Assalamualaikum.
biasalah, bila cuti dah nak habis. bila tarikh nak mula bersekolah makin menjelma.
hati makin berat. rasa macam ada syaitan bergayut, supaya jadi malas yang amat, sedih, homesick. itu amatlah biasa.
bagi saya,
kesenangan hidup, kekosongan masa, kegembiraan kadang-kadang membuatkan manusia malas. (mungkin diri sendiri). malas nak keluar dari keselasaan. mungkin itu salah satu faktor malas nak mula sekolah. tipulah 2bulan cuti, masih homesick.
sebab, kita akan mula sedar,
tanggungjawab, amanah yang masih tergalas di bahu.
mungkin boleh saya ibaratkan pergi menuntut ilmu ini seperti berperang.
tatkala ramai yang menarik diri dalam peperangan kerana perang itu susah. banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. dan semestinya tempat tinggal yang selesa, isteri yang menyejukkan mata, anak-anak yang menjadi sumber kebahagian dan ibu bapa yang sentiasa menyayangi perlu ditinggalkan.
apatah lagi medan perang yang menunggu kita bukan calang-calang.
ditengah terik mentari, kekurangan keperluan asas. nyawa yang menjadi taruhan.
samalah seperti orang yang menuntut ilmu.
Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: ( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain, Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar.)
{HR Abu Daud dan At-TIrmizi}
salah satu dari hadis yang dikongsi disini
jadi bukan senang nak tuntut ilmu. dan tak semua orang nak. dan tak semua orang dapat.
amatlah beruntung jika kita menuntut ilmu sampai ke liang lahad.
biarpun berat hati, mari sama-sama bersemangat. insyaAllah, janji Allah itu benar. percayalah.
yosshh, bersemangat !!
Alhamdulillah, akan melangkah ke fasa clinical year. moga lebih banyak kebesaran Allah yang bakal saya jumpa dan kaji, supaya hati ini lebih lembut =D
0 mEssAge:
Post a Comment