Assalamualaikum.
sudah lama saya tidak membersihkan sesawang di sini. dan yang pasti, idea itu ada. cuma bila dibiarkan terpendam di dalam hati, lama kelamaan jadi pudar dan hilan di telan kesibukan waktu belajar.
sejak akhir-akhir ini, saya semakin suka hidup bermasyarakat. entah dari mana timbulnya perasaan itu. saya suka tengok orang lain gembira. dan saya suka apabila saya penyebab mereka gembira.
saya masih terfikir dari mana datangnya semangat itu. jika diikutkan, saya bukanlah seorang yang suka keluar dari rumah sendiri. menjadi antara yang terakhir dalam keluarga, menyebabkan saya dan adik bongsu lebih selesa bermain di sekitar rumah, menghabiskan masa bersama-sama, dan semestinya mengikut ibu bapa ! hatta ke pasar sekalipun, kami berdua pasti bersemangat.
satu perkara yang terkesan pada saya ketika di sekolah menengah. entah mengapa, setiap kali mesyuarat PIBG diadakan, abah dan emak pasti hadir. tidak pernah miss pada ingatan saya. saya pelik. setiap kali ke mesyuarat, semestinya abah dan emak hanya mendengar. tidak akan bersoal jawab kerana sudah pasti abah tidak mahu dilantik sebagai AJK ! haha.
jadi timbul persoalan di hati saya dan saya suarakan pada abah. dengan selambernya abah menjawab, kalau semua orang tak nak datang, siapa lagi nak datang?? kesian cikgu, penat-penat ambik berat pasal anak kita, kita tak nak sokong mereka. betul !
abah dan emak memang gemar hidup bermasyarakat. saya sudah tentu tidak! aktiviti masyarakat setempat selalu menjadi antara yang wajib pergi. dan sudah semestinya menjadi sebab saya merungut. abah sanggup pulang awal dari kerja semata-mata ada program di surau. abah dan emak sanggup tak pergi ke mana-mana pada hujung minggu kerana ada ceramah di surau ! saya yang masih belum mengerti ketika itu merungut-rungut hendak pulang ke kampung. mahu berjalan-jalan di kala cuti sekolah. mana tidaknya, abah cuti pada hari sabtu dan ahad (Pulau Pinang) dan saya pula hanya cuti pada hari jumaat dan sabtu (Kedah). jadi hanya hari sabtu yang menjadi pilihan untuk keluar bersama-sama.
dan saya masih ingat pada suatu ketika, hari sabtu menjadi hari untuk abah sama-sama mengutip dana untuk pembinaan surau kawasan setempat. jadi saya terpaksa(pada ketika itu) untuk sama-sama turun padang. haha!
sekarang saya sedar. hidup bermasyarakat itu murni. bukan hanya hidup untuk kepentingan diri sendiri, tapi hidup untuk memberi. walaupun penat sedikit, namun kegembiraan yang hadir menjadi sebab penghilang lelah.
dan yang paling terkesan, hidup begini mengeratkan ukhwah sesama masyarakat Islam. bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam turut menyayangi kita. Jiran hadapan rumah saya adalah seorang nyonya. yang tinggal bersama anaknya yang sibuk bekerja. anak beliau yang kadang-kadang terpaksa bekerja di luar negara membuatkan beliau hanya tinggal bersama cucu. tapi, selalu menjadi rutin di setiap pagi untuk bersama-sama emak melihat pokok-pokok bunga peliharaan emak dan beliau. sambil berkongsi-kongsi tip. dan bila tiba Chinese New Year, menjadi kepastian untuk berkunjung ke rumah beliau. dan kami selalu bertukar-tukar kad sempena perayaan2. amat sweet !
hidup bermasyarakat banyak yang perlu di beri perhatian. kita berbeza. sudut pandangan setiap orang adalah berbeza. latar belakang yang berbeza mempengaruhi cara kita memandang sesuatu. mendengar pandangan orang lain dan membezakan dengan pandangan kita adalah sesuatu yang matang ! menerima dan memperbaiki kesalahan yang diketahui adalah lebih baik. bersangka baik dengan orang lain adalah penting !
yang paling penting, kita tidak boleh menilai peribadi seseorang. jadilah seseorang yang menilai diri sendiri sebelum kita menilai orang lain. sentiasalah terbuka.
abah selalu mengingatkan, jangan bertengkar dengan orang yang bodoh (mengikut nafsu).
kenapa?? sebab kalau kita betul, kita akan di tengking, apatah lagi kalau kita salah. lagilah mereka gelak besar terhadap kita.
berdebat lah dengan orang yang alim.
kerana apabila kita salah, mereka akan betulkan kita dengan penuh hemah. dan apabila kita betul, mereka akan meraikan kita.
belajar dari pengalaman.
orang yang dahulu lebih awal makan garam dari kita.
makan dengan terkawal untuk mengelakkan down regulation of insulin receptor. penyebab pada kebanyakan kes Diabetes Mellitus.
selamat mengulangkaji pelajaran, yosshhh, bersemangat =)
salam sayyidul ayyam !!
فاقد الشئ لا يعطي
"Orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu untuk memberinya"
0 mEssAge:
Post a Comment