ada orang kata, orang yang baik-baik ni selalu dapat petanda mengenai saat-saat kematian mereka.
saya percaya.
tapi kan, kita yang rasa macam tu.
orang yang selalu ingat mati,
apa-apa tindakannya pasti dia ingat yang dia akan mati.
kata-kata nya pasti dijaga,
sebab dia tahu yang dia tak tahu bila ajalnya.
menjaga tingkah laku dengan yang lain,
kerana dia tahu ajalnya bila-bila akan tiba.
dalam erti yang lain,
setiap perbuatan pasti amat-amat diawasi,
kerana dia tahu, yang dia tak tahu bila ajalnya akan tiba.
saya??
saya bukanlah sempurna.
adakalanya, laju mulut menutur kata-kata.
laju hati ini marah-marah.
saya perlu berubah. saya mesti berubah.
waktu menghantar arwah,
saya terfikir, apa perasaan arwah??
apa rasa dikafan, dimandikan dan disembahyang?
apa rasa ditinggalkan berseorang di liang lahad??
macam mana bila tiba waktu saya nanti??
adakah saya benar-benar bersedia???
ALLAH......Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8
0 mEssAge:
Post a Comment