
"abah, tangan inah macam tangan abah kan?"
abah hanya diam. membiarkan anaknya terus berbicara. tanpa perlu dihentikan. terhibur mungkin.
"abah, inah nak jadi lawyer"
abah diam lagi. tahu anaknya memang begitu. mungkin kerana gemar berbicara membuatkan si anak bercita-cita begitu. tapi dalam diam si abah ada impian yang diletakkan dalam diri anaknya.
sejak kecil, mata si abah tak lekang memerhati anak gadisnya membesar.
tahu anak gadisnya itu masih lemah. tidak mampu berdiri sendiri.
walaupun si abah jarang bersuara, namun gerak-gerinya sudah cukup,
membuatkan anaknya itu faham, dia disayangi oleh abahnya.
namun si abah tahu, satu hari anak gadisnya bakal berjauhan dengan dirinya. mahu dilatih anaknya itu, kuat dengan segala ujian.
"okeh, inah pegi buat kad atm, abah nak beli barang jap"
si anak terkedu. ditinggalkan sendirian. tapi handset di tangan tak jemu-jemu mendial abahnya.
"abah, ambil nombor kat mana. abah, kalau nak isi borang, nak amik borang warna apa?"
seribu satu persoalan ditanya. akhirnya si anak keluar dari bank dengan senyuman.
belum habis ujian, si anak ditinggalkan pula di pejabat pendaftaran negara. masa untuk membuat passport sendiri. sekali lagi diuji.
begitulah si abah. mahu membina kekuatan dalam diri anak gadisnya. agar bisa berdikari.
ketika melihat anak gadisnya itu sibuk melihat drama melayu, acap kali si abah menganggu.
"inah, abah nak tengok berita dunia, buka tv1".
si anak memasamkan muka tanda protes. si abah terus menonton rancangan kegemarannya tanpa perasaan.
akhirnya, si anak sudah tahu. setiap kali masanya, dia akan bersama-sama menonton berita dunia bersama si abah. sudah hilang perasaan terhadap drama melayu.
"inah, nak teman abah tak?" seringkali membawa anak gadisnya bersama-sama walaupun ke tempat servis kereta. si anak hanya mengikuti si abah tanpa banyak tanya. sementara menunggu kereta di servis pasti ada cerita yang si abah ungkapkan. hal diri, negara dan dunia.
si anak mendengar dengan tekun. kagum dengan kisah hidup si abah.
dan yang pasti tiap kali aidilfitri, pasti semua kaum wanita sibuk dengan persiapan raya.
hujung-hujung ramadhan pasti kuih raya menjadi agenda utama.
namun berbeza dengan anak gadisnya. si abah sudah awal seminggu sebelum raya membeli cat.
dibiarkan si anak gadisnya itu mengecat rumah setiap kali selepas subuh sambil melepaskan si abah ke kerja. si abang pula hanya tersenyum dari jauh melihat adiknya berseorangan mengecat rumah.
tapi si anak gadisnya tak dibiarkan berseorangan. sehari sebelum raya, si abah bersama si anak gadisnya bersama-sama menghabiskan tugas mengecat. tersenyum si anak gadis melihat rumah yang sudah siap di cat.
"abah, mak, nanti mesti ingat kat inah kan bila tengok rumah," ujar si anak riang.
si abah tahu. anak gadisnya bakal pergi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
sehari sebelum berangkat, sehari suntuk diluangkan bersama si anak gadisnya.
dibawa menemaninya membuat follow up di hospital. makan bersama-sama. yang pasti sepanjang perjalanan, penuh dengan kata-kata semangat, supaya anak gadisnya itu terus kuat.
perjalanan anak gadisnya di hantar hingga ke akhir. pelukan anak gadisnya dibalas tanpa setitik pun air mata jernih yang gugur. begitu juga si anak gadisnya itu. mahu tunjuk pada si abah yang dia sudah kuat. jangan risau tentang dirinya.
dalam rupa si anak itu ada rupa abahnya.
dalam gerak-geri si anak itu ada abahnya.
dalam fikir si anak itu ada abahnya.
kerana dalam diri si anak itu ada abahnya.
dan yang penting, kerna si anak itu begitu menyayangi abahnya.
dan si anak itu akan terus kuat, percayalah.
insyaAllah, Allah tahu yang terbaik.
assalamualaikum.
kita boleh bercakap soal ujian dan dugaan di kala hidup sepi dengan ujian dari Allah.
dan apabila kita diuji,
hanya iman yang dibiarkan berkata-kata.
sama ada kita betul-betul faham konsep ujian dan dugaan.
dan kita selalu diuji dengan perkara yang menjadi kelemahan kita.
tika itu, hanya keyakinan pada Allah yang mampu menguatkan diri,
bahawa ujian ini adalah yang terbaik untuk diri kita.
untuk mengembalikan kita kepada tempat yang sebenar,
iaitu selemah-lemah hamba.
Ya Allah, sesungguhnya aku tak minta untuk KAU ringankan ujian ini,
namun berilah aku kekuatan untuk melaluinya.
Moga apa yang engkau tetapkan adalah yang terbaik buat diriku...
hanya satu pintaku,
agar bisa ku balas jasa mereka yang tanpa lelah membahagiakan aku.
