salam.
serius. kemahiran menulis dah hilang.
mungkin memory trace dah hilang sebab asyik baca buku untuk exam.
tangan pun jadi lambat.
yang makin aneh, nak cakap bahasa MELAYU seolah-olah dah hilang perkataan.
semakin kurang kosa kata.
mungkin lepas nih, hanya terpaksa menggunakan bahasa MELAYU yang simple.
kita tunggu dan lihat.
sebenarnya nak conteng jugak kat blog nih.
walaupun dah lama sangat tak tulis.
baru-baru ni aku dah buat keputusan yang besar.
mungkin keputusan aku ni, menyebabkan ada pihak yang tak senang.
tapi percayalah, aku dah fikir semasak-masaknya.
bagilah aku peluang untuk buat pilihan,
untuk pilih mana yang terbaik untuk diri aku,
sebab aku dah DEWASA.
hormatilah keputusan aku.
kadang-kadang dalam hidup,
sama ada kita terperangkap dengan jalan cerita yang telah diaturkan oleh orang lain.
atau pun kita berani membuat perubahan.
mungkin dah terbiasa dengan hidup 'ayam daging'.
kehidupan di asrama yang dikawal oleh warden, jadual, peraturan.
kadang-kala bila keluar di dunia realiti,
kita seolah-olah masih berada dalam penjara hidup.
ayuhlah,
cuba berfikir untuk diri sendiri,
cuba berfikir mengenai jalan yang telah kita ambil,
adakah kita betul-betul mahukan nya??
ataupun kita hanya mengikut atas dasar orang kata ini jalan yang baik.
bukalah mata,
betulkah ini yang terbaik??
yakinkah kita??
cari, cari dan terus mencari.
jangan mudah berpuas hati.
kerana yang melaluinya adalah kita.
kita yang akan berhadapan dengan segala macam onak dan liku itu.
pastikan kita betul-betul faham.
FAHAM ke, apa yang aku tulis nih??
hanya orang yang tahu akan faham.
THE END.
4 mEssAge:
Setuju n like this post..
semoga dipermudahkan urusan..
Pilihlah jalan yg selayaknya..
dan berDoalah , dan yakinlah dengan bertawakkal ...
"Innalaha maana "
"Inna ma3iya rabbi sayahdin"
(Sesungguhnya bersamaku Tuhanku dan dia akan memberi petunjuk)
-al-quran
Ciri2 mukmin adalah yg mengingati Allah ketika susah dan senang...
-wallahu a'lam-
faham je.
chi~~ :D
kinah, apa keputusan tu??, cita la kat aku, ang sekrg cmn? jom ym kalu free~
aku macam paham, n buat2 paham ni.. hihi
Post a Comment