Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum.

Pagi ini lain dari biasa. Langit sudah mula menangis sejak malam tadi. Jadi hari sedikit sejuk berbanding biasa. Saya beberapa kali menahan teksi, untuk segera ke ward training. Masa semakin suntuk. Beberapa buah teksi berlalu tanpa belas. Dalam hati saya berdoa, semoga dipermudahkan. Tak mahu terlambat lagi. Alhamdulillah ada sebuah teksi yang bersetuju untuk membawa kami.

Pakcik ini bersemangat menjawab salam yang kami anak muda berikan. Keadaan ini tidak sedikit pun pelik dengan suasana masyarakat di sini. Salam itu satu perkara yang amat-amat dirai oleh masyarakat setempat. Berkali-kali mulut pakcik ini berkumat-kamit dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim setiap kali dipersimpangan jalan. Hal ini juga tidaklah begitu pelik, hampir 4 tahun di bumi Iskandariah perkara ini adalah biasa.

Apa yang kurang biasanya pagi ini, dan dengan pakcik teksi ini, sifat toleransinya amat tinggi. Selalunya, mudah saja cacian cercaan dan makian yang keluar dari mulut-mulut para pemandu teksi apabila berdepan dengan jalan raya yang sesak. Pakcik teksi hari ini berbeza. Setiap kali beliau ingin marah, meluncur kalimah-kalimah suci dari mulutnya. Hebat pakcik ini. Beliau meninggalkan kami di pintu Kuliyah Tib dengan perkataan, 'take care' (sudah semestinya dalam bahasa arab :p)

Masuk ke pintu Kuliyah Tib, ternampak sekumpulan pekerja sedang berkumpul mendengar sesuatu dari seorang Engineer (pada pendapat saya). Mereka adalah pekerja yang sedang menyiapkan beberapa bangunan di sekitar Hospital Miri. Kelihatan ketua mereka (saya rasa seperti seorang engineer) sedang memarahi beberapa pekerja. Punca tidak dapat dikenal pasti. Yang penting, ketua tersebut sedang memegang tasbih !

Berada di Unit Rheumatology banyak membuatkan saya bersyukur. SLE, Rheumatoid Arthritis semuanya terdiri dari penyakit autoimmune. Pelbagai teori tentang etiologi penyakit-penyakit di unit ini, tetapi semuanya hanya teori. Nikmat kesihatan yang Allah berikan, Allah boleh tarik bila-bila masa dengan pelbagai cara. Salah satunya autoimmune disease.

MasyaAllah. Keadaan sekeliling saya banyak mengajar saya. Hampir 4 tahun di sini. Moga masa yang berbaki, dapat saya manfaatkan.



3 mEssAge:

sungguh, hujan itu adalah rezeki dari Allah (:

rindu musim sejuk di bumi barakah mesir. kt sini ada musim tengkujuh je..

iman ; yup, rezeki dari Allah :D

Pena Daie ; biasalah, tempat belajar lagi dikenang.

banner 516×75

Popular Posts