Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

"red, black, red, black, red, black" Nuha mengulang-ulang perkataan tersebut sambil kaki lincah menaiki tangga menuju ke restaurant yang kami tuju. Yup, tangga tersebut mengingatkan aku pada Department Geriatrics (internal medicine)/ Ward orang tua-tua.

Rumah yang sesuai untuk orang tua-tua adalah yang memiliki pengcahayaan yang baik. Dan sebaik-baiknya di bahagian tangga di warnakan dengan warna yang berbeza, dan terang. Untuk keselamatan mereka. Di dalam tandas perlu ada pemegang, sebab orang tua mudah jatuh. Antara, teori yang saya pernah belajar semasa di sana.

Dan kesihatan orang tua pula ada perbezaan juga.

Apa yang saya suka mengenai bahagian orang tua, adalah kerana mereka sangat comel dan memahami.

Di department inilah, pakcik yang saya cuba mengambil darahnya memuji saya. "Tak sakitlah awak buat, nurse selalu sakit".
Di department inilah juga pakcik-pakcik dan makcik-makcik selalu mendoakan kami agar menjadi doktor Muslim yang berjaya.
Di department ini jugalah, saya jumpa ramai doktor-doktor yang supportive.

I love the deal with old patient. Because they are peaceful.

Nampak ketenangan pada wajah-wajah mereka dalam meniti sisa-sia usia.

0 mEssAge:

banner 516×75

Popular Posts