Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160




entry kali ini di copy paste dari blog saudara aiman.

masih tiada mood untuk entry terbaru. mungkin masih dalam keadaan kejutan negara(istilah baru). cuma entry ini cukup membuat aku terpukul. anda pula bagaimana???


Zaman sekolah ber 'ana-enti',

Sekarang hilang buang ke hutan;

'Aku-engkau' jadi pengganti,

"Ana rindulah sama basuhan"


Bertudung labuh ayu sentiasa,I

khlas atau peraturan semata,

Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,

Entah bila nak 'ayu' semula.


Cakap siang pandang-pandang,

Cakap malam dengar-dengar;

Batas pergaulan makin berkurang,

Dah makin lupa apa ustaz ajar.


Dulu cakap dengan sisters jarang sekali,

Batas pergaulan punyalah jaga;

Sekarang pampang gambar dengan buah hati,

"Bro, rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"


Dulu bahasa bukan main jaga,

Bukan apa, takut terbuat dosa;

Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,

Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"


Dulu berlumba-lumba dengan member,

Hafal Quran gila-gila;

Sekarang Quran kumpul habuk sajer,

"Alah. Aku banyak kerja lain la..."


Ustaz selalu cakap kat kita,

Jadilah contoh muslim sejati;

Tapi sayang kebanyakan leka,

Bila dunia diletakkan di hati.


Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,

Baik, berakhlak lengkap semuanya;

Sayangnya indah khabar dari realiti,

Bila melihat pada fi'il anak didiknya.


Bila ditegur angin satu badan,

Konon sudah tahu belaka;

Kalau dah tahu kenapa teruskan,

Seronok sangat ke kumpul dosa?


Macam tu lah kalau terasa diri hebat,

Nama pun lepasan sekolah agama;

"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,

Kau ingat kau tu baik sangat ka?"


Itulah realiti budak sekolah agama,

Majoriti terkejut dek dunia luar;

Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,

"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!"


Kasihan ustaz mengajar kita,

Kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;

Kita pula ambil sambil lewa,

Alasannya kita bukan insan sempurna.


Memang insan tiada yang sempurna,

Kerana itu dituntut berusaha;

Tidak guna ilmu penuh di dada,

Jika tak berusaha menghayatinya.


Bukan mengeji bukan mengata,

Teguran ikhlas dari jiwa;

Teguran buat diri saya juga,

Saya juga insan penuh dosa.


moga mata hati kita terbuka, insyaAllah..


Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,


"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."


5 mEssAge:

salam
xkira sama ada aliran ape pun..
apa yg sy belajar di sini
xkira dr mane kte dtg..
hati kita yg tentukan siapa diri kita...

waalaikumussalam..
betul tu..
tapi, penekanan buat produk2 smka dan sealiran dengannya..
sebab dah banyak belajarkan..
tapi ALLAH lebih Mengetahui..

setuju je mnde ni..tp,

ana enti / aku engkau

isn't it just a matter of language?

(saje tanye)

yeha, it just matter of languange..
as i said, i just copy paste it..
maybe orang yang wat entry ni tujukan pada seseorang..
i just generalized it..
tapi betul la..
ana enti/ aku engkau tak memainkan apa2 makna sangat..

terima kasih kerana bertanya...

ana enti ke aku engkau ke,saya awak ke,gue lo ke.,,,same thing~

bezanya cuma pada cara penggunaan~doesn't matter~

"Allahumma ya muqallibal Qulub thabbit Qulubana 'ala diinik wa 'ala to'atik wa 'ala jihaduna fi sabiilik"

Produk mana2 pun boleh pakai jika elok acuannya~

Take care ye Kinah...my housemate InshaAllah.(^^,)/seeru 'ala barakatillah~

banner 516×75

Popular Posts