Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Assalamualaikum :)


Lama dah tak menjenguk blog yang kian bersawang ni. Kadang-kadang dah lupa yang pernah ada blog :p
Alhamdulillah dah lepas round OBGYN (perbidanan dan sakit puan)/
dan sekarang ni berada di hari-hari terakhir round Neuropsychiatry (Saraf dan mental?) hehe. tak pandai nak tranlate. Kenapa gambar professor snape tu? hehe~ sebab baru tahu, watak dia menggambarkan sejenis personality disorder, iaitu schizoid  :)

Cumanya hari ni terdetik nak update blog ni, Alhamdulillah selepas melalui satu fasa yang amat menggembirakan sebagai pelajar clinical year :)
Alhamdulillah Allah bagi peluang merasakan satu perasaan gembira yang amat, bila melihat sendiri keadaan pesakit yang makin pulih dari hari ke hari (dengan izin Allah).

Ceritanya begini,
biasalah sebagai pelajar perubatan, setiap kali clinical round, kami akan ditugaskan untuk mengambil history(detail/sejarah) pesakit-pesakit yang berada di ward. cumanya, round kali ini memerlukan saya dan sahabat-sahabat untuk menggunakan kebolehan berbahasa arab untuk berinteraksi dengan patient. Mana tak nya, hampir 90% pesakit psychiatrist di sahkan sakit dengan hanya berbicara dengan patient. amatlah teruji kebolehan berbahasa :)

Salah seorang patient yang saya sempat mengambil detailnya, dan membuat examination adalah seorang remaja yang berumur belasan tahun. Di sahkan mengidap Grafted Bipolar Disorder (sejenis nama penyakit mental). Cuma kes ini sedikit luar biasa, kerana pesakit tersebut adalah seorang yang mengalami mental retardation. Jadi, kemurungan yang beliau hadapi adalah sedikit luar biasa.

Beliau dijaga oleh ibu beliau yang amat cooperative. Yang amat memahami kekelingan kerojakan bahasa arab saya dan sahabat saya. Keadaan anaknya yang tidak mahu berkata-kata, tidur hatta makan sekali pun menyebabkan kami sukar untuk meneruskan pemeriksaan. Tapi setiap kali round, saya dan sahabat saya akan menjenguk beliau walaupun sekejap.

Hari ini hari terakhir saya di ward. Dan tadi, satu perubahan yang amat mengembirakan saya !
Beliau sudah mula memberikan response pada soalan saya. Dan Alhamdulillah, saya mampu membuat hampir kesemua examination terhadap dia :)
Alhamdulillah, banyak peningkatan dari keadaan sebelum ini. Rasa terharu sangat. Selepas beberapa kali sesi ECT (ElectroConvulsive Therapy), satu peningkatan yang memberangsangkan.

Saya terharu dengan ketabahan emak beliau menjaga beliau,
saya terharu melihat emak beliau melayan karenah beliau dan kami.
Saya terharu dengan doa emak beliau terhadap kami.
Saya amat terharu.

Alhamdulillah, satu pengalaman yang amat berharga.

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts