Define Me

Jika Allah menolong kamu, maka tiada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah pada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal 3:160


assalamualaikum.

dikesibukan exam ini, sempat juga saya ambil sedikit masa untuk membersihkan sesawang di sini.
terima kasih pada yang bertanya khabar mengenai abah saya.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
kesyukuran itu hanya selayaknya pada Allah.

Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan selepas abah mendapat serangan haemorrhagic stroke.
dan sudah 3 kali dapat bersembang dengan abah dan sekali videocall.

Alhamdulillah, abah sudah pulih seperti sediakala. hampir 90% keadaan asal.
cuma sedikit complication iaitu homonomous hemianopia-akibat compression of optic nerve.
dan ambil masa dalam 3 hingga 6 bulan untuk kembali ke keadaan asal, insyaAllah.

dan selebihnya lagi, semestinya weight loss. bukan apa, pemakanan perlu dijaga dan sekarang mak adalah nurse yang sentiasa menjaga abah =)

gembira mendengar suara mak dan abah dihujung telefon. masih ceria seperti dulu.

abah sempat memberikan tazkirah;
'kita selalu rasa dugaan itu adalah perkara yang buruk, dan mengganggu hidup kita.
tapi tengok keadaan abah, ada hikmah yang amat tak disangka-sangka. dan abah memetik maksud ayat seribu dinar

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



dalam pesan abah, abah berkata; sapa sangka lepas abah sakit ni, banyak rezeki Allah bagi. abah dah tak payah kerja, pastu dapat pencen 85% tiap-tiap bulan dari gaji asal. rumah, kereta semua dah tak payah bayar sebab ada insuran.



Subhanallah, aku sebak dihujung telefon. Maha Suci Allah.

dan yang paling mengejutkan abah tanya, "parti tepung menang??"
hahahaa. gelak besar aku. "macam mana abah tau ni??"
"alah, apa ja abah tak tau, tambah-tambah big mama yang memerintah sekarang. sampai najib dah tak sempat pakai lipstik"
hahaha. gelak besar sekali lagi. aku hanya senyum.

" PERUBATAN pun 1PERUBATAN jugak ka??", soal abah.
"tak lah abah, PERUBATAN 1Mesir ja pun" jawabku ringkas.

"Ambillah peluang, nak belajar apa-apa kat sana, balik Malaysia join DR Lo'Lo'", pesan abah ringkas.

isu yang selalu akan abah tanya, soal persatuan, pelajaran, cuaca.
mak pula, hanya berkisar tentang kesihatan dan MAKANAN. dah makan ka belum? cukup tak ikan bilis hari tu? belacan ada tak lagi?
risau anak daranya kurus. haha~

Alhamdulillah, syukur ku hanya pada MU.
atas supporting system yang amat kuat.

Ya Allah, kuatkan lah aku. amin~

1 mEssAge:

alhamdulillah, abah kinah dah sehat. semoga allah terus limpahkan kurniaan kesihatan kepada kedua ibu bapa kita di tanah air. :)InsyaAllah

Popular Posts