Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


Assalamualaikum..


mula-mula aku dah bertekad tak nak tulis entry sepanjang musim exam ni(study week). namun aku tak dapat menghalang jari-jari ini dari terus berlari diatas keyboard laptop milik sahabatku ni. ni dijadikan cerita, charger laptopku rosak disebabkan shotcircuit kat asrama mara ni. hikmahnya, study week ini lebih bermakna.
bermakna dari segi, bersama kawan2. lebih fokus. 1001 hikmah lagi yang tak dapat nak ditulis.
cuma entry kali ini ditulis dikala lelah membaca buku. bukan berputus asa, cuma memberi peluang kepada minda untuk berehat.
study week kali ini memberi lebih banyak hikmah dan pengajaran padaku. mengambil bidang perubatan ini dikatakan pembelajaran sepanjang hayat. ya, anda perlu terus belajar dan belajar. beruntunglah aku. pada aku, hidup seorang mukmin itu memerlukan proses belajar sepanjang hayat. belajar itu satu jihad. beruntunglah sesiapa yang meninggala sewaktu dalam keadaan menuntut ilmu. Rasulullah juga menggalakkan umatnya menuntut ilmu... dari buaian hingga ke liang lahad. salah satu cara untuk aku memberi motivasi pada diri ini untuk terus belajar.
sebenarnya, study week kali ini dirasakan lebih bersemangat kerana keluarga di malaysia. habis final exam ini, bermakna semakin hampir untuk aku pulang ke Malaysia. insyaallah..
dan di sini, bukan setakaat memberi semangat kepada diri sendiri, malah menyeru rakan2 seperjuangan sekalian supaya bersemangat untuk belajar. Ingatlah, Allah tidak lihat pada result kita, tapi Allah lihat pada usaha. ikhlaskan hati, bina kekuatan dengan doa dan solat malam. insyaallah kejayaan bersama kita. doakan kejayaan kita bersama.
Credits to ukm's family for NICE reunion. (aku gelarkan keluarga UKM bukan persediaan ukm, moga ukhwah kita kekal hingga ke akhir hayat, insyaallah)

2 mEssAge:

insyaAllah..

kami lah family mu di cni(^^,)

moga dipermudahkan segala urusan kinah..amin

smoga berjaya :)

banner 516×75

Popular Posts