Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

Menjadi seorang doktor bukanlah satu rancangan yang datang sendiri dari diri saya. Pernah terfikir hendak menjadi seorang doktor, di zaman kanak-kanak girang.
Kemudian meningkat remaja, mengenali kesusahan menghafal subjek biology, jadi menjadi seorang doktor sudah tiada dalam rancangan masa hadapan.

Cuma, abah dan mak mencadangkan agar saya mengambil kos perubatan selepas result spm keluar.

Pemikiran abah mengenai keperluan doktor Muslim wanita, simple. Cuma tak semua orang akan terfikir benda yang sama.

Saat semua suami mahukan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa, mendidik anak-anak. Saat semua orang merasakan kahwin awal itu satu kebahagian (bukan ambil medik tidak boleh kahwin, boleh ja :p ), mengambil keputusan untuk belajar selama 6 tahun seterusnya melalui laluan kerjaya yang sedikit mencabar, menjadi seorang doktor mungkinlah bukan pilihan terbaik.

Tetapi bagi abah,
semua orang bila nak beranak, berjuang habis-habisan inginkan doktor wanita. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mencari doktor wanita muslim.
Bukan setakat bidan perbidanan, malah bidang lain-lain. Sakit puan, kadang-kadang sakit yang berkaitan dengan hemorrhoid, saluran kencing dan sebagainya. Rasa malu itu pasti ada bagi seorang wanita jika berjumpa dengan doktor berlainan jantina. Jangan risau saya memahami.

Cuma bagi abah, jika kita sendiri tidak menggalakkan anak-anak perempuan yang cemerlang akademiknya untuk mengambil bidang perubatan, siapa lagi yang akan mengisi kekosongan ruang-ruang doktor muslim wanita di hospital? Siapa yang anda-anda semua akan berjumpa, jika semua golongan wanita Muslim tidak digalakkan untuk mengambil bidang perubatan, dan tidak digalakkan untuk bekerja?
Jadi jika kita ada anak yang betul-betul berminat, dan cemerlang akademiknya, berikan galakkan untuk memasuki bidang ini.

Mungkin idea ini nampak simple, tapi betul apa yang abah cakap. Ini antara sebabnya saya betul-betul cuba untuk komited dengan bidang yang saya berada sekarang.
Sebab saya merasakan satu tanggungjawab untuk menjaga aurat saudara-saudara seakidah saya.

Siapa kata saya tidak ada keinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa? Siapa kata saya tidak ingin melihat tumbesaran anak saya dengan mata saya sendiri. Siapa kata kata saya tidak ingin mendidik anak saya dengan didikan saya sendiri.

Cumanya, insyaAllah jika kita ikhlas untuk menunaikan fardhu kifayah ini. (ustaz cakap, kalau belum masuk bidang perubatan akan jadi fardhu kifayah, tapi bila dah berada dalam bidang perubatan dah jadi wajib pada setiap doktor muslim wanita), pasti Allah akan memudahkan urusan yang lain. insyaAllah. Anak-anak yang solehah pun rezeki dari Allah.

Ustazah manirah, kawan baik saya ketika di universiti suatu ketika dulu sering menegaskan tugas mencari nafkah adalah tugas kaum suami. tidak tertanggung langsung di bahu seorang isteri tugas-tugas untuk mecari nafkah. Jadi, secara fitrahnya seorang isteri itu tempatnya di rumah, di samping anak-anak. Tidak hairanlah wanita bekerjaya sering tertekan, sampai terbawa-bawa ke rumah. Bila seorang perempuan itu kembali kepada fitrah, insyaAllah hidupnya akan kembali tenang.
Cuma bagi ustazah, seorang isteri yang bekerjaya sebagai doktor, selagi mendapat sokongan suami teruskanlah berkhidmat. sebab keperluan amat besar untuk seorang doktor wanita. Jadi suami yang betul-betul mendokong amat diperlukan. sebab bukan senang untuk menjadi suami kepada seorang doktor.

Jadi kesimpulannya yang saya boleh buat :
1. Jika anak anda mempunyai minat dalam bidang perubatan, dan cemerlang dalam akademik, galakkan mereka dan beri sokongan.
2. Jika isteri anda seorang doktor, teruskan memberi sokongan.
3. Jika anda seorang doktor wanita muslim, ingat anda sedang menyelematkan aurat saudara-saudara anda.
4. Jika suami anda seorang yang supportive, teruskan berkhidmat.


0 mEssAge:

Popular Posts