Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160

assalamualaikum..

apa yang anda nampak dari gambar di atas??
mungkin ada yang nampak sekadar lukisan biasa.
mungkin ada yang nampak beberapa wajah.
dan setiap bilangan wajah yang dilihat ada tafsirannya.

unik kan manusia??
yang sama tak semestinya serupa.pelbagai andaian boleh di buat.

macam jugak gambar nih.


macam jugak gambar nih.
kita sebagai penonton, mungkin kata yang baju merah yang salah.
mungkin ada pula yang kata baju biru kot salah.
pemain pulak mungkin tak rasa bersalah.

saya suka analogi nih!

sebuah perlawanan bola sepak.
kita sebagai pemain tak nampak salah kita.
penonton yang menonton, pasti membebel-bebel tentang kecuaian kita.
apatah lagi si pengurus pasukan.
yang sudah lama nampak strategi yang diaturkan pihak lawan.
kita masih tercengang-cengang.

abis perlawanan, mungkin kita akan sedar.
dan mungkin kita tidak sedar.

ataupun kita sebagai penonton.
sibuk memberi komen mengenai orang lain.
rasa kita aja yang betul.
tanpa kita sedar pemain dah berpenat lelah berjuang.
mungkin kesalahan kita lemparkan pada si pengurus pasukan.
strategi yang tak berkesan.
tanpa kita sedar, si pengurus pasukan lebih tahu dari kita.

ataupun kita sebagai pengurus pasukan.
mengintai-ngintai mencari kesalahan lawan.
tanpa kita sedar yang pasukan kita ada banyak lemahnya.
ataupun kita tidak menggunakan kekuatan pasukan kita.

jadi di mana kita??

kalau mengikut emosi, mungkin pada salah satu posisi di atas.
kalau kita dapat bertenang. berfikir secara rasional. memandang dari segala sudut.
mendengar dari semua pihak.
membuat pertimbangan yang rasional.
mungkin kita adalah penonton yang berjaya.
ataupun pengurus pasukan yang bijak mengambil peluang.
mungkin juga pemain yang cekap dan pintar.

kalau mengikut emosi,
kitalah yang akan menjadi penonton yang bergaduh.
membuat tunjuk perasaan. memberontak di akhir perlawanan.
sehingga ada yang tercedera.

saya budak baru belajar.
jadi tidak boleh cepat melatah mendengar sebarang berita.
perlu dengar dari semua pihak.
agar akal yang waras ini mampu memproses dengan rasional.

nasihat saya,
emosi yang tidak stabil,
akan mempengaruhi semua perkara.
jadi, jangan tergesa-gesa dalam semua perkara.
ambil masa, tenangkan fikiran.
fikir dengan teliti.

agar suatu hari nanti,
kita tidak rasa bodoh melihat diri kita yang dahulu.

wallahu'alam~

Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.

(Hadith riwayat Ahmad)




6 mEssAge:

stetmen last nak like =)

thanks zihah~
bukan fb nih. hehe. =)

subhanallah,mantopp kinah!

~sambungan~ tgh fikir benda yg sama...tup2 terbaca ur post, 'azim ALLAH.....admire ur writing, keep it up ea..

~like~

hehe :)

mujidd; subhanallah, masyaallah..

nusaibah; thanks =)

Popular Posts