Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum.

tibalah masanya untuk entry yang bersifat kedoktoran.

masihku ingat, ramadhan setahun yang lepas. abahku menunaikan umrah.
balik dari umrah, abah mengadu, rasa kebas sebelah badan. kebas sahaja.
baru setahun jagung dalam dunia perubatan, aku cuba mencari punca kekebasan abahku itu.
inilah yang aku temui, 'transient ischemic attack'.
puas aku menyuruh abahku berjumpa dengan doktor.
follow up abahku dengan urologist mengenai masalah batu karang masih berterusan.
abahku hanya bertanyakan pada urologistnya itu sahaja.
seperti yang aku jangkakan, urologist tersebut menasihatkan abahku bertemu specialist yang lain.
tapi biasalah, abahku susah sikit kalau dalam bab-bab nak jumpa doktor nih.

hampir setiap hari aku bertanyakan abahku, ada apa-apa perubahan?
mungkin kerana tidak mahu aku terlalu risau, abah tunjukkan yang beliau sudah semakin pulih.
sebelum bertolak balik menyambung tahun dua, aku sempat mengingatkan abahku agar terus melakukan medical check up.

tahun ini, tersentak aku menerima berita dari akakku.
"salam inah, abah masuk hospital. ada salur darah pecah kat kepala. Alhamdulillah dah operate. abah dah sedar, cuma tak leh nak bergerak sangat".

terkejut. lelaki kesayanganku itu terlantar di hospital. abah pasti sangat lemah. abah yang ku kenal, sangat lemah kalau demam, apatah lagi sakit yang sebegini.

Alhamdulillah, abah dah makin sihat. makin lalu makan, itu yang penting kata mak. abah dah bersungut mahu ke tempat kerja. bosan mungkin terlantar di rumah.

saat ini, dalam menyiapkan assignment untuk PBL, aku terjumpa apa yang aku pernah cari.

abah terkena 'haemorrhagic stroke'. salah satu dari dua jenis stroke. dan stroke yang satu lagi adalah jenis ischemic stroke. dan dalam kebanyakan kes, ischemic stroke adalah yang paling common. lumpuh sebelah badan.

Alhamdulillah, abah hanya terkena haemorrhagic stroke. yang complication amat sedikit jika rawatan adalah segera.

Alhamdulillah sekali lagi. awal-awal symptom yang abah tunjukkan, abah dah segera ke klinik. dan segera dihantar ke hospital pakar. dalam masa tak sampai 12 jam. abah segera di bedah.
Alhamdulillah.
hanya menunjukkan symptom awal, severe headache, vomitting and blurred vision (symptom disebabkan increase intracranial pressure disebabkan haemorrhage). tak sempat ke tahap seizure. Alhamdulillah.

kini, aku perasan. 'Transient ischemic attack' merupakan salah satu tanda awal yang abahku bakal mendapat serangan stroke. Alhamdulillah, abah mengambil langkah yang cepat. tak seperti kebiasaan, abah sering menunda-nunda hendak ke hospital.
Alhamdulillah, abah makin pulih. Alhamdulillah, setakat ini abah tak menunjukkan apa-apa complication melainkan hanya blurr vision untuk sebelah mata. menurut neurologist yang merawat abahku, memerlukan masa 3bulan untuk pulih sepenuhnya.
abah mendapat cuti selama 2bulan.

tak dapat mendengar kata-kata semangat dari abah lagi.
cuma mendengar perkembangan abah melalui mak, dan gambar yang ditangkap oleh abangku.
perlu rehat yang cukup. aku yakin makku amat menjaga abahku sekarang. menurut cerita emakku, bukan hanya makanan malah waktu tidur abah turut dijaga. sweet sangat =)

Get well soon, my love. syafakallah.

4 mEssAge:

Syafahullah..

smoga ayah sakinah cepat sembuh..
=)

muga cepat sembuh abah kinah~ameen..tke cre jgk sayang >__<

ustaz, megat, madihah;
syukran =)

Popular Posts