"Hari ini aku mesti luahkan jugak," desus aku.
Sudah berhari-berhari aku cuba, namun tidak mampu. Kenapa seolah-olah mulut terkunci rapat walaupun jauh di sudut hati, aku perlu meluahkannya segera.
Ajal tidak mengenal waktu, mungkin hari ini, mungkin saat ini, mungkin detik ini. Aku perlu luahkannya, sebelum nasi menjadi bubur.
Hari ini adalah hari terakhir peluang yang aku ada sebelum pesawat Egypt Air MS 961 meninggalkan Kuala Lumpur untuk membawaku meneruskan perjuangan tahun akhir di Ardul Kinanah itu.
Jam di tangan menunjukkan 8.00 malam. Aku perlu segera ke gate, supaya tidak kelam kabut untuk mencarinya nanti. Jadi ini adalah peluang terakhir untuk aku meluahkannya. Jika tidak, impian aku untuk meluahkan secara bersemuka pasti hancur lagi.
"Mak, kakak sayang mak sangat-sangat. Maafkan kakak sebab banyak menyusahkan mak. Halalkan makan minum kakak ya, doakan kakak untuk tahun akhir ni ya mak".
Akhirnya, titisan mutiara yang ditahan turun bercucuran membasahi pipi. Nada yang pada mulanya lancar, mula tersekat-sekat. Kali pertama aku menangis di lapangan terbang.
Sungguh kita senang melafazkan di facebook, betapa sayangnya kita pada kedua orang tua kita, memohon maaf kerana menyusahkan mereka. Kadang-kadang kedua orang tua kita jarang aktif di facebook, bahkan ada tidak mengenali apakah itu facebook !
Tapi untuk mengungkapnya di hadapan wajah yang telah dimakan usia itu memerlukan 1001 kekuatan dan masih ramai anak muda yang belum punya kekuatan itu.

0 mEssAge:
Post a Comment