kerana terdapat kecenderungan yang sama.. saya tak pasti bila kecenderungan saya berubah, masihkah saya akan menyukai dia??
persoalan yang saya tahu jawapannya, mungkin kadang-kadang cuba untuk dielakkan dari mencari jawaban.
yang pasti jika kerana Allah, kerana aqidah Islamiyah,
insyaAllah saya yakin semuanya akan kekal hingga nafas terakhir, kecuali jika Allah menarik nikmat Iman dan Islam ini (na'uzubillah).
dan doa saya, moga harapan saya untuk meletakkan sesuatu perkara yang saya suka atas dasar Allah dan aqidah Islamiyah ini mampu saya realisasikan insyaAllah.
saya dah 22 tahun, Alhamdulillah :)
p/s: mungkin ada yang sedar ini adalah analogi ;)
2 mEssAge:
unconditional love. xD
walking here ;)
Post a Comment