Semalam kami belajar mengenai cara menganalisa pembunuhan bayi. Untuk mengetahui bagaimana seorang bayi dibunuh, peralatan yang digunakan, dan sebab kematian.
Tiba-tiba professor kami menceritakan pengalaman beliau, semasa sedang menyiapkan master beliau.
Dia menceritakan tugas seorang doktor forensik, yang akan membuat analisa selepas kematian untuk menjadi bukti di mahkamah untuk tujuan mendakwa.
Dia menceritakan tugas seorang doktor forensik, yang akan membuat analisa selepas kematian untuk menjadi bukti di mahkamah untuk tujuan mendakwa.
Ada satu kes ni, bayi yang dibunuh oleh ahli keluarga sendiri. Tetapi, mayat tersebut dijumpai selepas beberapa hari yakni selepas mengalami proses pereputan. Jadi kes ni, dikategorikan sebagai kes yang tiada harapan sebab berlaku kekangan untuk menyiasat punca kematian jika mayat ditemui lewat.
Cumanya, doktor forensik yang bertugas ketika itu tetap melakukan tugasnya dengan teliti. Mencuba sehabis baik untuk mendapatkan bukti-bukti yang masih ada walaupun ramai orang merasakan usahanya sia-sia kerana tak banyak pun bukti yang akan dapat.
Apa jawapan doktor ini?
Hanya saya sahaja yang tinggal untuk membela nasib bayi ini. Dengan usaha saya, mungkin kita boleh mendakwa si pembunuh. Di hadapan Allah nanti, saya boleh menjawab saya dah melakukan yang terbaik untuk membela bayi ini.
Keputusan tersebut tak penting, yang penting adalah usaha saya dan kejujuran saya.
Keputusan tersebut tak penting, yang penting adalah usaha saya dan kejujuran saya.
Professor kami mengingatkan bahawa kita tidak boleh memberikan layanan yang berbeza pada pesakit yang kaya dan pesakit yang miskin. Pesakit yang berpelajaran dan tidak berpelajaran. Sama ada di hospital kerajaan ataupun di hospital swasta. Mungkin kita adalah satu-satunya harapan yang pesakit itu ada untuk mendapatkan pertolongan.
Treat your patient equally rich or poor.
0 mEssAge:
Post a Comment