Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



Saya bukanlah budak straight A's SPM. EST saya B. (Zaman dulu-dulu ada subjek EST ni). Tapi disebabkan hanya EST sahaja B, saya dikatakan tergolong dalam golongan budak tipikal kelas science. Dapat result elok, jadilah anda doktor, doktor gigi, farmasi, engineer dan sebagainya.
Walaupun tipikal kos yang saya ambil, tetapi sebab untuk mengambil kos ini membuatkan saya tidak tipikal.
Masih terngiang-ngiang pesan abah dekat telinga saya ni, "Kalau semua orang sibuk cari doktor perempuan dekat hospital, marah-marah kalau tak dapat doktor perempuan tapi anak-anak perempuan yang cemerlang taknak galakkan ambil perubatan. Kalau kita nak doktor perempuan, kita kena galakkan anak-anak perempuan ambil perubatan. Isi kekosongan tu." (Lebih kurang macam ni lah pesan abah).
Dan Alhamdulillah, here I am smile emoticon
Jika anda straight A's, jangan menjadikan bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi sebagai pilihan yang wajib. Boleh tengok bidang lain jugak, tak salah kalau straight A's nak ambil law, syariah, bahasa arab dan sebagainya. Masuklah mana-mana bidang pun, buat yang terbaik dalam bidang anda. InsyaAllah anda akan menjadi Muslim yang berjaya.
Cuma jika anda mendapat straight A's, dan anda berminat dengan bidang perubatan. Minat yang bersungguh-sungguh. Silakan, carilah sebab yang akan menjadi batu loncatan untuk kesungguhan anda belajar dalam masa 5,6,7 tahun (bergantung pada universiti yang anda pilih).
Jika anda bukan straight A's, result pun sipi-sipi sahaja. Jangan risau, SPM bukan penentu masa depan anda. Masih banyak pilihan yang boleh dibuat. Ramai senior-senior yang result SPM biasa-biasa sahaja telah berjaya dalam hidup. Ramai yang cemerlang di matrik, tamhidi, asasi, dan dapat melanjutkan pelajaran ke bidang yang mereka inginkan.
Jika anda tak minat bidang-bidang akademik, boleh jenguk-jenguk Giat Mara, Institut Kemahiran Mara, dan sebagainya untuk bidang-bidang yang mungkin menjadi pilihan anda.
Dunia ni luas, peluang banyak. Macam-macam bidang ada. Tengok satu-satu bidang yang ditawarkan. Jangan pandang lekeh dekat bidang-bidang macam arts, kulinari (masakan), jahitan dan sebagainya. Sebab setiap bidang tu, ada kepentingannya tersendiri, dan ada rezeki masing-masing.
"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind."
- Dr. Seuss
Sekian nasihat dari kakak yang masih menganggur t
ongue emoticon

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts