Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasaWahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Bismillahirahmanirahim.....

Walaupun hampir sibuk dengan exam final, aku tetap mahu menulis sedikit.. Memandangkan iskandariah ini amat hampir dengan wilayah bergolak Gaza, aku amat terkesan dengan apa yang menimpa saudara seakidah kita disana. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak polis berkeliaran. Aku pun tak dapat menafsirkan kenapa. Sama ada berkaitan dengan serangan Israel laknatullah atau tidak. Wallahu'alam.. Baru-baru ni masa aku pegi ke sebuah kedai buku ni, amma arab ni tanya aku, "doakan gaza x??" aku jawab, "ya, saya doakan gaza"... Amma tu kata, "moga dengan doa kita mereka dipermudahkan"... (aku tafsirkan dalam bm, kalau tulis arab takut xfaham lak).. Marilah kita sama2 baca doa qunut nazilah ni setiap kali lepas solat.. Demi saudara kita disana.. Kita xmampu untuk menyumbang tenaga, kita xmampu nak pergi berjihad, nak bekalkan senjata xmampu, duit yang kita ada pun xmampu nak tolong diorang... Semoga dengan doa kita, mereka dipermudahkan.. Insyaallah....



0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts