Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Setiap hari, pasti ada cerita.
Bersembang dengan pak cik teksi, hospital, jalanan, kedai makan.
Segala-galanya ada cerita tersendiri. Cuma boleh disimpan sebagai kenangan, di ukilkan buat peringatan, atau disenyapkan begitu sahaja.

Hari ini, hari terakhir saya dan group saya di outpatient clinic.
saya tiba awal bersama bella, awal lebih kurang 10 minit, sebelum clinical round bermula.
Menunggu doctor datang.

Nurse dekat kaunter memang amat ramah.
tiba-tiba, hari ni ramahnya lebih dari biasa.
"Ada seorang engineer mesir, nak cari orang Malaysia, nak kawen. Korang nak tak?"

Saya dan bella tertawa kecil.
menolak dengan cara terbaik.

nurse tersebut terus bercerita,
"dia boleh cakap arab dengan english. engineer pulak tu, rugi kalau tak nak"
"Jom aku bawak korang jumpak dia, kita tengok dari jauh"

Aku dan bella tertawa lagi.
"Bella, ang tak nak tengok ka? mana tau jodoh ang?"
Usik saya.
"Tak nak lah kinah. makcik ni tiba2 je".

Kami menolak dengan cara terbaik.
Tapi nurse tu bersungguh-sungguh. ya sungguh yang amat.

Tiba-tiba, lebih kurang dua minit sebelum kelas bermula.
Nurse tu bersungguh-sungguh panggil kami ke pintu luar clinic.

"Adeih, bella. serious lah"
"Biar betul, wei"

mak cik memang panggil engineer tu.
hahaa. kami berdua speechless.

Sempat berbual sikit2, dan saya memberi isyarat pada bella.
Jomlah, nanti meleret2 pulak.

Kami memberi alasan, kelas akan bermula.
Cuma menghentikan perjumpaan.

Sebelum pergi, engineer sempat meminta number telefon bella.
Tetapi bella cuba mengelak dari memberi.
Jenuh mencipta seribu alasan.
Akhir, saya memberitahu bahawa bella akan tinggalkan numbernya dengan nurse di kaunter.

Haha, kami masuk ke kelas dengan rasa yang bercampur baur.

Cumanya, nurse tersebut juga cuba mendapatkan number bella.
Bella cuba memberitahu yang kami tidak berminat. Jika terdapat orang malaysia yang lain berminat,
kami akan menghubungi nurse tersebut kembali.

Nurse tersebut berkali-kali mengingatkan kami, supaya jangan lupa mencari mana-mana warga malaysia yang lain yang berminat.

Haha, nice memory.

Cumanya, orang yang sekufu lebih baik. yang sama budaya, sama bahasa, sama kefahaman :)

2 mEssAge:

Haha adA Seorang engineer nak kahwin??? handsome tak hahaha...saya suka baca blog awk...sye dah baca entri yg sebelum ni...sy suke jugak...janganlah sedih...awk pelajar mesir ke? Kuatkan semangat sesungguhnya allah tidak menguji seseorang itu tanpa kemampuan dia YE. ingat tu...Nama saya Azimah boleh panggil ayi. Kalau awk nak tahu tentang sy boleh sudi datag blog sy xseberape ni http://www.azimahshukor.blogspot.com

dlu sye dpt tawaran belajar di alexandria university untuk buat medic..namun sye tolak :) sy ikut ckp ibu dan ayah sye :)

banner 516×75

Popular Posts