Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Kadangkala kita merasakan sudah tiada jalan.
Seolah-olah di penghujung jalan ini adalah jalan mati.
Belok lah ke simpang mana pun, mesti jalan mati.

Putus asa dengan segala-galanya.
Seribu satu usaha kelihatan tiada hasil.
Mungkin usaha terakhir adalah untuk tidak berusaha.
Untuk melihat ke hadapan, dan merasakan aku perlu terus berjalan.

Orang cakap perasaan kecewa itu hadir kerana kita merasakan kita yang bertanggungjawab terhadap hidup kita. kita yang perlu berusaha untuk berjaya. kita yang perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Tanpa kita sedar, bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah telah merencanakan hidup kita. Hanya pada Allah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.

Bila kita kembali kepada Allah, barulah segala-galanya kembali indah. Merasakan ada ibrah di sebalik ujian yang melanda, meyakini bahawa Allah merencanakan yang terbaik untuk diri kita, ikhlas menerima segala ketentuan Allah.

Sungguh, rasa yang terindah dalam rasa adalah mencintai Allah dengan sepenuh ikhlas.
Meyakini ini adalah terbaik buat ketika ini.


0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts