Friday, November 20, 2009

tak penting pun~


salam..


sambil belajar pathology, tiba2 ja aku terlintas sesuatu. imaginasi mungkin. tapi aku sengaja coretkan di sini. sebab dah bersawang blog ni.

semua ini hanyalah imaginasi.

aku nak balik malaysia. jadi, tempah la tiket awal2. disebabkan kalau buat berkumpulan tiket jadi murah dan muatan boleh lebih jadi kami seramai 10 orang buat la kumpulan. untuk naik Egypt Air. perancangan amat cantik. tetiba dua tiga minggu sebelum nak bertolak ada dua tiga orang dah menarik diri. katanya nak naik kuwait. lebih murah mungkin. yang anehnya mereka-mereka itu tak siasat betul2 pun kenapa kuwait lebih murah. hanya tulis nama pada satu borang yang tak tahu dari mana sumbernya. dah la naik kuwait pastu ajak orang lain ramai2 naik kuwait jugak dengan memburuk2kan Egypt Air. tak patutkan? biarlah orang lain buat keputusan sendiri. kita kan sama2 nak balik Malaysia. dua2 ada kelebihan dan kekurangan. walaupun Egypt Air tv kecik sikit tapi ok ja kan. mungkin la naik Egypt Air ni sakit belakang sikit sebab tak da transit2 macam Kuwait. sekurang-kurangnya sampai Malaysia cepat sikit. betul tak? jangan la mendoktrinkan fikiran orang lain.

haha.. cuma tu yang nak tulis. ni analogi terhadap krisis yang berlaku dalam diri aku. orang kata aku ni suka simpan perasaan. mungkin betul. tak pandai nak meluahkan rasa hati. jadi ni lah caranya. haha. TIADA maksud lain. wallahu'alam.

Tuesday, November 10, 2009

sabarlah wahai hati~




salam. minggu yang memenatkan. teruskanlah bersabar.

Sebuah karya yang lupa dari mana asalnya, untuk dikongsi;


sesekali kita perlu derita

sesekali kita perlu kecewa

untuk kita mengenali erti bahagia

untuk kita mengenali erti berjaya




sesekali kita perlu menangis

sesekali kita perlu terhiris

untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri

untuk kita mengenali diri sendiri




ujian yang datang menguji kesabaran

perlu keimanan dan ketakwaan

sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan

jalan ke syurga penuh dengan likuannya

penuh dugaan dan rintangannya

hanya yang cekal dan yang tabah

pastikan menemuinya




masihkah lagi mahu menghitung

sedikit mehnahNya

jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya

seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada

itulah tanda kasih sayang Allah

kerana kita sering terlupa

pohonkan doa kepada Tuhan

agar beroleh keredhaan


wallahu'alam..

Sunday, November 1, 2009

dah lama dah~


assalamualaikum..

musim sejuk dah kembali. angin kuat+hujan.. tapi xda salji pun. sekarang ni dah masuk block yang kedua. hematology system.. musim sejuk diibaratkan seperti musim bunga bagi umat islam. malam yang panjang memudahkan untuk beribadat kepada Allah. siangnya yang singkat menggalakkan untuk kita berpuasa sunat.. tapi suasana yang sejuk kadangkala menjadi racun. terlena didalam lihaf yang tebal... wallahu'alam..