Bergabunglah jiwa
Bersatulah hati
Dua jiwa satu cinta
Dua jasad satu matlamat
Bila cinta kerana Allah
Berpisahnya tidak gelisah
Bila rindunya kerana yang Satu
Bertemunya pasti tak jemu
Ukhwah itu indah
Bila bertemu dan berpisah kerana Allah"
assalamualaikum.
dikesibukan exam ini, sempat juga saya ambil sedikit masa untuk membersihkan sesawang di sini.
terima kasih pada yang bertanya khabar mengenai abah saya.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
kesyukuran itu hanya selayaknya pada Allah.
Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan selepas abah mendapat serangan haemorrhagic stroke.
dan sudah 3 kali dapat bersembang dengan abah dan sekali videocall.
Alhamdulillah, abah sudah pulih seperti sediakala. hampir 90% keadaan asal.
cuma sedikit complication iaitu homonomous hemianopia-akibat compression of optic nerve.
dan ambil masa dalam 3 hingga 6 bulan untuk kembali ke keadaan asal, insyaAllah.
dan selebihnya lagi, semestinya weight loss. bukan apa, pemakanan perlu dijaga dan sekarang mak adalah nurse yang sentiasa menjaga abah =)
gembira mendengar suara mak dan abah dihujung telefon. masih ceria seperti dulu.
abah sempat memberikan tazkirah;
'kita selalu rasa dugaan itu adalah perkara yang buruk, dan mengganggu hidup kita.
tapi tengok keadaan abah, ada hikmah yang amat tak disangka-sangka. dan abah memetik maksud ayat seribu dinar
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
dalam pesan abah, abah berkata; sapa sangka lepas abah sakit ni, banyak rezeki Allah bagi. abah dah tak payah kerja, pastu dapat pencen 85% tiap-tiap bulan dari gaji asal. rumah, kereta semua dah tak payah bayar sebab ada insuran.

assalamualaikum..
susahlah, kalau semua cepat melatah.
susahlah, kalau yang melatah itu orang yang professional.
susahlah, kalau orang biasa-biasa yang tengok.
kita terasa, sebab kita terbuat.
ataupun kita terasa sebab kita yang buat.
ataupun kita terasa sebab memang betul kita buat.
melatah bila orang menegur kesalahan kita,
dengan membuka kesalahan orang lain, itu satu masalah.
melatah bila orang menegur kesalahan kita,
dengan mengada-adakan cerita, itu satu kesalahan.
kalau kita rasa kita baik,
apa salahnya terima apa yang dikata orang.
dengan membuat timbang tara yang betul.
kalau betul, terima dengan hati yang terbuka, walaupun kebenaran itu satu perkara yang menyakitkan.
kalau salah pula, betulkan dengan minda yang rasional.
susah, bila satu kapal dua nakhoda.
perlu diundi barangkali, yang mana perlu dicampak ke laut.
kalau tidak, satu kapal karam dilautan.
Copyright 2009 - Define Me
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.