Saya rasa bingung.
mungkinkah akan terjadi satu revolusi di Malaysia?
adakah seperti di Mesir?
atau seteruk yang berlaku di Libya?
Berita-berita di akhbar tempatan,
membuatkan saya berfikir begitu.
Perhimpunan HARAM?
Berfahaman komunis?
berita-berita terpampang menunjukkan ianya merupakan satu ancaman.
Saya jadi runsing.
takut mungkin.
jadi saya beralih ke berita-berita online yang lain.
melihat kepada web-web seperti Malaysiakini.
baju-baju kuning yang dijual dirampas pihak polis.
ramai yang ditangkap atas dasar terlibat dengan perhimpunan ini.
pihak polis juga mengancam untuk menggunakan ISA.
dengan ancaman oleh pihak polis,
masih ada sebilangan besar pihak yang masih berjuang mempertahankan perhimpunan ini.
melihat kepada perkara ini, saya bertambah keliru.
lihat saja sasterawan negara yang amat disanjungi dan dihormati A. SAMAD SAID,
dengan puisi yang berani bertajuk Unggun Bersih,
beliau dipanggil untuk soal siasat.
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
saya jadi hairan, pelik mungkin.
mana mungkin seorang sasterawan negara tertipu dengan dakyah-dakyah yang dikatakan haram ini?
jadi saya mencari, apa yang sebenarnya BERSIH ini mahu.
mencari pada official page di FB.
rupa-rupanya ada 8 tuntutan yang di buat oleh mereka.
Antara tuntutan terbabit ialah membersihkan senarai daftar pengundi, mengkaji semula undi pos, menggunakan dakwat kekal, memberikan 21 hari minimum berkempen, peluang sama rata di media, memperkuatkan institusi awam, menghentikan rasuah dan memberhentikan permainan kotor politik. BERITA HARIAN
Ya, betul apa yang ditulis oleh Berita Harian ini.
saya jadi tertanya-tanya.
adakah ini menggugat keselamatan negara?
adakah ini menyebabkan sesiapa yang dirasakan terlibat ditangkap untuk soal siasat?
sehinggakan baju kuning merupakan satu ancaman?
sehinggakan pasukan bola sepak Malaysia beraksi tanpa jersi kuning kebanggaan?
yang saya tahu mereka ingin menyerahkan memorandum tuntutan mereka pada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudian muncul beberapa perhimpunan lain yang cuba menentang perhimpunan ini.
saya terus bingung.
apakah tuntutan perhimpunan ini pula?
apakah tindakan pihak polis?
Aduh, tak dapat saya berfikir setinggi ini.
Mungkin saya masih tidak mampu berfikir secara di luar kotak.
atau mungkin saya masih tidak matang untuk berfikir sehingga ke tahap itu.
sayaanakmudakeliru =(
4 mEssAge:
fahaman komunis jahat ke?
Dalam buku JUNDULLAH, Syeikh Said Hawa menggariskan 3 blok fahaman/gerakan yg paling berpengaruh dalam dunia sekarang :
1. Gerakan yahudi/zionism & pecahan2nya
2. Gerakan kristianisasi dan pecahan2nya
3. Gerakan komunisme dan pecahan2nya (eg; sosialis, liberal, kapitalis, ect...)
Drpd pemerhatian ana, fahaman/gerakan komunisme yg paling kuat pengaruhnya dalam kehidupan rakyat m'sia...
Dari sudut politiknya, walau x dinamakan 'komunisme' tp Malaysia mengamalkan cara mereka.
Pandang dari aspek ekonomi pulak, memang cara kapitalis yang m'sia amalkan.
Itu tak dikira dari aspek hiburan dan sosial masyarakat yg jelas2 hanyut dengan pengaruh2 spt hedonisme dsb...
Fahaman/Gerakan komunis ialah fahaman/gerakan yg diwujudkan oleh Karl Max untuk menghancurkan musuh2 mereka (salah satunya ialah Islam)...Jangan terpengaruh dgn istilah 'komunis' yang disalahtafsirkan oleh sebilangan besar rakyat m'sia sbg 'Gerakan2 yg menentang kerajaan'...
Gerakan Islam/Harakah Islamiah masih lg dalam proses pembinaan.Semoga kita tergolong dalam Gerakan Islam ini, untuk sama2 kita murnikan kefahaman rakyat Malaysia khusunya, dan seluruh umat manusia umumnya.
juga sayaanakmudakeliru
kepalakotak : tak tau lah =(
Dr Maro : syukran atas penjelasan.
syumul : mari sama-sama kita leraikan kekeliruan =(
Post a Comment