Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160



"abah, tangan inah macam tangan abah kan?"
abah hanya diam. membiarkan anaknya terus berbicara. tanpa perlu dihentikan. terhibur mungkin.

"abah, inah nak jadi lawyer"
abah diam lagi. tahu anaknya memang begitu. mungkin kerana gemar berbicara membuatkan si anak bercita-cita begitu. tapi dalam diam si abah ada impian yang diletakkan dalam diri anaknya.

sejak kecil, mata si abah tak lekang memerhati anak gadisnya membesar.
tahu anak gadisnya itu masih lemah. tidak mampu berdiri sendiri.

walaupun si abah jarang bersuara, namun gerak-gerinya sudah cukup,
membuatkan anaknya itu faham, dia disayangi oleh abahnya.

namun si abah tahu, satu hari anak gadisnya bakal berjauhan dengan dirinya. mahu dilatih anaknya itu, kuat dengan segala ujian.
"okeh, inah pegi buat kad atm, abah nak beli barang jap"
si anak terkedu. ditinggalkan sendirian. tapi handset di tangan tak jemu-jemu mendial abahnya.
"abah, ambil nombor kat mana. abah, kalau nak isi borang, nak amik borang warna apa?"
seribu satu persoalan ditanya. akhirnya si anak keluar dari bank dengan senyuman.
belum habis ujian, si anak ditinggalkan pula di pejabat pendaftaran negara. masa untuk membuat passport sendiri. sekali lagi diuji.

begitulah si abah. mahu membina kekuatan dalam diri anak gadisnya. agar bisa berdikari.

ketika melihat anak gadisnya itu sibuk melihat drama melayu, acap kali si abah menganggu.
"inah, abah nak tengok berita dunia, buka tv1".
si anak memasamkan muka tanda protes. si abah terus menonton rancangan kegemarannya tanpa perasaan.
akhirnya, si anak sudah tahu. setiap kali masanya, dia akan bersama-sama menonton berita dunia bersama si abah. sudah hilang perasaan terhadap drama melayu.

"inah, nak teman abah tak?" seringkali membawa anak gadisnya bersama-sama walaupun ke tempat servis kereta. si anak hanya mengikuti si abah tanpa banyak tanya. sementara menunggu kereta di servis pasti ada cerita yang si abah ungkapkan. hal diri, negara dan dunia.
si anak mendengar dengan tekun. kagum dengan kisah hidup si abah.

dan yang pasti tiap kali aidilfitri, pasti semua kaum wanita sibuk dengan persiapan raya.
hujung-hujung ramadhan pasti kuih raya menjadi agenda utama.
namun berbeza dengan anak gadisnya. si abah sudah awal seminggu sebelum raya membeli cat.
dibiarkan si anak gadisnya itu mengecat rumah setiap kali selepas subuh sambil melepaskan si abah ke kerja. si abang pula hanya tersenyum dari jauh melihat adiknya berseorangan mengecat rumah.
tapi si anak gadisnya tak dibiarkan berseorangan. sehari sebelum raya, si abah bersama si anak gadisnya bersama-sama menghabiskan tugas mengecat. tersenyum si anak gadis melihat rumah yang sudah siap di cat.
"abah, mak, nanti mesti ingat kat inah kan bila tengok rumah," ujar si anak riang.

si abah tahu. anak gadisnya bakal pergi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
sehari sebelum berangkat, sehari suntuk diluangkan bersama si anak gadisnya.
dibawa menemaninya membuat follow up di hospital. makan bersama-sama. yang pasti sepanjang perjalanan, penuh dengan kata-kata semangat, supaya anak gadisnya itu terus kuat.

perjalanan anak gadisnya di hantar hingga ke akhir. pelukan anak gadisnya dibalas tanpa setitik pun air mata jernih yang gugur. begitu juga si anak gadisnya itu. mahu tunjuk pada si abah yang dia sudah kuat. jangan risau tentang dirinya.

dalam rupa si anak itu ada rupa abahnya.
dalam gerak-geri si anak itu ada abahnya.
dalam fikir si anak itu ada abahnya.
kerana dalam diri si anak itu ada abahnya.
dan yang penting, kerna si anak itu begitu menyayangi abahnya.
dan si anak itu akan terus kuat, percayalah.

insyaAllah, Allah tahu yang terbaik.

13 mEssAge:

nice entry..
teringat sendiri kat abah masing2..

bukan ego tapi kasih sayang dan tauladan yg dipamerkan tnpa perlu bnyak berkata2 dan menitiskan air mata..itulah character seorang bapa..

mmg wt akak tringat kt ayah akak.huhu!..lbeh kurg ngn kisah akak je part yg kena wt kad Atm n paspot tu.huhu!

Salam kinah, moga kuat ye!

oh, time aku kna buat passport dgn kad atm tu, kena tinggal sorg2 terus :(
nasib baik tak menangis je sbb ketakutan ;p

Ayah itu sumber kekuatan.

nice entry kinah..

aku pun cat rumah.msti mak ayah aku ingt kat aku bile tgk rumah..

mse buat passport, 24 jam mak aku melekat ngn aku..takut aku silap buat passport kot..

keep it up

komentar ;
kerana itulah ayah ketua keluarga :)

nourahmahabbah ;
sebab tu sekarang akak dah berani kan =)

Nisaku ;
thanks. sungguh, ayah itu sumber kekuatan.
dan jangan lupa ALLAH itu MAHA KUAT. :)

hanif hafiz ;
silap2 parent pulak yang childrensick =)

doa penghubung kasih...

tyme buat passport, abah ade je sebelah sampai ke kaunter. sampai pakcik pegawai tu tanya, 'abah teman lagi dah 18 tahun?' hehe. sengih aja.

sungguh, sekarang baru tahu. kenapa didikan abah tu tak macam umi. banyak tersirat di sebalik yang tersurat.

:)

HYMKI ;
yup, doa penghubung kasih sesama manusia, dan yang pasti kasih hamba dengan PENCIPTAnya.


NIA ;
kerana lelaki itu kurang cakapnya,
namun besar hikmahnya =)

salam..

entri terbaik..

teruskan usaha & kuatkan semangat mengalas harapan mereka pada kita~

:)
sekuat sakinah.
terus kuat ya..

to afiq; syukran, insyaAllah.

to raihan; thanks raihan =)
moga raihan juga terus kuat..

Menarik! Suka Baca..
Menggamit kenangan sy bersama arwah ayah.

hurmm, senasib ye kite bila mereka didik kita macam tuh.

Allah tahu kamu kuat. sebab itu die bagi penyebab nak tambah kekuatan kamu.

~mencari sebab untuk terus kuat

banner 516×75

Popular Posts